10 Tips Etika pekerjaan ni kita kena pegang kalau kita masih bekerja dengan syarikat swasta mahupun kerajaan. Kiranya ini lah asas dalam pergaulan kita antara pekerja, antara kita dengan boss, antara kita dengan boss no 1
Ingat ! Ikutilah nasihat Cara pergaulan dengan rakan sekerja, cara pergaulan dengan boss atau ketua jabatan agar kita lebih nampak professional.
Tips etiket : sebagai pegawai / staf bawahan Perkongsian Menarik dari Tuan Sophian yang nampaknya berkhidmat di Istana Negara yang penuh dengan protokol Apa kata pelajari seperti yang tuan sophian sarangkan
10 Tips Etika pekerjaan untuk lebih nampak professional
1. “Your boss can be friendly but he / she is not your friend.” Asasnya dengar arahan! Boleh beri pandangan tapi hormati hirarki dan jangan sekali-kali depan orang ramai. Jangan asyik melawan dan berlagak lagi pandai atau lagi hebat daripada boss terutama bila boss lagi muda. “Know your boundaries!”
2. Jawab telefon dan balas mesej boss. Kalau bos call, call balik. Kalau bos text, text balik. Lazimnya bos tak akan call atau text kalau tidak mustahak. Bila kita sentiasa tidak dapat dihubungi, ianya menampakkan imej sangat malas.
3. Bila beri hadiah pada ketua jabatan atau bahagian, tulis nama semua orang dalam pasukan di kad ataupun tak perlu tulis terus. Jangan biarkan mana-mana nama tertinggal. Hormati pasukan dan pasukan akan juga hormati kita.
4. Menepati masa. Kelewatan adalah antara punca utama perbalahan antara majikan dan pekerja. Cuba hadir awal. Wow! Nampak seperti orang yang boleh diharap.
5. Jangan sekali-kali potong bos ketika beliau bercakap. Dengar sehingga selesai apa yang diperkatakan. Catit dan sentiasalah bersedia dengan pen dan kertas. Kalau tak tahu, mohon maaf dan dapatkan jawapan segera. Manfaatkan teknologi hari ini. Jangan tanya soalan yang kita boleh google jawapannya.
6. Jangan gosip atau mengata bos. Apa yang kita cakap menggambarkan diri kita. Kita tidak akan nampak baik bila kita sedang mengata orang lain jahat.
7. Buat kerja! Bukan utamakan membodek sedangkan kerja hancur. Sentiasa jaga kekemasan dan kualiti kerja. Semaklah banyak kali ejaan terutama surat atau apa jua dokumen penting. “Do the right thing- the first time.”
8. Sentiasa berpakaian pejabat yang terbaik sewaktu bertugas terutama sekarang ini ramai yang bekerja dari rumah dan kehadiran di pejabat tidak penuh. Sekiranya hadir mesyuarat atau kursus online, pakai pakaian yang bersesuaian. Paling molek, pakai pakaian pejabat. Kalau nak bos layan kita secara serius dan matang kita pun tampilkan imej tersebut.
9. Patuhi etiket bila mesyuarat online. Mute tapi jangan tutup kamera. Pakai kemas esp pinggang keatas dan rambut tidak kusut seperti baru bangun tidur. Jaga background dan bukan katil sepah atas almari terbuka dan nampak isi di dalamnya yang tergantung. Jangan makan depan kamera. Pastikan pencahayaan mencukupi, charge peranti dan maklum ahli-ahli di rumah mesyuarat sedang berjalan.
10. Sentiasa beri salam dan bertegur sapa dengan senyuman. Jauhi kontroversi dan jangan sebar fitnah. Bila diminta bantuan maka bantu sehabis daya dan jangan sekadar cakap tak tahu atau sekadar melepas batuk ditangga. Sila share sekiranya membantu & bermanfaat.
Banyak lagi Etika perlu di praktikkan
Sebenarnya banyak lagi tips etika pekerjaan yang kita perlu praktikkan. Contoh kalau bekerja di sektor awam ditekankan panggilan yang sesuai sama ada Tan Sri, Datuk, Tuan, Cik Puan, Puan, Tuan Haji, Puan Hajjah, Mister atau Madam, iaitu panggilan yang sesuai untuk seorang Ketua.
Ini memang amat ditekan etika pekerja penjawat awam
Untuk seorang ketua pula perlu tahu kepimpinan ( melalui teladan (lead by example). Tiada yang lebih penting untuk seorang Ketua memimpin melalui teladan.
Jika anda mahu old timers dalam pejabat memberi respect, anda perlu tunjuk teladan yang baik.
Datang awal ke pejabat, ada sifat integriti diri yang tinggi, tidak curi masa bekerja, ambil berat berkenaan hal ehwal staf, tidak cakap melucah, adil, tidak tuang kerja, dan mempunyai lain lain sifat terpuji.
Baca : Wajib Vaksin kepada Pekerja