Terdapat 5 jenis cegah hamil yang semua wanita yang bergelar isteri wajib ambil tahu.
Kita kerap dengar keluhan, “Saya selalu lupa makan ubat perancang,” sehingga belum bersedia untuk menimang cahaya mata lagi. Itu sebab 5 jenis cegah hamil ini wajar diketahui terutamanya ibu muda.
Kehamilan sebenarnya bukan satu perkara yang berlaku tanpa segaja tetapi, satu pilihan yang boleh dirancang. Lebih baik merancang kehamilan daripada menjadikan ia sebagai kejutan yang tidak diingini.
Kehamilan tidak terancang boleh memberi impak negatif bukan sahaja kepada kesihatan ibu dan bayi tetapi juga keharmonian serta kualiti hidup sesebuah keluarga.
Sebagai seorang isteri 5 jenis cegah hamil ini kena ambil tahu dan jangan ambil mudah.
Terdapat 5 Jenis Cegah Hamil
- Pil pencegah hamil,
- Kaedah suntikan hormon,
- Kaedah implan (susuk hormon),
- Pemakaian alat dalam rahim (IUD),
- Pemakaian kondom dan sterilisasi.
Apakah itu suntikan elak hamil atau kontraseptif?
Salah satu daripada 5 jenis cegah hamil ialah kaedah suntikan elak hamil atau kontraseptif. Ia menggunakan hormon progestin seperti Medroxyprogesterone Acetate (MPA) dalam bentuk suspensi yang disuntik ke dalam otot di pinggul atau di lengan wanita (intramuscular injection), menjadi satu depot hormon setempat.
Suspensi hormon MPA yang disuntik tidak terserap langsung ke dalam darah tetapi diserap secara perlahan-lahan setiap hari untuk satu jangka masa selama dua hingga tiga bulan.
Paras hormon progestin dalam darah akan membantutkan perkembangan folikel atau telur dalam ovari serta menghalang proses ovulasi daripada berlaku, secara langsung mencegah persenyawaan dan kehamilan.
Untuk mendapatkan perlindungan daripada hamil, suntikan depot MPA (DMPA) harus diulangi setiap 3 bulan.
Salah satu lagi daripada 5 jenis cegah hamil ialah penggunaan pil perancang. Ramai ibu-ibu muda tidak gemar atau tidak sesuai mengambil pil perancang kerana selalu lupa (tidak disiplin).
Jika tidak mampu disiplin kaedah yang dicadangkan adalah menggunakan suntikan depot MPA untuk mencegah daripada hamil. Ia juga merupakan salah satu daripada 5 jenis cegah hamil yang dinyatakan.
Kaedah suntikan juga amat sesuai untuk ibu yang menyusukan bayi kerana ia tidak mengurangkan penghasilan susu ibu seperti jenis pil. Selain itu, ibu-ibu yang mengalami masalah darah tinggi dan kencing manis juga sesuai untuk mengunakan kaedah ini untuk mencegah kehamilan.
Oleh itu, ibu-ibu perlu meneliti 5 jenis cegah hamil ini, mana yang sesuai dengan tubuh sendiri.
Namun begitu kaedah suntikan kontraseptif hormon ini tidak sesuai untuk wanita yang gemuk, merokok, mengalami darah tinggi tak terkawal, mengalami masalah tulang rapuh dan yang mengalami penyakit hati (liver)
Jenis Suntikan Elak Hamil
Selain daripada kaedah suntikan hormon ke dalam otot kaedah implan hormon juga merupakan salah satu daripada 5 jenis cegah hamil.
Ia menggunakan konsep yang sama untuk mencegah kehamilan tetapi ia berkesan untuk satu jangka masa yang lebih lama sehingga tiga tahun.
Kaedah implan menggunakan jenis hormon progestin (etonogestrel) yang diimplan di bawah kulit biasanya di bahagian lengan. Seperti DMPA, hormon ini akan diserap ke dalam darah pada kadar yang sama sehingga lupus. Implan berkesan untuk melindungi ibu dari hamil selama 3 tahun.
Semua jenis suntikan kontraseptif dan implan untuk mencegah kehamilan yang menggunakan hormon akan mengganggu kitaran haid (suntikan kontraseptif merupakan salah satu daripada 5 jenis cegah hamil).
Ini adalah kerana hormon progestin bertindak mencegah kehamilan dengan menghalang ovulasi dan secara langsung menggagalkan kitaran haid daripada berlaku.
Kajian menunjukkan hampir semua wanita yang mengambil suntikan hormon akan mengalami gangguan pada kitaran haid dan ini adalah salah satu sebab utama mereka berhenti mengambil suntikan.
Biasanya pada beberapa bulan yang pertama selepas suntikan wanita akan didatangi haid yang tidak menentu dan hampir 75 peratus wanita tidak didatangi haid untuk satu jangka masa.
Sebaik-baiknya suntikan DMPA yang pertama diambil tujuh hari selepas haid bermula. Tetapi, ia boleh juga diberikan pada bila-bila masa jika boleh dibuktikan wanita itu tidak hamil dengan melalui ujian air kencing.
Namun begitu, jika wanita berkenaan telah hamil di peringkat awal dan masih tidak dapat dikesan, mengikut kajian suntikan DMPA tidak dapat dibuktikan boleh memberi kesan yang menyebabkan kecacatan pada janin.
Suntikan ulangan DMPA yang seterusnya boleh di ambil selepas jangkamasa tidak melebihi 13-14 minggu.
Bagi wanita lepas bersalin dan menyusui bayi sepenuhnya, suntikan DMPA boleh diambil selepas enam bulan. Bagi yang menyusui bayi tetapi tidak sepenuhnya, suntikan DPMA boleh diambil selepas sebulan bersalin.
Sangat penting untuk jujur dengan doktor dan mendapat penjelasan yang sejelasnya tentang 5 jenis cegah hamil ini.
Adakah suntikan ini mempunyai kesan sampingan?
Kesan sampingan selalunya akan berkurangan atau hilang selepas beberapa bulan selepas suntikan. Antara kesan sampingan suntikan DPMA adalah seperti berikut:
- Turun darah haid tak menentu – ini ialah kesan sampingan yang paling biasa kerana suntikan DPMA menghalang ovulasi, serta mengganggu sistem hormon yang menjana kitaran haid. Hampir 75 peratus wanita tidak didatangi haid (amenorrhoea) selepas enam bulan menerima suntikan dan berdasarkan kajian dan kes yang dilaporkan haid akan pulih semula seperti biasa tiga hingga empat bulan selepas tamat kesan suntikan yang terakhir.
- Sakit kepala – Suntikan DMPA boleh mejadi pencetus sakit kepala bagi sesetengah wanita yang cenderung sakit kepala.
- Kelainan mood, kemuraman – DPMA juga boleh menjejaskan mood yang boleh membawa kepada kemuraman pada sesetengah wanita yang berisiko tinggi.
- Peningkatan berat badan – Hampir kesemua jenis kontraseptif yang mengandungi hormon progestin memberi kesan pada berat badan dan kelebihan pada lemak badan. Mengikut kajian, suntikan DMPA dan jenis progestin yang lain memberi sedikit kesan pada badan seperti peningkatan kurang dari 2 kilogram selama 12 bulan pengunaannya.
- Pengurangan mineral kepadatan tulang (bone mineral density) – Kajian ada menunjukkan pengambilan suntikan DMPA untuk satu jangkamasa yang panjang boleh mengganggu proses mineralisasi tulang semasa. Oleh itu, ia tidak sesuai digunakan di kalangan wanita yang masih muda dan wanita yang lebih tua selepas 40 tahun.
Baca juga; 4 Punca Tekanan Darah Rendah
Tahukah anda?
Bukan sahaja suntikan DMPA, semua jenis kontraseptif yang mengandungi hormon akan mengganggu proses dan fungsi hormon semulajadi. Kitaran haid akan diambil-alih oleh hormon kontraseptif dan ovari iaitu kilang yang mengeluarkan hormon steroid semula jadi akan direhatkan sepanjang masa wanita mengambil kontraseptif hormon.
Faedah lain suntikan DMPA selain dari kontraseptif
Selain dari mencegah kehamilan suntikan DMPA ada banyak faedah dan kebaikan yang lain. Suntikan DMPA juga digunakan untuk merawat dan mencegah banyak penyakit ginekologi.
- Merawat masalah tumpah darah haid berlebihan dan kekurangan darah.
- Mencegah dan merawat senggugut yang teruk.
- Mencegah dan merawat penyakit endometriosis.
- Mencegah penyakit radang pelvik yang kronik akibat jangkitan kuman.
- Mengurangkan risiko insiden kandungan ektopik.
- Mencegah kanser endometrium.
- Boleh mengurangkan risiko sawan
Baca juga; Tanda-Tanda Menopaus