Cara memanaskan makanan bukan boleh dipandang remeh. Jika tersilap cara ia boleh menyebabkan masalah keracunan akibat bakteria dalam makanan tidak dimatikan dengan betul.
Memanaskan semula makanan dengan secukupnya adalah langkah yang penting untuk mengurangkan risiko mendapat keracunan makanan.
Kadangkala tanpa sedar cara kita memanaskan makanan boleh mengundang masalah hingga mengakibatkan sakit perut sehingga paling teruk jadi keracunan makanan.
Lebih parah sekiranya keracunan makanan disebabkan oleh bakteria yang berbahaya hingga perlu masuk ke hospital atau lebih menakutkan boleh membawa maut!
Ini cara memanaskan makanan dengan betul
Makanan semalam yang disimpan memang boleh dimakan lagi tapi kena panaskan ia dengan betul. Kalau rasa macam “ala panaskan makanan je kot. tak kan tak tau”. Baca dulu pesanan oleh doktor ni.
- Panaskan semula makanan sehingga ia mengeluarkan wap, menggelegak atau mendidih dengan sempurna.
- Jika makanan tidak boleh dipanaskan ke suhu terlalu tinggi, pastikan ia dipanaskan pada suhu 75°C untuk sekurang-kurangnya selama 2 minit.
- Jika memanaskan makanan menggunakan microwave, pastikan kepanasan makanan adalah sekata di semua bahagian.
- Panaskan makanan hanya sekali. Jangan memanaskan makanan berulang kali untuk dimakan selama beberapa hari.
- Anda harus sentiasa panaskan semula makanan dengan cepat sebelum meletakkannya di dalam pemanas perlahan (slow cooker).
Selain itu, memanaskan makanan dengan betul memusnahkan bakteria, tetapi tidak semestinya memusnahkan toksinnya.
Suhu yang panas boleh memusnahkan kebanyakan bakteria dan parasit sebab itu memasak dan memanaskan semula makanan dengan betul, dapat mencegah penyakit berkaitan makanan.
Namun, memanaskan semula makanan tidak akan mencegah penyakit berkaitan makanan yang disebabkan oleh toksin yang dikeluarkan oleh Bacillus cereus. Bakterium Bacillus cereus biasanya terdapat dalam beras.
Beras yang belum dimasak mengandungi spora bakteria Bacillus cereus. Memasak beras tidak akan memusnahkan spora-spora itu. Jika nasi dibiarkan pada suhu bilik, spora tersebut akan membiak dan akan menghasilkan toksin beracun yang boleh mengakibatkan muntah dan cirit-birit. Memanaskan semula nasi tidak akan memusnahkan toksin itu.
Anda boleh mencegah keracunan makanan dari Bacillus cereus dengan selalu menghidangkan nasi yang baru dimasak.
Jika ini tidak boleh dilakukan, pastikan anda menyejukkan nasi dengan segera, kemudian menyimpannya di dalam tempat yang sejuk agar ia sejuk di bawah suhu 5°C di luar Suhu Zon Bahaya. Sebaliknya, anda juga boleh menyimpannya pada suhu lebih dari 60°C di luar Suhu Zon Bahaya.
Baca: Tips Cara simpan daging agar tahan lama
Apa perlu dilakukan pada makanan berisiko basi
Anda harus menumpukan perhatian kepada beberapa jenis makanan dan risikonya jika tak dipanaskan dengan betul. Apa yang perlu dilakukan supaya boleh mengelakkan daripada jadi mangsa keracunan makanan.
Nasi
Boleh mengandungi bakteria yang berbahaya, Bacillus cereus di mana spora tidak dapat dimusnahkan melalui suhu panas.
Apa yang perlu dilakukan
Baki nasi haruslah disejukkan segera lalu disimpan di dalam peti sejuk ATAU selalu disimpan dalam keadaan hangat pada suhu 60°C dan ke atas. Anda harus memasak nasi dalam bahagian yang kecil supaya tidak perlu menyimpan bakinya.
Cangkerang
Jika cangkerang itu didapati mempunyai kulit yang rosak atau sudah terbuka sebelum anda memasaknya, itu menandakan cangkerang itu tidak selamat dimakan.

Apa yang perlu dilakukan
Buang sebarang cangkerang yang rosak atau sudah terbuka sebelum anda menyediakan atau memasaknya. Buang sebarang cangkerang yang masih tertutup walaupun sudah dimasak.
Telur
Telur dan kulit telur boleh mengandungi bakteria Salmonella yang berbahaya.
Apa yang perlu dilakukan
Jangan menggunakan telur yang sudah melepasi tarikh luputnya. Selalu cuci tangan anda selepas mengendali telur atau kulit telur.
Ayam/Itik
Bakteria seperti Sallmonella dan Campylobacter berlaku secara semula jadi di ayam/itik yang mentah.
Apa yang perlu dilakukan
Basuh tangan dengan sabun selepas setiap kali mengendali ayam dan sebelum menyentuh makanan lalin. Masak ayam hingga masak dengan betul.