Hargai Pasangan Saat Mereka Masih Ada, Terima Kelemahannya Kerana Dia Jodoh Pilihan Kita

Hargai pasangan hidup kita di saat mereka masih ada di sisi. Dialah seseorang yang sanggup untuk susah senang bersama kita. Bayangkan kalau mereka dah tak ada? Jangan seribu penyesalan yang muncul.

Dalam rumah tangga, hargai pasangan dan cubalah berbuat baik dengan pasangan kita dan hargai tiap saat yang kita kongsi bersama. Jangan biarkan ketidakpuasan hati kita pada pasangan buat kita makin dingin dan acuh tak acuh dengannya.

Hargai Pasangan Kita Walau Dia Tak Sempurna

Ada ke manusia yang sempurna di dunia ni? Kalis salah dan dosa? Tentu tak ada kan? Begitu juga dengan pasangan hidup kita. Tentu dia banyak kekurangan yang mungkin kalau kita nak hitung, tak cukup jari tangan dan kaki. Tapi kita terima apa saja ketidaksempurnaannya itu.

Kalau tak boleh terima, kenapa kahwin dengan dia dulu? Ada yang cakap; mana tau perangai dia macam tu. Masa bercinta lain..Hai..dah nama pun bercinta. Memang semua indah. Tersepak batu dan ibu jari berdarah pun masih boleh tersenyum. Tak sakit konon!

Baca ini juga: 8 tip wanita bahagia

Perubahan Lepas Kahwin

Tak banyak, sikir mesti ada perubahan sikap pasangan (dan kita sendiri) bila dah kahwin. Apa yang ditunjukkan masa bercinta, hanya sikit sangat. Semua masih nak ‘cover’. Sekarang, lepas kahwin barulah kena hadap realiti dirinya yang sebenar!

Tapi jangan pandang buruk dia saja. Kita pun apa kurangnya. Zaman bercinta dulu lain. Eh bila dah kahwin kita pun banyak ‘berubah’. Cuma kita yang tak sedar atau buat-buat tak sedar. Dulu masa bercinta, sendawa kecil pun dah tersipu-sipu..ops! sorry tak sengaja. Lepas kahwin, sendawa tk ada nak ‘cover-cover’ dah, sampai bergegar rumah!

Hargai Pasangan, Jangan Bandingkan Zaman Bercinta Dan Lepas Kahwin

Bila kita mencari buruk seseorang, dah pasti yang kita nampak buruknya saja. Begitu juga dengan pasangan. Kalau asyik cari salah dia, memang akan nampak salah saja. Cuba tengok, tentu banyak lagi sisi baik pasangan kita. Takkan tak ada langsung?

Yang penting, apa saja kekurangan pasangan kita kena terima. Sebab kita yang pilih dia sebagai teman hidup. Sejak saat itu, kita kena berjanji pada diri sendiri untuk terima apa kekurangan dirinya. Begitu juga, dia akan terima kekurangan kita.

Hargai Kelebihan Pasangan

Takkan ada pasangan yang sempurna namun ramai pasangan yang memang baik pada pasangan mereka, Melayan isterinya bak bidadari. Tak pernah menyakiti dan menunaikan tanggungjawab sepenuhnya. Jadi, bersyukur dan hargai pasangan kita dengan segala kelebihan mereka.

Walau pun suami tak pernah bantu masak dan kemas rumah, tapi suami tolong jaga anak. Itu pun patut disyukuri dan dihargai. Atau walau pun suami tak banyak masa dengan isteri dan anak-anak kerana sibuk kerja, tapi segala keperluan isteri dan anak-anak disediakan secukupnya. Takkan tak hargai?

Semak artikel ini: Kenduri orang Jawa

Tolonglah Berkomunikasi!

Semakin bertambah usia perkahwinan, semakin terserlah keburukan dan kekurangan pasangan kita. Ada masanya hal remeh boleh jadi besar bila dipendam rasa tak puas hati. Punca suami tak sidai tuala basah pun boleh jadi ‘perang dingin’. Tak dinafikan, ada masanya kita tak sabar dan memendam rasa.

Kalau rasa perkara itu boleh merosakkan hubungan kita dengan pasangan, jangan memendam saja. Cari ruang untuk bersemuka dan berbincang. Tapi kita sendiri kena bersedia dan berlapang dada kerana mungkin waktu ini dia juga akan menyenaraikan segala keburukan kita di matanya yang mungkin dia sendiri pendam selama ini.

Berkomunikasilah dengan pasangan kerana ia kunci kebahagiaan dalam rumah tangga. Banyak masalah dapat diselesaikan dengan berbincang.

Reda Dan Berdoa

Tak nafikan, ada isteri yang memendam rasa kerana suami tak mahu berubah walau pun dah beratus kali diberitahu. Kalau begitu, isteri kena reda selagi ia tidak melanggar batas agama dan undang-undang negara. Takat dia tak berhenti merokok, tak tolong isteri kemas rumah..pejam mata sajalah.

Lainlah kalau dia berjudi, minum arak atau terlibat dengan dadah misalnya, itu kena diberi perhatian serius. Ia bukan masalah yang isteri boleh ‘pejam mata’ saja!

Apa pun, jangan berhenti berdoa jangan perkecilkan kehebatan doa seorang isteri. Jangan putus asa untuk berdoa pada Allah agar suami kita berubah menjadi baik. TAPI, kita terlebih dahulu kena perbaiki diri juga, baiki dan jaga hubungan kita dengan Allah SWT.

Sematkan dalam hati, tiap kebaikan dan layanan baik kita pada pasangan dijanjikan ganjaran pahala. Rugi tak rebut tau!

ELAKKAN PERKARA INI BILA BERTENGKAR

  1. Jangan sesekali mengungkit kisah silam pasangan kita. Bila kita terima dirinya, kita terima dirinya yang sekarang.
  2. Jangan bertengkar di depan anak-anak kerana ia tak bagus untuk emosi dan psikologi anak-anak. Seeloknya cari tempat yang sesuai. Tak kiralah di dalam kereta atau di mana saja asal bukan di depan anak-anak dan mereka boleh dengar dan lihat.
  3. Bertengkar bukan dengan niat masing-masing nak menang. Anggap ia satu bentuk komunikasi untuk meluahkan perasaan dan mencari jalan penyelesaian bersama. Bukan mencari siapa salah.
  4. Kena sabar dan dengar penjelasan pasangan juga. Jangan asyik kita je yang bercakap. Macam mana nak bincang?
  5. Kena rendahkan ego masing-masing.

Leave a Comment!

error: Content is protected !!