Jaga kata-kata yang nak dikongsikan di media sosial. Sebelum nak tulis, fikir sejenak baik buruknya. Jangan main sembrono saja. Ingat tu!
Zaman Media Sosial
Tak kiralah di medan media sosial mana sekali pun, kita kena bertanggungjawab di atas tiap apa yang kita kata. Maksud ‘kata-kata’ adalah ‘tulisan’, apa yang kita tulis. Aik, bahaya ke? Tulis je kot. Ya. Memang kita tak lontarkan secara verbal, tapi jangan ingat tulisan itu tak berbisa ye.
Tolonglah, jangan sewenangnya menaip sesuatu yang tak berfaedah atau boleh menyinggung perasaan orang lain. Ada yang kata, itu dia punya page, suka hati dia nak tulis.
Hmm..dia lupa agaknya, yang membacanya puluhan orang, ratusan bahkan mungkin ribuan orang! Bayangkan kalau tulisannya itu sesuatu yang memburukkan seseorang yang lain? Apa kesannya pada individu itu agaknya?
Ramai orang Tengah Stres
Dalam keadaan sekarang, ramai yang stres. Bila sudah tidak boleh bebas keluar, salah satunya pastilah dengan berdampingan dengan media sosial. Ada yang sebelum ini tak pernah tahu FB, Ig, Tiktok, twitter, sekarang siap ada akaun lagi.
Tak mengapa, kalau gunakan ia ke arah yang baik. Banyak perkongsian di media sosial yang positif dan memberi inspirasi kepada orang lain. Memberi semangat untuk meneruskan hidup dalam keadaan yang serba mencabar ini.
Tidakkah rasa gembira andai kita dapat menyuntik motivasi atau perkara positif pada orang lain?
Baca artikel ini juga: Adab dalam berdoa
‘Tajam’nya Tulisan, Jaga Ye!
Pernah dengar tak perumpaan; tulisan lebih ‘tajam’ berbanding mata pedang. Kalau nak diikutkan, mata pedang memang tajam, boleh mencederakan orang. Bagamana tulisan lebih tajam? Sebabnya, kalau pedang, hanya sekadar mencederakan tubuh fizikal, Nampak dari luarannya.
Tapi tulisan boleh merobek hati dan jiwa seseorang dengan mendalam. Luka di luar boleh dibubuh ubat, luka di dalam? Bagaimana nak mengubatnya?
Bahaya pedang boleh Nampak, sebaliknya bahaya tulisan kita tak Nampak tapi impaknya tersangat buruk.
Jaga Kata Dan Sebarkan Aura Positif
Bila kehidupan tak seperti dulu, lebih banyak masa perlu dihabiskan di rumah, semua orang akan rasa stres atas pelbagai faktor. Ada yang stres kerana tak boleh keluar kerja hingga hilang/menjejaskan pendapatan, ada yang stres dengan pasangan hingga tiap hari bertengkar, ada yang stres kerana perlu uruskan PdPR anak-anak selain bekerja dari rumah dan bermacam-macam lagi punca stres.
Maka, ada yang meluahkan di media sosial termasuk di FB. Mungkin mereka sekadar nak berkongsi apa yang mereka rasa kerana itu akan membuatkan beban yang mereka tanggung akan berkurang. Contohnya bila dia kata dia mungkin sedang kemurungan kerana tertekan dengan pembelajaran anak-anak. Mungkin ada yang anggap remeh kerana semua mak ayah mengalami situasi itu. Tapi kena ingat, tiap orang tak sama penerimaannya.
Jadi jangan cuba nak bergurau pula. Contoh; Kalau stres dengan anak, suruh anak berhenti sekolah je lagi. Aduh. Patut ke macam tu?
Apa salahnya kalau bagi sokongan emosi. Malah, sudah cukup menggembirakan andai ada yang tekan ‘like’ atau memberikan kata-kata semangat.
Sebaliknya, ada juga yang menulis komen yang tak sepatutnya. Umpama tak sensitif dan peka dengan situasi yang dihadapi oleh individu tersebut.
Nak Komen, Letakkan Diri Di Tempatnya
Ada yang komen, konon nak bagi cadangan dan nasihat. Tapi tak kena. Mungkin mereka dah lama tak jumpa dan bersuapun di media sosial saja.
Dia bagi nasihat berdasarkan yang terbaik untuk dirinya sedangkan orang yang dinasihati itu berbeza situasi dan kemampuan. Contohnya, ada kawan hilang kerja. Dinasihatkan berniaga makanan dari rumah. Sedangkan si tukang nasihat sedar, kawannya itu modal pun tak ada. Bahkan masak pun tak pandai sangat.
Lebih sesuai kalau nasihatkan dia untuk buat drop ship yang tak perlu apa-apa modal. Betul tak? Jadi, sebelum beri nasihat, ambil tahu dulu situasi orang yang nak dinasihat itu ye.
Semak ini juga: Solat dhuha jemput rezeki
PERKARA YANG KENA JAGA DAN TAK PATUT DIKONGSI DI MEDIA SOSIAL
Lain orang lain caranya. Ada yang mudah nak berkongsi apa saja di media sosial dan ada juga sebaliknya. Berikut perkara-perkara yang tak sesuai dikongsi di media sosial.
- Kisah rumah tangga. Bila bergaduh dengan pasangan, TOLONG JANGAN kongsi di media sosial.
- Soal ibadah – seeloknya simpan untuk diri sendiri saja. Bukan apa, takut menimbulkan riak. Misalnya puasa sunat tiap Isnin dan Khamis, baca al-Quran dan sebagainya. Lainlah perlu dikongsi kerana melihatkan grup.
- Perjalanan Kehidupan – Ada orang yang akan ‘check in’ tiap lokasi dan aktiviti yang dia buat. Ops! Bahaya tu. Bayangkan kalau ada yang berniat jahat dengan kita? Tak semua rakan media sosial kita yang kita rapat kan?
- Kemewahan – Sekarang umpama trend, dengan alasan untuk memotivasikan diri orang lain untuk berjaya dan kaya sepertinya. Terpulang pada masing-masing tapi biar berpada-pada. Rasanya nak kongsi kejayaan, tak perlu tunjuk duit berkepuk-kepuk pun. Cara ini orang lagi respek. Cuba tengok individu yang paling kaya di dunia seperti Bill Gates, Warren Buffett tak ada pulak macam ni? Bahkan, orang yang betul-betul kaya kat Malaysia ni pun tak ada yang buat macam tu kan? Kan?