Ketumbar : Manfaat, Kegunaan Daun Dan Biji Ketumbar

Ketumbar, rempah ratus yang wajib ada di dapur rumah anda. Walaupun biji ketumbar dan daun ketumbar berasal dari pokok yang sama.

Atau nama saintifiknya, Coriandrum sativum. Namun, rempah ratus ini mempunyai sejarah yang tersendiri dalam penggunaannya dalam dunia kulinari di merata dunia. 

Masukkan ketumbar dalam asam pedas pari sedap jadinya. Justeru, pelajari keunikan dan sifat semulajadi pada tumbuhan itu sendiri serta manfaat kesihatan dan kegunaan bijinya dalam masakan.

Ketahui Tentang Ketumbar

Rempah tumbuhan berbentuk biji kecil yang bulat. Daunnya seakan daun sup dan daun parsley. Ia mempunyai aroma khas dan ada sedikit aroma manis segar, ada bauan citrus yang menenangkan. 

Sama ada daunnya atau pun bijinya, keduanya memberikan cita rasa unik pada hidangan.

Perbezaan Biji Ketumbar Dan Daun Ketumbar

Walaupun kedua-duanya dari tumbuhan yang sama, namun biji mahupun daunnya mempunyai karakter rasa yang berbeza.

Bijinya memberikan rasa lebih tajam. Manakala daunnya memberikan sentuhan segar dan bercitrus seakan bau limau segar. 

Keduanya boleh digunakan dalam masakan, namun dengan cara yang berbeza.

ketumbar

Penggunaan Ketumbar Dalam Masakan

Tumbuhan ini merupakan rempah ratus yang mudah ditemui dalam masakan di seluruh dunia. Di negara Asia sendiri, biji atau serbuk rempahnya digunakan dalam masakan kari. 

Di Thailand misalnya, cukup terkenal dengan hidangan tomyam mahu pun masakan Pad Thai yang menggunakan daunnya.

Manakala di Timur Tengah, rempah ini menjadikan hidangan lebih unik dan tersendiri malah kaya dengan rempah. Amerika Latin juga menggunakan daun rempah unik ini dalam hidangan mereka, disebabkan baunya yang kuat.

Mudah kata, bahan dapur ini penting untuk menjadikan hidangan lebih enak dan tersendiri.

Serbuk Vs Biji Dalam Masakan

Bagaimana mahu membezakan keduanya. Serbuknya, apabila dicampur dalam masakan ia akan kehilangan teksturnya. Manakala, bijinya walaupun ditumbuk halus masih ada teksturnya dalam masakan.

Serbuk rempah ini lebih mudah digunakan malah lebih mudah larut dalam masakan kari mahupun berkuah. Manakala, bijinya yang lebih tajam aromanya lebih digunakan untuk menjadi bahan perap mahupun rempah untuk menggoreng.

ketumbar

Manfaat Kesihatan Dan Nutrisi

Tumbuhan ini bukan saja memberikan rasa sedap dalam hidangan, malah mempunyai manfaat kesihatan juga. Dalam bijinya itu sendiri ada nutrisi penting seperti serat, zat besi dan vitamin K.

Berdasarkan beberapa penelitian juga, rempah ini boleh membantu meningkatkan pencernaan, mengurangkan radang dan ada ciri-ciri antioksidan dan antiseptik.

Pokok rempah ini juga boleh membantu meningkatkan kualiti tidur anda. Haa.. bolehlah anda menjadikannya sebagai pilihan tambahan dalam diet harian.

Cara Menanam Pokok Ketumbar

Memandangkan harga tumbuhan ini tak lagi semurah dulu. Anda boleh mencuba untuk menanam pokok rempah ratus ini di rumah sendiri. 

Mudah saja sebenarnya. Ia mudah tumbuh sama ada di atas tanah mahupun di dalam pasu. 

Anda boleh membeli biji atau pokoknya di pasar atau pasaraya berdekatan. Pilihlah tanah yang subur dan letakkan di tempat yang mudah terkena cahaya matahari yang mencukupi.

Jika tiada tanah lapang, bolehlah di tanah di dalam pasu dan letakkan di laman atau balkoni rumah. 

Pastikan anda menyiram tanaman anda ini secara berkala dan jangan lupa untuk memberikan baja organik apabila tiba masanya. 

Biji ketumbar yang bercambah menjadi tumbuhan lalu membesar dengan baik. Kemudiannya, boleh dipotong untuk dijadikan bahan dalam masakan anda.

Cara Penyimpanan Ketumbar

Setelah dibasuh daun ketumbar dan dilap kering. Anda boleh simpan di dalam balang kaca yang kering dan masukkan di dalam pesi sejuk. 

Cara ini boleh buatkan daun ketumbar bertahan lama.

Manakala, untuk menyimpan biji ketumbar disarankan agar meletakkan di dalam bekas yang bersih dan letak di dalam peti beku. Ini untuk menjaga biji rempah itu daripada dimasuki serangga kecil yang suka merosakkan rempah ratus berkenaan. 

Kesan Penggunaan Ketumbar Berlebihan

Walaupun daun mahupun bijinya memberi manfaat kesihatan kepada tubuh. Tetap perlu diawasi jumlah pengambilannya. 

Janganlah ambil berlebihan. Terutama bagi mereka yang mempunyai alergi terhadap tumbuhan ini. Jika mahu dijadikan sebagai air rebusan sekalipun, ambillah dalam kadar sederhana.

Tak perlu berlebih-lebihan. Sebaiknya dapatkan konsultasi daripada pakar kesihatan anda sebelum membuat keputusan untuk mengambil secara berterusan.

Leave a Comment!

error: Content is protected !!