Permohonan Program GrEP 2022 | Berita baik buat mereka yang mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).
Majlis Amanah Rakyat (MARA) ada menawarkan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah kepada graduan yang melanjutkan pengajian di peringkat Pasca Siswazah.
Pengajian Sarjana bagi pengajian di dalam dan luar negara manakala Doktor Falsafah bagi pengajian di dalam negara sahaja.
Pengajian boleh dilakukan di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam bidang yang memberi impak besar kepada keperluan guna tenaga negara.

Syarat Kelayakan Permohonan Program GrEP 2022
Calon-calon mestilah memenuhi syarat umum dan syarat khusus permohonan seperti berikut:
Syarat Umum
- Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah bertaraf Bumiputera dan warganegara Malaysia.
- Had umur pemohon pada 31 Disember 2022:
Peringkat Pengajian | Tempat Pengajian | Had Umur |
Sarjana | Dalam Negara Luar Negara | Tidak melebihi 40 tahun Tidak melebihi 35 tahun |
Doktor Falsafah | Dalam Negara | Tidak melebihi 45 tahun |
- Pemohon telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik seperti yang dinyatakan dalam para 2.2.1.
- Pemohon perlulah mendapatkan pengesahan dari doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian.
- Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Pasangan tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
- Tidak pernah menerima bantuan kewangan/tajaan daripada manamana badan penaja bagi peringkat pengajian yang sama.
- Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.
- Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana badan penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.

Syarat Akademik
- Syarat kelayakan Akademik seperti berikut :
Peringkat Pengajian | Tempat Pengajian | Kelayakan Akademik |
Sarjana | Dalam Negara Luar Negara | 1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.00 atau yang setaraf dengannya bagi pengajian peringkat terdahulu 2. Bidang pengajian seperti dinyatakan di LAMPIRAN C (Rujuk website MARA) 1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau Kelas Pertama atau yang setaraf dengannya; 2. Bidang pengajian seperti dinyatakan di LAMPIRAN D (Rujuk website MARA) sahaja 3. Memperolehi IELTS 6.5 |
Doktor Falsafah (PhD) | Dalam Negara | 1. Memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.50 atau yang setaraf dengannya |
- Bagi pengajian peringkat Sarjana Senibina (Part II) pemohon perlu mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) Part I dan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurangkurangnya enam (6) bulan.
- Pemohon yang tidak memenuhi syarat CGPA seperti yang dinyatakan layak dipertimbangkan, sekiranya memiliki pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.
Syarat-Syarat Lain
- Permohonan pinjaman pelajaran ini terbuka kepada pemohon yang akan atau sedang melanjutkan pengajian tertakluk kepada syarat seperti berikut:
- Pemohon yang sedang atau akan memulakan pengajian tertakluk sebelum atau pada 31 Disember 2022.
- Pemohon yang mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 2 tahun bagi pengajian peringkat Doktor Falsafah.
- Pemohon melanjutkan pengajian hanya Institusi Pengajian di dalam negara sahaja yang akan dipertimbangkan.
- Pemohon yang ingin melanjutkan di luar negara perlu mendapatkan tawaran bersyarat (Conditional Offer) atau tanpa syarat (Unconditional Offer) dari Institusi Pengajian terkemuka luar negara seperti di LAMPIRAN B sebelum mengemukakan permohonan. Hanya bidang-bidang tertentu sahaja yang dipertimbangkan untuk ditawarkan kemudahan pinjaman ini.
- Pemohon yang telah memiliki kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang sama dengan permohonan ini tidak akan dipertimbangkan.
- Kursus yang diikuti telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan badan-badan berkuasa pengiktirafan dalam negara seperti Majlis Peguam, Malaysian Medical Council (MMC), Lembaga Arkitek Malaysia (LAM), Board of Engineers Malaysia (BEM) dan sebagainya.
- Permohonan terbuka untuk pengajian secara SEPENUH MASA mengikut kursus dalam bidang terpilih.
- Bagi pemohon yang sedang bekerja boleh dipertimbangkan untuk pengajian secara SEPARUH MASA di dalam negara dan hanya akan dipertimbangkan pinjaman untuk yuran pengajian sahaja mengikut kursus dalam bidang terpilih.

Tempoh Pinjaman
Tempoh pinjaman (maksimum) bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut:
Sarjana | 2 tahun |
Doktor Falsafah | 4 tahun |
Permohonan
- Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web rasmi MARA http://www.mara.gov.my mulai 05 September sehingga 22 September 2022.
- Permohonan mesti dikemukakan di dalam talian (online) melalui pautan yang disediakan.
- Dokumen sokongan di dalam sistem perlulah dimuatnaik dalam satu (1) fail PDF sahaja.
- Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan diproses.
- Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung seperti butiran di bawah:
Bahagian Penganjuran Pelajaran
Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA
21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur
Telefon : 03-2613 2103 / 2054 / 2075 (GrEP@ Luar Negara)
03-2613 2090 / 2106 / 2083 (GrEP@ Dalam Negara)
Emel : grepdn@mara.gov.my (bagi permohonan dalam negara) / grepln@mara.gov.my (bagi permohonan luar negara).