Tempe kaya khasiat, sama ada dari sudut kesihatan atau pun kecantikan. Siapa yang suka makan makanan ni? Tentu ramai yang suka kan? Suri pun suka tau.
Tempe adalah makanan yang diperbuat daripada kacang soya yang diperam. Ia merupakan antara makanan yang terkenal di Malaysia, terutama di kalangan masyarakat Jawa. Selain tinggi khasiat, ia juga sangat mudah dimasak dengan pelbagai jenis masakan.
Tempe Kaya Pelbagai Khasiat
Mungkin kita suka makan tempe tapi tahu tak apa khasiatnya kan? Terdapat kajian yang dijalankan bagi mengkaji kandungan makronutrient dan mikronutrient di dalamnya.
Ia mengandungi isoflavon iaitu polifenol yang ditemui pada kekacang, buah-buahan dan juga bijirin. Isoflavon merupakan sebahagian daripada kumpulan sebatian difenolik iaitu gabungan estrogenik dan antioksidan yang memberikan kesan positif terhadap kesihatan. Isoflavon meningkatkan paras antioksidan dalam badan dan menghalang daripada pelbagai penyakit.
Selain itu, isoflavon mengandungi kesan antikanser kerana berupaya untuk menghalang pertumbuhan sel kanser, menghalang enzim yang menyebabkan pembiakan sel kanser dan mematikan sel kanser. Isoflavon turut mengandungi kesan anti mikroorganisma, anti keradangan, menghalang kerapuhan tulang dan mengandungi kesan estrogenik.
Superoxide dismutase merupakan enzim yang baru ditemui pada tahun 1969. Semua sel yang hidup akan menghasilkan radikal superoksida yang memberikan kesan toksik kepada sel. Lantaran itu, setiap sel yang normal akan menghasilkan sistem pertahanan dalam melindungi sel daripada radikal bebas.
Radikal bebas seperti superoksida yang terhasil daripada proses fermentasi (proses penapaian). Ini menimbulkan kerisauan kepada para pengkaji kerana superoksida terhasil seiring dengan pertumbuhan kulat.
Namun demikian, proses penapaian yang mengambil masa sehingga 60 jam mengurangkan paras superoksida. Enzim superoxide dismutase akan menukarkan superoksida di dalam bahagian luar sel dan sitosol kepada bentuk yang tidak berbahaya.
Baca ini juga: Kebaikan lemon
11 Khasiat Makanan Superpower Ini:
1. Menjaga kesihatan usus dan pencernaan
Tempe termasuk produk hasil fermentasi yang mengandung probiotik. Ini adalah bakteria yang sangat bermanfaat dalam menjaga usus dan sistem pencernaan agar tetap sihat dan berfungsi dengan baik.
2. Menurunkan risiko penyakit kardiovaskular
Isovlafon yang ada pada kedelai dapat membantu menurunkan risiko penyakit kardiovaskular pada wanita yang mengalami menopause dini. Bahkan, beberapa penelitian mengungkapkan bahwa manfaat isoflavon dapat meningkat pada produk yang difermentasi. Meskipun demikian, masih diperlukan lebih banyak penelitian untuk memperoleh bukti ilmiah yang lebih kuat.
3. Mengurangkan Kesan Oksidatif
Tempe mengandungi isoflavon yang memberikan kesan antioksidan dan mengurangkan tekanan oksidatif. Antioksidan peranan dalam meneutralkan radikal bebas, atom yang tidak stabil dan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
Pengumpulan radikal bebas yang berbahaya dikaitkan dengan pelbagai penyakit seperti penyakit kencing manis, kanser dan sakit jantung. Banyak kajian yang menunjukkan bahawa isoflavon mengurangkan tekanan oksidatif dengan meningkatkan kesan antioksidan dalam badan.
4. Kurangkan Tahap Kolesterol
Tempe berupaya dalam mengurangkan paras kolesterol dalam badan. Ini kerana tempe menghalang enzim yang berperanan dalam menghasilkan kolesterol, menghalang proses pengoksidaan kolesterol-LDL (kolesterol jahat) dan mengurangkan penghasilan plak pada dinding saluran darah.
Kandungan isoflavon pada soya terkena; dengan kemampuannya dalam menurunkan kadar kolesterol baik dan kolesterol jahat (LDL) dalam darah. Bahkan, isoflavon juga dapat membantu menurunkan kadar trigliserida yang telah dikaitkan dengan risiko penyakit jantung.
5. Tingkatkan Tahap Kesihatan Tulang
Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis. Dalam erti kata lain, ia bagus untuk tulang. Jika kita jenis yang kurang gemar minum susu, amalkan pengambilan tempe di dalam menu diet.
Ia juga merupakan sumber kalsium yang baik, yang berperanan dalam memastikan tulang kuat dan padat. Pengambilan kalsium yang mencukupi dapat menghalang daripada penyakit osteoporosis, iaitu keadaan di mana tulang menjadi rapuh.
Kalsium dalam tempe diserap dengan baik oleh badan, sama seperti kalsium yang terkandung dalam susu. Kajian dijalankan pada kanak-kanak dan remaja menunjukkan bahawa pengambilan kalsium yang tinggi meningkatkan pertumbuhan tulang dan tulang menjadi padat.
6. Anemia
Anemia berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor seperti pengambilan zat besi yang rendah, penyerapan yang kurang efisyen serta keadaan fisiologi seperti mengandung. Pengurangan nutrisi seperti vitamin A, vitamin B12, vitamin C and asid folik juga boleh menyebabkan anemia.
Pengambilan tempe tinggi dengan nutrisi yang diperlukan untuk penghasilan hemoglobin seperti protein, vitamin B12, vitamin C, asid folik, zink, zat besi dan kuprum. 100g tempe mengandungi kira-kira 20.8g protein, 4mg zat besi dan 1.7mg vitamin B12.
Protein dalam tempe diperlukan untuk penghasilan globin. Pada masa yang sama, zat besi akan bercantum dengan globin untuk menghasilkan hemoglobin.
7. Kurangkan Simptom Menopaus
Golongan wanita menopaus yang memiliki tahap estrogen yang rendah dan berisiko untuk menghidap penyakit seperti sakit jantung, kerapuhan tulang, jangkitan pada saluran air kencing, kenaikan berat badan dan pengurangan kesan perlindungan terhadap sistem saraf.
Terdapat kajian dijalankan dalam kalangan penduduk Asia seperti di Jepun, China, Korea dan Indonesia di mana pengambilan kacang soya adalah tinggi. Tempe mengandungi isoflavon yang bergabung dengan reseptor estrogen dalam badan.
Isoflavon akan mengurangkan pedih hulu hati, simptom yang selalu dialami oleh perempuan yang telah menopaus. Proses penapaian memudahkan kacang soya untuk dicernakan.
8. Menghalang Penyakit Neurodegeneratif
Tempe mengandungi antioksidan dan melindungi sistem saraf daripada berlakunya penyakit neurodegeneratif. Ia berupaya memulihkan semula amnesia yang disebabkan oleh skopolamin, meningkatkan aktiviti kolinergik dan mengurangkan keradangan sistem saraf.
Ini kerana tempe mengandungi zink dan kuprum yang berkait dengan enzim superoxide dismutase. Zink dan kuprum meningkatkan paras superoxide dismutase dan menukarkan radikal superoksida kepada bentuk yang tidak berbahaya. Ini kerana radikal superoksida boleh menyebabkan kerosakan kepada membran sel dan komponen fosfolipid.
9. Tinggi Protein, Cepat Kenyang
Tempe sesuai menjadi pilihan bagi yang sedang diet kerana selain memiliki protein yang sihat dan mengenyangkan, tempe juga mengandungi berbagai vitamin dan mineral yang penting bagi tubuh. Selain itu, soya yang menjadi bahan utama tempe merupakan sumber isoflavon, zat tumbuhan yang memiliki aktiviti antioksidan.
Tempe dikenali sebagai makanan yang tinggi protein, yang boleh merangsang proses penghasilan haba. Ini akan meningkatkan metabolisme badan dan membantu badan untuk membakar lebih banyak kalori selepas makan.
Makanan yang tinggi protein membantu dalam mengawal selera makan dengan memberikan rasa kenyang lebih lama dan mengurangkan rasa lapar. Satu kajian menunjukkan bahawa snek yang tinggi protein meningkatkan selera makan dan memberikan rasa kenyang lebih lama berbanding dengan snek yang tinggi lemak.
Selain protein, tempe juga mengandung serat dan lemak sihat yang bukan hanya membuat kita merasa lebih cepat kenyang tetapi juga mempertahankan rasa kenyang lebih lama. Ini terjadi kerana kandungan-kandungan tersebut memerlukan waktu lebih lama untuk dicerna.
Semak artikel ini juga: Cara Masak Tempe Ungkep
10. Mampu Menghilangkan Jerawat
Memakan tempe akan membuatkan tubuh kita mengeluarkan lebih banyak hormon estrogen, yang berfungsi menghilangkan jerawat. Kandungan di dalam tempe yakni selenium dan magnesium juga menjadi penghalang kemasukan radikal bebas.
11. Mencegah Penuaan Awal
Nak kulit awet muda? Ternyata ada cara yang mudah dan murah. Makanlah tempe secara teratur. Kulit akan menjadi lebih kenyal dan lembut. Penyebabnya, kandungan isoflavon yang terdapat dalam tempe cukup tinggi, sehingga boleh melambatkan penuaan awal.
Baca ini juga: Cherry Blossom Di Jeju