Terima baik buruk pasangan, itulah yang sewajarnya dilakukan oleh tiap pasangan suami isteri supaya hubungan kekal harmoni hingga ke hujung usia.
Namun bukan semua mampu berbuat demikian. Ada pasangan yang walau pun dah lama berkahwin, tetap sukar nak terima keburukan pasangannya hingga sering berlakunya pertengkaran.
Baca artikel ini juga:
Terima Baik Buruk Pasangan Masing-Masing
Seperti pasangan kita perlu menerima baik dan buruk kita, begitu jugalah kita mesti terima baik buruk pasangan kita. Adil lah kan?
Ini tidak. Hanya pandang buruk pasangan saja, sedangkan diri sendiri pun banyak buruknya. Takkan pasangan kita itu tak ada langsung kebaikan yang boleh ‘menutup’ keburukan atau kelemahan dirinya?
Sepatutnya, kena pandang apa lebihnya pasangan kita,bukan mencari salahnya saja. Asyik cari salah, memang salah je yang akan nampak!
Sukar Nak Ubah Sikap Orang…
Kalau begitu, kenapa pilih dia sebagai pasangan hidup kalau dah tau dia banyak buruknya yang kita tak boleh nak bertolak ansur? Nak harapkan dia berubah atau kita dapat ubah dia ke?
Satu kita kena ingat. Jangan sesekali cuba nak ubah sikap seseorang itu kerana ia teramat sukar ye. Hanya Allah SWT yang memegang hati manusia dan hanya DIA yang boleh merubah hati seseorang.
Sebagai pasangan, kita tak mampu nak ubah diri pasangan kita. Kecuali orang itu sendiri yang nak berubah. Maknanya, perubahan itu harus datang daripada dirinya sendiri. Dek kerana perubahan itu datangnya dari dalam dirinya, perubahan itu insya-Allah akan berkekalan.
Oleh sebab itu, kita kena terima dirinya seadanya dan belajar untuk bertolak ansur dengan tap kelemahannya itu.
Baca artikel lain di sini:
Semua orangTak Sempurna
Pandang diri sendiri. Sempurna sangatkah kita hingga asyik nampak buruk dan kelemahan pasangan kita saja? Acah-acah diri sempurna sangat ke? Tak terfikirkah, entah-entah di matanya kita lagi banyak buruk.
Tapi dia bersabar, bertahan dan bertolak ansur kerana sayangkan kita dan hubungan yang terjalin berkekalan. Bayangkan kalau dia juga tak sabar, mesti asyik bergaduh je nanti.
Jangan Jaja Buruk Pasangan Pada Orang Lain
Ada yang suka jaja dan berkongsi keburukan pasangan pada orang lain seperti teman rapat dan kaum keluarga. Tolong ye! Hentikan. Perbuatan ini hanya mendatangkan kesan negatif.
Tak terfikir, apa pandangan dan tanggapan orang lain pada pasangan kita? Patutnya kita jaga aib pasangan dan rumah tangga kita, bukannya jaja pada orang luar. Apa manfaat yang kita dapat? Nak raih simpati? Nak minta nasihat? ingat ye, ramai tau yang tak jujur dalam memberi nasihat!
Takut nanti, ada yang ambil kesempatan dan mengeruhkan hubungan kita dengan pasangan.
Jaga Maruah Pasangan
Selain itu, bila kita jaja kelemahan pasangan kita pada orang lain, ia menunjukkan sikap kita yang ‘tak menghormati’ pasangan kita.
Bayangkan kalau pasangan kita tahu, apa perasaannya? Hal yang menjadi rahsia rumah tangga diceritakan pada orang lain. Elok ke macam tu? Patut ke?
Jangan Bandingkan Pasangan Dengan Pasangan Orang Lain
PENTING! Jangan sesesekali membandingkan pasangan kita dengan orang lain atau pasangan orang lain. Sikap ini boleh membuatkan kecurangan terjadi dalam perkahwinan. Kita akan mula mencari ‘kesempurnaan’ pada orang lain yang kononnya tak ada pada diri pasangan kita.
Sungguh tak wajar dan sungguh kurang ajar!
Pasangan yang baik adalah pasangan yang dapat menerima baik buruk pasangannya. Itu adalah lelaki/wanita yang kita sendiri pilih untuk menjadi pasangan hidup kita.
Buka minda dan berlapang dada untuk terima kekurangan dirinya sebagaimana dirinya menerima kekurangan kita.
Komunikasi Kunci Bahagia!
Percayalah, komunikasi adalah salah satu kunci utama untuk bahagia. Dengan berkomunikasi, kita dapat mencari jalan penyelesaian dalam setiap masalah yang muncul dalam hubungan suami-isteri.
Dengan berkomunikasi, pasangan dapat tahu apa yang kita rasa dan mungkin boleh mengubah apa yang kita tak suka. Begitu juga kita. Kena terima dengan terbuka bila pasangan menegur apa kekurangan kita yang tidak menyenangkan hatinya.
Tapi, jangan ego pula sampai tak boleh terima teguran pasangan!