Tertib Doa itu penting! Kita selalu memohon kepadaNya terutama bila kita berada dalam kesusahan dan mengharapkan belas dari Allah yang maha Esa.. Namun hakikatnya bila- bila masa kita boleh memohon kepadaNYA.
Tetapi lebih afdhal jika memperbaiki kualiti doa dengan tertib dan tersusun. tunduklah kepadaNya, dan kita tidak akan rugi walau sebesar zarah pun.
Tertib Doa itu harus diperhalusi dengan tatacara yang tersusun dan hadir dari hati. Sebagai hambanya jangan sesekali kita ragu dengan kuasa DOA. Sesungguhnya dia yang maha berkuasa, yang mencipta segalanya, mengubah mengikut kehendaknya.
Menurut Ibnu Faris doa dari sudut bahasa ialah memalingkan sesuatu kepada anda dengan suara dan kata (Maqayis al-Lughah). Menurut Ibnu Manzur doa dari segi asal bahasa ialah menyeru(Lisan al-‘Arab).
Manakala doa menurut istilah syarak sepertimana yang didefinisikan oleh al-Imam al-Khattabi ialah pemohonan pertolongan dan bantuan oleh seorang hamba dari Tuhannya dan hakikat doa iaitu menzahirkan kefakiran, kelemahan dan kehinaan diri kepada Allah yang di dalamnya termetrai pengagungan terhadap Allah swt dan mengiktiraf sifat kemulian dan pemurahNya. (Sya’n al-Dua’)
http://asdarulsunnah.blogspot.com/2008/07/definisi-doa-menurut-al-quran-dan.html
Definisi doa yang dinyatakan oleh Imam al-Khattabi rahimahullah menjelaskan bahawa doa merupakan pohonan seorang hamba dari Allah s.w.t, sepertimana firman Allah swt di dalam surah al-Baqarah ayat 186:
Antara tertib doa yang akan mendapat perkenan Allah :
- Bertaubat kepada Allah S.W.T terlebih dahulu atas segala kesalahan yang telah dilakukan. Boleh mengerjakan solat sunat taubat dan disusuli dengan beristighfar.
- Lakukan solat-solat sunat seperti solat tasbih, solat tahajjud dan witir sebelum berdoa.
- Tadah tangan ke arah kiblat sambil menghadirkan rasa ikhlas di dalam hati dan bersungguh-sungguh untuk memohon hajat ke hadrat Allah S.W.T
- Mulakan doa dengan bertasbih seperti Alhamdulillah atau menyebut nama-nama Allah yang agung. Kemudian berselawat ke atas Rasulullah s.a.w.
- Lafazkan permohonan anda dengan rasa rendah diri dan suara yang sederhana kuat.
- Berdoalah dengan sepenuh hati. Tanamkan keyakinan dan pengharapan bahawa Allah akan memakbulkan doa anda itu.
- Disarankan mengulang-ulang doa tersebut sebanyak tiga kali.
- Akhiri doa dengan memohon keselamatan hidup di dunia dan akhirat, diikuti selawat ke atas Rasulullah s.a.w dan memuji Allah S.W.T
Walaupun semua tertib ini diikuti, ia masih belum menjamin doa anda tersebut termakbul sekiranya aspek-aspek lain dalam kehidupan anda tidak dijaga.
Pastikan makanan yang anda makan, baju yang anda pakai, kereta yang anda bawa dan rumah yang anda diami datang dari sumber rezeki yang halal.
Memilih waktu untuk berdoa juga memainkan peranan yang penting untuk memperoleh doa yang mustajab.
Doa yang benar hendaknya dilakukan dengan niat ikhlas dan bersungguh sungguh. Karena sikap dan niat seseorang dalam berdo’a akan menentukan cepat atau lambat doanya dikabulkan oleh Allah Yang Maha Esa.
BACA : Amalan siti sarah
Antara waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa adalah:
- Sepanjang bulan Ramadan terutamanya Lailatul Qadar
- Satu pertiga malam iaitu daripada waktu tengah malam sehingga waktu fajar.
- Pada hari wuquf di Arafah
- Sepanjang hari Jumaat. Ada pendapat ulama’ mengatakan hanya satu waktu sahaja dalam hari Jumaat yang doanya dimakbulkan oleh Allah.
- Malam dua hari raya iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha
- Setiap kali selepas solat fardhu.
- Waktu antara azan dan iqamat
- Ketika sujud dalam solat fardhu
- Selepas solat Asar.
Anda juga perlu berusaha berdoa pada bila-bila masa dan keadaan selain perlu mematuhi adab berdoa.
Mungkin doa anda tidak akan ditunaikan dalam masa yang terdekat tetapi anda perlu yakin kepada Allah S.W.T dan sentiasa bersabar memohon doa tersebut. Apa yang pasti, percayalah Allah mendengar semua doa hambaNya. Sekiranya belum dimakbulkan, kita seharusnya bersabar atau renungkan apa sebenarnya rahsia untuk memastikan doa kita dipenuhi.
Seperkara perlu kita ketahui, berdoa juga tergolong dalam ibadah. Orang sentiasa mengamalkan doa dalam hidup juga dijanjikan ganjaran dan keberkatan bukan sahaja di dunia, malah lebih penting di akhirat kelak
Islam begitu tersusun secara indah dengan pensyariatan yang begitu lengkap kepada manusia, manakala sumbernya diperakui daripada al-Quran, sunah dan tinggalan ilmu ulama yang terus subur hingga ke hari ini.