Bekas pesakit Covid-19 yang telah sembuh doktor sarankan tukar berus gigi yang mereka pakai kepada yang baru. Ini sebagai langkah pencegahan agar jangkitan wabak tidak berulang.
Demikian saranan pakar pergigian, Dr Pravesh Mehra. Perlu juga diketahui tindakan sedemikian bukan saja melindungi bekas pesakit. Malah, mereka yang satu rumah dengan bekas pesakit sekiranya berkongsi bilik air.
Ini Sebab Kenapa Bekas Pesakit Covid-19 Kena Tukar Berus Gigi
Jaga-jaga! Ada Bakteria
- Ada bakteria yang melekat pada berus gigi yang digunakan oleh pesakit yang dijangkiti Covid-19.
- Pesakit Covid-19 sila ganti berus gigi dan bersihkan lidah selepas 20 hari gejala pertama muncul.
- Jika alami demam, selesema dan batuk ; sila gantikan berus gigi selepas pulih sakit.
Boleh Jadi Punca Covid Merebak
- Berus gigi dan pembersih lidah boleh jadi dua barang yang mudah tercemar dengan virus apabila ia berkeadaan terbuka dalam bilik air.
- Sebaiknya buang yang lama dan ganti baru. Bimbang jika tidak ditukar, akan menyebabkan jangkitan berulang atau tersebar kepada orang lain.
- Perlu diketahui, Covid-19 juga boleh tersebar melalui air liur ketika pesakit batuk, bersin, bercakap, ketawa dan sebagainya. Sekiranya pesakit tidak menggunakan pelitup muka.
Jangan Sesekali Kongsi
- Tindakan ini lebih mengundang bahaya. Berkongsi berus gigi boleh menjadi medium penularan pelbagai penyakit termasuklah Covid-19.
- Sebab itulah disarankan cuci tangan dahulu sebelum gosok gigi. Kerana, virus ini juga boleh menular pada tangan. Dan tanpa sengaja anda menyentuh mulut ketika virus berada di tangan anda itu.
- Sebelum guna berus gigi, alirkan dahulu pada air untuk membersihkan kotoran bersisa.
Baca sini : 2 jenis batu karang yang wajib ambil tahu
Langkah Penjagaan Berus Gigi
Dr Pravesh juga menggalakkan anda melakukan perkara ini bagi menjaga kebersihan berus gigi anda.
- Berus gigi yang telah digunakan itu, jangan terus disimpan. Sebaiknya bilas dahulu berus gigi menggunakan air suam.
- Jika ada penutup berus gigi adalah lebih baik lagi. Ini kerana, tidak bagus sekiranya kepala berus gigi bersentuhan dengan yang lainnya.
- Bersihkan bekas simpanan berus gigi dengan menggunakan sabun.
- Pastikan anda menyimpan berus gigi jauh daripada tandas. Bagi mengurangkan virus aerosol menular padanya.
Sumber : mstar