Sinopsis Kisah Cinta Kita | Gandingan Aedy Ashraf dan Amelia Henderson bersiaran selama 28 episod bermula 26 November 2021 menerusi slot Akasia TV3, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam. Kedua pelakon ini sedang meningkat naik dan sentiasa mewarna drama dan filem tanah air. Gandingan mereka bedua agak menarik
Penonton juga boleh menyaksikannya di platform penstriman Disney+ Hotstar Malaysia.
Sinopsis Kisah Cinta Kita
Amelia Henderson sebagai aleesa akan memegang 2 watak utama dalam drama ini . Ia Mengisahkan tentang Aleesa (Amelia Henderson) didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya, Amer (Aedy Ashraf). Aleesa diminta menyamar sebagai Natasha yang telah menghilangkan diri kerana mereka berdua mempunyai wajah yang sama.
Amer berjanji akan menanggung kos pembedahan ibunya, Hanisah (Datin Seri Maria Farida) sekiranya Aleesa bersetuju menjadi Natasha demi kesihatan Datuk Ramzi (Dato’ Jalaludin Hassan) yang masih berada di hospital. Memandangkan dia hanya perlu menyamar sekejap sahaja,
Aleesa bersetuju. Aleesa hanya perlu ke hospital dan bercakap-cakap dengan Datuk Ramzi yang masih belum sedarkan diri.
Watak kedua yang didokong oleh Amelia Henderson pula sebagai Natasha telah membuat keputusan untuk kahwin lari dengan Zuhairi (Ikmal Amry) di sempadan apabila datuknya, Datuk Ramzi mahu memisahkannya dengan Zuhairi. Malahan, Datuk Ramzi ingin mengahwinkan cucu tunggalnya dengan Amer.
Selepas kehilangan Natasha, Datuk Ramzi diserang sakit jantung dan dimasukkan ke hospital.
Natasha ditemui dalam keadaan wajahnya terbakar dek kemalangan jalan raya yang tragis. Amer telah mengarahkan Aleesa untuk meneruskan lakonannya sebagai Natasha. Aleesa tidak bersetuju kerana Datuk Ramzi telah sedarkan diri. Tambahan lagi, ini bukan perjanjian awal mereka. Apabila Amer mengugut untuk menghentikan pembiayaan kos perubatan Hanisah, Aleesa terpaksa bersetuju.
Demi ibunya, Aleesa meneruskan penyamaran sebagai Natasha dengan perasaan marah dan benci kepada Amer. Aleesa mengesyaki Amer merancang untuk membolot harta Datuk Ramzi selepas nampak Datin Laila (Khaty Azian) dan Amer dalam keadaan yang mencurigakan.
Apakah yang akan berlaku nanti? Adakah kesetian dah kasih sayang boleh dipupuk dan dibaja
Info Kisah Cinta Kita
- Episod: 28
- Tarikh Tayangan: 26 November 2021
- Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam
- Rangkaian: Akasia TV3
- Idea & Skrip: Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris
- Pengarah: Riza Baharudin
- Produksi: A. Aida Production Sdn Bhd
- Pelakon: Aedy Ashraf, Amelia Henderson, Ikmal Amry, Daniella Sya, Hazman Al-Idrus, Dato’ Jalaludin Hassan, Datin Seri Maria Farida, Khaty Azian, Arash Mohd, Adriana Ghafar, Izzendra
- Watak PelakonAedy Ashraf sebagai AmerAmelia Henderson sebagai AleesaIkmal Amry sebagai ZuhairiDaniella Sya sebagai MariaHazman Al-Idrus sebagai PutraMaria Farida sebagai HanisahJalaludin Hassan sebagai Datuk RamziKhaty Azian sebagai Datin LailaArash Mohd sebagai MalikAdriana Ghafar sebagai AsmaIzzendra sebagai Siti
- Lagu Tema (OST)
- Sejarah Cinta Ku – UcopDuri – Ahmad Syafiq
- Panah – NadeeraCinta Khayalan – Wany Hasrita
- Bukan Milik Ku – Muna ShahirahBerakhirlah
- Pencarianku – Hafiz Suip & Ernie ZakriMimpi – Haqiem Rusli
- Kisah Cinta Kita – Hafiz Suip
- Maafkan Lah – SyamelI
- zinkan Aku – Tajul
- Sorry-Sorry Sayangku – Nomad
- Pelangi – Khareez Khasbullah
- Ternyata Bukan Aku – Nidza Afham