Hi Korang!! Ada berita menarik untuk semua peminat sushi & penggemar makan pedas!! AEON baru je buat kolaborasi yang mantap dengan Kewpie untuk tambah variasi dalam rangkaian produk AEON Delicatessen. Pelancaran kolaborasi ni diadakan di AEON Mall Cheras Selatan pada 21 Jun 2024. Jom kita tengok apa yang menarik!

Mayo Cili Padi dalam Pelbagai Produk
AEON Delicatessen memperkenalkan produk yang dekat dengan hati rakyat Malaysia. Haaa kali ini AEON Delicatessen keluarkan mayo berperasa cili padi. Haaa dengar cili padi mestilah rakyat Malaysia suka kan. Awal-awal fikir macam skeptikal sikit, confirm ke pedas? Confirm ke kena dengan tekak melayu ni.
Tapi sekali dah rasa………. terangkat!!!! Korang boleh rasa kesedapan mayo ni dalam sushi, bakeri dan delica. Menurut Azidah Alimuddin, Ketua Bahagian Delicatessen, Bakeri dan Pusat Pemprosesan Makanan AEON, kolaborasi ni diharap dapat mempertingkatkan rasa dan kualiti produk mereka. Memang padu!

Majlis Pelancaran Meriah
Majlis pelancaran ni dimeriahkan dengan kehadiran orang penting seperti Atsushi Miyata, Pengarah Urusan Kewpie Malaysia dan Naoya Okada, Pengarah Urusan AEON. Tak ketinggalan juga acara ‘treasure hunt’ dan aktiviti lain yang menghiburkan. Memang havoc habis!
AEON Delicatessen memang tak pernah ketinggalan dalam memperkenalkan produk baru. Memang tak jemu la nak makan makanan yang dorang keluarkan. Dengan empat jenama utama seperti Coco Café, La Boheme, La Boheme Coffee, dan Sucrée Amor, korang mesti akan jumpa yang menjadi pujaan hati. Kalau macam saya suka betul dengan La Boheme, ada roti, pastri, dan puding yang segar. Kalau korang takt ahu, La Boheme ada juga Coffee tau. Coffee dia memang terkenal dengan campuran unik biji kopi dari Brazil, Colombia, dan Indonesia.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom serbu AEON Delicatessen dan nikmati keenakan dan kepedasan mayo cili padi Kewpie dalam setiap gigitan. Selamat menjamu selera!

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
• Laman web: www.aeongroupmalaysia.com
• LinkedIn: AEON Group Malaysia
• Facebook: AEON Retail Malaysia
• Instagram: AEON Retail Malaysia
• X: AEON Retail Malaysia