Pemberian Vaksin Walk In Di 10 PPV Terpilih

pemberian vaksin walk in sedang dilaksanakan untuk penduduk di Lembah Klang yang telah bermula 2 Ogos ini.

Ia meliputi pemberian vaksin secara ‘walk in’ di 10 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terpilih dan melalui program jangkauan (outreach programme) ke kawasan pinggiran Lembah Klang.

Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam kenyataan memaklumkan, PPV terpilih itu termasuk tiga di PPV KL Convention Centre iaitu HCO F, HCO G dan HCO H, Bangi Avenue Convention Center (BACC) dan Hotel Wyndham, Klang.

Selain itu, PPV Dewan Tun Razak, Sabak Bernam; Dewan Komuniti Serendah; Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA dan Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.

pemberian vaksin walk in

Vaksin Walk In Untuk Warga Asing

Dalam pada itu, PPV Stadium Nasional Bukit Jalil dikhaskan untuk pemberian vaksin secara ‘walk in’ untuk warga asing.

Artikel Lain: Cara Guna Oximeter Dengan Betul

“Pada 2 hingga 4 Ogos ini pemberian vaksin adalah khusus untuk mereka yang berusia 40 tahun ke atas dan golongan komorbid.

“Selepas tarikh itu iaitu bermula 5 hingga 22 Ogos pemberian vaksin adalah terbuka untuk warga negara Malaysia berusia 18 tahun ke atas,” katanya.

Justeru individu yang hadir untuk suntikan vaksin perlu membawa dokumen menunjukkan bukti mereka bermastautin di Lembah Klang seperti alamat di kad pengenalan, lesen memandu, sebarang bil utiliti atau kad kredit, kad pekerja, kad pelajar, surat perjanjian dan sebagainya.

“Untuk golongan komorbid, mereka diminta membawa sebarang bukti yang menunjukkan mereka komorbid seperti kad rawatan atau kad temu janji,” katanya.

pemberian vaksen walk in

Datang Pada Waktu Ditetapkan

Katanya lagi, masa ‘walk in’ bermula jam 2 petang setiap hari, yang mana tertakluk kepada hari operasi PPV masing-masing.

Bagi warga asing di Lembah Klang pula mereka boleh mendapatkan suntikan vaksin secara ‘walk in’ di PPV Stadium Bukit Jalil saja bermula 9 hingga 11 Ogos ini, khusus untuk mereka berusia 40 tahun ke atas dan golongan komorbid.

Pemberian vaksin untuk warga asing berusia 18 tahun ke atas pula akan dibuka pada 12 hingga 22 Ogos. Masa ‘walk in’ bermula jam 2 petang dan mereka perlu mengemukakan dokumen sebagai bukti mereka menetap di Lembah Klang sama seperti warga negara Malaysia.

pemberian vaksin walk in

Artikel Lain: Fesyen Vaksin Paling Sempoi & Ringkas

Leave a Comment!

error: Content is protected !!