Walaupun telah dua tahun anak-anak belajar secara online atau PdPR di rumah tetapi jangan lupa buat permohonan tahun satu 2022. Nanti tak pasal-pasal anak kita tak boleh masuk sekolah nanti. Kini lebih mudah boleh buat semakan permohonan Tahun Satu secara online.
Murid warganegara dan bukan warganegara yang layak, yang genap berumur enam tahun pada tahun semasa persekolahan layak memohon ke Tahun 1 dan buat semakan permohonan Tahun Satu.

Permohonan
Terdapat dua kaedah iaitu;
- Secara atas talian (online) melalui portal: https://public.moe.gov.my
- Secara manual – pendaftaran di sekolah.
Bagi yang tidak dapat daftar secara online boleh melakukannya secara manual di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) selepas bulan Disember 2021 dengan mengisi borang ASBS.
Semakan Permohonan Tahun Satu 2022
Keputusan penempatan Tahun 1 boleh disemak secara online mulai 1 Ogos ini bagi semua sekolah di Semenanjung Malaysia. Namun begitu, sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Putrajaya keputusan hanya boleh disemak mulai 1 November 2021.

Cara Semakan Permohonan Tahun Satu ;
- Layari laman web https://public.moe.gov.my
- Tekan butang Log Masuk
- Klik pada Semakan Starus Permohonan Tahun 1
- Pilih Semakan Penempatan
- Status permohonan murid akan dipaparkan.
- Ibu bapa boleh cetak surat penempatan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

Apa yang perlu dilakukan oleh ibu bapa/penjaga
- Perlu membuat pengesahan penempatan secara online.
- Surat penempatan dan dokumen pengesahan tidak perlu dihantar ke sekolah berkenaan. Cukup sekadar untuk simpanan dan tujuan pendaftaran di sekolah.
Simpan hari tua buat suri rumah di KWSP
Rayuan Penempatan
- Permohonan rayuan hanya dibuat secara atas talian dalam sistem dan tiada proses rayuan secara manual.
- Sekiranya ingin membuat rayuan, perakuan atas talian perlu dibuat kerana butang rayuan hanya akan diaktifkan selepas proses perakuan ibu bapa/penjaga dilaksanakan.
- Keputusan rayuan adalah muktamad. Ibu bapa/penjaga perlu menyemak sendiri dalam sistem yang sama.
- Keputusan rayuan perlu dicetak dan disimpan oleh ibu bapa/penjaga untuk kegunaan semasa hari pendaftaran di sekolah kelak
Bagaimana jika tidak boleh log masuk kerana terlupa kata laluan?
Ibu bapa/penjaga boleh mendapatkan kata laluan menerusi permohonan semula kata laluan menerusi e-mel yang ibu bapa/penjaga telah daftarkan ketika daftar pengguna baharu ataupun melalui soalan keselamatan.