i-Suri KWSP Bantuan Suri Rumah, Insentif RM480 Setahun

Berita baik! buat wanita yang telah kehilangan kerja saat mendepani pandemik COVID-19 ini apabila boleh mencarum di i-Suri KWSP bantuan suri rumah.

Bila sudah kehilangan kerja secara tak langsung caruman di KWSP dihentikan namun dengan adanya caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) ini mungkin boleh memberi nafas lega.

Insentif khas ini bertujuan untuk memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

Sebenarnya i-Suri ini telah dilancarkan pada 15 Ogos 2018.

3 Kategori wanita yang boleh mencarum di i-Suri KWSP bantuan Suri rumah.
Photo by Idina Risk from Pexels

Siapa yang layak mencarum

  1. Suri rumah,
  2. Balu
  3. Ibu tunggal yang profilnya didaftarkan di Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih).

Ketiga-tiga kategori ini boleh menyertai i-Suri KWSP bantuan suri rumah dan membuat caruman minimum sebanyak RM5 setiap bulan ke dalam akaun simpanan persaraan mereka. Caruman ini melayakkan mereka menerima insentif Kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan yang akan dimasukkan ke dalam akaun KWSP masing-masing.

Faedah i-Suri KWSP Bantuan Suri Rumah

  • Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap.
  • Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta masih boleh membuat pengeluaran.
  • menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan.
  • Menerima insentif khas sebanyak 15 peratus tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
  • Bantuan kematian: RM250

*tertakluk kepada terma dan syarat KWSP.

Syarat-syarat kelayakan i-Suri KWSP Bantuan Suri Rumah

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Belum mencapai umur 60 tahun.
  3. Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
  4. Golongan suri rumah yang berdaftar dalamPangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2020.
  5. Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.

Bantuan Ibu Tunggal Secara Online

Had Bayaran

Minimum (RM sahaja)
Tiada had

Maksimum (RM sahaja)
RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)

Cara dan saluran i-suri KWSP bantuan Suri rumah.

Bagaimana pihak kerajaan mengkreditkan caruman tersebut ke dalam akaun ahli?

KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan) dan Akaun 2.

Muat turun KWSP 6A (2)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *