Bantuan Kebajikan Ibu Tunggal: Negara Malaysia sebenarnya telah menyediakan beberapa platform untuk membela nasib ibu tunggal yang terbiar dan tidak bernasib baik. Cuma kadang kadang mereka tidak tahu mana hendak dituju.
Moga senarai ini dapat memudahkan usaha kesemua ibu tunggal yang masih tercar-cari. Sesungguhnya kami tahu keperitan menjadi ibu dan bapa dalam masa yang sama tambah dihimpit oleh masalah kewangan.
Sila war warkan pada kawan kawan atau saudara yang senasib. Wanita mesti bantu kaum wanita kerana kita mesti punya harga diri untuk meneruskan kehidupan.
Senarai bantuan kebajikan ibu Tunggal
1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
Bantuan Kanak-Kanak (BKK) adalah Skim bantuan kewangan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia kepada golongan Ibu Tunggal yang layak. Selain untuk diri sendiri, boleh mereka juga boleh mohon bantuan untuk anak anak dibawah jagaan mreka.
Maklumat lanjut layari Portal JKM – Bantuan Kanak-Kanak
2. Bantuan Orang Tua
Bayangkan situasi ibu tunggal yang juga turut menyara orang tua. Banyak ini yang berlakukan.
Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Maklumat lanjut, layari Portal JKM – Bantuan Orang Tua
3. Bantuan KISS (Kasih Ibu Smart Selangor)
Bertuah untuk orang selangor. Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.
Maklumat lanjut, layari Portal Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)
4. Bantuan Sara Hidup
Ibu Tunggal warganegara malaysia yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM 4,000 dan ke bawah layak untuk mendapatkan Bantuan Sara Hidup.
Maklumat lanjut layari portal Bantuan Sara Hidup (BSH).
5. Bantuan Zakat
Ibu Tunggal yang cukup kriteria penerimaan zakat boleh memohon bantuan zakat menerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS) atau Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
- Mohon semakan ekasih 2021 untuk ibu tunggal
- Program KWSP I Suri
- Modal awal untuk menjalankan perniagaan dan bisnes berjumlah RM2700
- Anak mereka pula diberikan sejumlah RM100 sebulan. Ia hanya diberikan kepada 4 orang anak (maksimum)
- Satu lagi yang boleh diberikan sebagai pilihan untuk dimohon adalah bantuan bulanan ibu tunggal jkm yang mana hanya akan diberikan kepada kelompok ini yang tidak mempunyai anak untuk ditanggung
- Akhir sekali janda atau balu yang berumur 60 tahun ke atas akan diberikan bayaran sebanyak RM300 sebulan
Borang Permohonan Bantuan Ibu Tunggal Online
Cara daftar Bantuan Kebajikan Ibu Tunggal mudah sahaja anda boleh download borang permohonan ibu tunggal iaitu borang JKM18 secara online, boleh download borang di sini :
- Link Download borang permohonan ibu tunggal JKM18 secara online : www.jkm.gov.my
- Ataupun ada juga boleh datang dan hadir di mana cawangan Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM b
Semakan Bantuan Ibu Tunggal jkm
- Melalui semakan jkm jabatan kebajikan masyarakat, jikalau lulus bantuan kebajikan ibu tunggal, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat sendiri yang akan hubungi anda kelak
Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal BKIT RM300
Terbaru anda boleh dapatkan RM300 dari kementerian pembangunan wanita keluarga secara one off sebelum Hari Raya Aidilfitri. Kepada yang belum lagi berdaftar secara sah sila berbuat sekarang sehingga tarikh tutup.
Syarat kelayakan mudah sahaja.
Klik pada pautan di bawah ini untuk membuat permohonan online dan maklumat lebih lanjut:
- Daftar Borang Permohonan bantuan khas ibu tunggal bkit RM300 secara online: https://www.jpw.gov.my/ibu-tunggal-penjana/
- Pastikan anda memohon mengikut negeri pemohon. Jikalau anda dari negeri Pulau Pinang, sila pastikan borang permohonan tersebut untuk negeri Pulau Pinang, elakkan berlaku kesilapan
Melalui semakan dengan agensi Jabatan Pembangunan Wanita Jpw, Permohonan khas bantuan ibu tunggal ini buka di seluruh Malaysia kepada yang layak
Syarat kelayakan:
- keluarga yang mana ada suami suaminya tidak sihat dan tidak ada berkemampuan untuk bekerja dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama
- perempuan yang menjadi ketua isi rumah sekaligus melepasi syarat kelayakan permohonan yang telah ditetapkan
- berada dalam kelompok di bawah bawah pendapatan garis kemiskinan atau pendapatan perkapita rm244
Soalan Lazim Bantuan Kebajikan Ibu Tunggal
1. Boleh saya hantar permohonan di pejabat kerajaan?
Jika anda lebih selesa permohonan secara manual, boleh hantar dokumen sokongan di agensi kerajaan, boleh terus pergi mana-mana cawangan terdekat Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN), cawangan JKM atau cawangan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Borang permohonan dan senarai dokumen yang diperlukan boleh dapatkan daripada kakitangan yang bertugas di sana
2. Bagaimana cara pembayaran?
Terus masuk ke akaun bank anda yang telah didaftarkan pada program ini. Pastikan ianya akaun bank yang masih aktif
3. Berapa jumlah pembayaran?
Anda akan dapat sebanyak RM300 secara one off
4. Bagaimana cara membuat semakan status permohonan bantuan khas ibu tunggal?
Jika anda lulus dan berjaya, satu sms akan terus dihantar ke telefon anda. Nantikan
5. Bila tarikh dapat bayaran bantuan ibu tunggal sempena raya Haji ini?
Bermula bulan Julai ini
6. Saya merupakan ibu tunggal dan penerima bantuan JKM, perlukah saya hantar permohonan lagi untuk bantuan khas ini?
TIDAK PERLU. Pautan permohonan di atas adalah untuk ibu tunggal yang masih belum berdaftar dengan JKM, LPPKN, atau JPW. Anda akan dapat secara automatik
7. Ada nombor hotline Jabatan Pembangunan Wanita yang boleh saya hubungi jika saya ada sebarang persoalan?
Boleh hubungi di nombor ini, 03-83231000
8. Saya Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak iaitu anak angkat & anak tidak sah taraf, layak saya mohon?
Ya. Layak untuk mohon. Dipersilakan
9. Saya adalah ibu tunggal dan juga warga asing, bagaimana semak cara daftar?
Tidak boleh. Hanya warganegara Malaysia sahaja yang dibenarkan
Semakan Bantuan Zakat Ibu Tunggal
Jika anda benar-benar terdesak dan perlu bantuan segera untuk bayar sewa rumah dan lain2 boleh buat semakan bantuan zakat untuk ibu tunggal masing masing di setiap negeri anda samada di negeri Sarawak Sabah Perlis Kelantan Terengganu Perlis kedah Perak Pulau Pinang Penang Labuan Putrajaya Negeri Sembilan Pahang Melaka negeri Sembilan Selangor dan Kuala Lumpur KL
Pusat Zakat sedang membantu seberapa ramai golongan yang terdesak di zaman COVID 19 semasa PKP atau PKPB atau PKPD
Semoga Berjaya!
PP/S : Berdasarkan semakan kami ramai yang masih tidak sedar kelebihan golongan ini daripada sudut sokongan yang pelbagai disediakan oleh pihak kerajaan Malaysia melibatkan bantuan ibu tunggal.
Ok senang ada list mcm ni. nanti blh share kt ibu tunggal yg memerlukan