Cara Solat Istikharah| Solat Istikharah hanya boleh dilakukan untuk memohon petunjuk bagi sesuatu kebaikan sahaja dan tidak sama sekali untuk sesuatu yang tidak bermanfaat atau kejahatan. Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan
Nabi sendiri menggalakkan solat istikharah bilamana kita buntu maka mohon dan mememintalah kepada Allah pilihkan mana yang baik antara perkara yang dipilih dengan cara yang khusus.
Yakinlah bahawa Solat sunat istikharah ialah solat untuk memohon petunjuk daripada Allah. Solat sunat Istikharah sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu malam (qiamullail) bersama-sama solat tahajjud dan solat taubat.
Hanya urusan yang mubah (harus) baik isunya besar ataupun kecil, penting mahupun tidak, dibenarkan untuk melakukan istikharah. Lazimnya masyarakat akan kaitkan Solat Istikharah dengan permasalahan pemilihan jodoh atau pasangan hidup.
Selain itu, banyak lagi perkara lain yang turut digalakkan bagi seseorang untuk mengerjakan Solat Istikharah seperti persoalan kerjaya atau kerja, tawaran sambung belajar dan sebagainya
Cara Solat Istikharah
Lafaz niatnya:
Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
Surah
Sembayang sunat istikharah ini adalah 2 rakaat dan Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Digalakkan membaca doa Iftitah, tetapi tetap sah jika tida lakukan. Kemudian teruskan dengan bacaan surah Al Fatihan
- Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
- Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
- Atau;
- Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
- Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).
Dalam sujud akhir,
Baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.
Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.
Maka selesailah Solat Istikharah tersebut.
Membaca doa solat sunat Istikharah:
Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya:
“Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).”
Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.i.
Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.
Pahala kongsikan Cara Solat Istikharah ini.
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua yang mencari jalan yang terbaik untuk mendapatkan panduan
Letakkan keyakinan kepada ALLAH untuk sebarang keputusan mungkin dengan tambahan amalan dari sheikh Al jaber dapat memudahkan lagi urusan kalian