Pengalaman Cara buat rayuan haji 2022 dengan THjari

Pengalaman Cara buat rayuan haji | Setiap tahun bakal bakal haji akan mencuba nasib untuk membuat rayuan agar dapat menjadi salah seorang jemaah yang terpilih. Tahun ini agak berbeza pada tahun lepas kerana beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Arab Saudi kerana Pandemik Covid-19 sebelum ini.

Tahun 2022 Malaysia telah mendapat quota 14,306 calon haji (CH). Bilangan ini separuh dari tahun-tahun lalu. Disebabkan tempat adalah sangat terhad, maka pemilihan memang ketat dan dikawal secara total oleh Tabung Haji (TH).

Dengan kata lain sangat-sangat beruntung pada mereka yang telah terpilih pada tahun ini.

Lembaga Tabung Haji (TH) telah membuka permohonan rayuan untuk mengerjakan ibadat haji melalui aplikasi THiJARI bagi tahun 1443H/2022 bermula 19 April 2022 sehingga 18 Mei 2022.

Semuanya sangat mudah dengan hanya menggunakan ThJari.

Pemilihan rayuan haji dilakukan berpandukan kriteria-kriteria tertentu dengan rayuan mahram diberikan keutamaan.

Perlu diingatkan Rayuan perlu dibuat semula kerana rayuan hanya sah pada tahun semasa sahaja. Rayuan perlu diperbaharui setiap tahun meskipun anda pernah membuat rayuan haji pada tahun sebelum ini.

Cuma untuk tahun 2022 ini Kerajaan Arab Saudi menetapkan jemaah haji perlu berumur 64 tahun ke bawah pada tahun 2022. Rayuan akan dipertimbangkan sekiranya ketetapan umur ini disemak semula oleh Kerajaan Arab Saudi.

Hanya bakal haji wanita berumur 44 tahun dan ke bawah disyaratkan perlu mempunyai mahram. Bagi wanita yang memerlukan mahram, mahramnya perlu berumur 64 tahun dan ke bawah.
Bagi bakal haji lelaki, tidak perlu mahram untuk tunai haji.

Pengalaman Cara buat rayuan haji 2020

  1. Beberapa bulan lalu, Tabung Haji telah meminta kesemua Calon Haji untuk buat rayuan melalui THiJARI, iaitu apps TH. Nak merayu, dah tak payah buat surat, tak payah email, pos atau faks. Isi je rayuan haji dalam apps TH tu. Jawablah semua soalan sejujur²nya.
  2. Tabung Haji terlebih dahulu akan tapis dari segi kemampuan dan memenuhi syarat berikut:-
    • Mampu untuk bayar kos haji muassasah i.e RM13k+ (tak ingat exact).
    • Berumur kurang dari 65 tahun. (Ini syarat yang ditetapkan oleh Saudi utk tahun ini)
  3. Selepas lulus rayuan, bolehlah dapatkan surat tawaran dan buku kesihatan dari Tabung Haji.
  4. Dengan surat tawaran tu, imigresen beri laluan express utk Calon Haji buat passport. Pemeriksaan kesihatan di klinik² panel Tabung Haji juga express.
  5. Pemeriksaan kesihatan swasta, biaya sendiri. Doktor diberikan kuasa untuk reject kelayakan Calon Haji untuk menunaikan haji kalau ada part yg gagal. Antara yg kami kena check hari tu,
    • BMI < 35
    • Umur 60 ke atas, kena buat full checkup termasuk xray, full blood test, urine test, ecg etc.
    • Tiada komorbid yang tak stabil.
  6. Sudah mengambil booster Covid.

Satu lagi benda yang paling adalah 56 jam sebelum berlepas, kena buat PCR test dan negative Covid terlebih dahulu. Kerana itu kami menghadkan pergerakan dan berjumpa dengan orang pada saat-saat terakhir ini.

Bagi yg dah mendaftar haji dan masih menunggu giliran, saya sarankan buatlah rayuan. Mungkin anda fikir now ni dah lewat sangat nak buat rayuan.

Tapi rezeki, Allah yang tentukan. Mana tahu, rezeki anda dapat minit-minit terakhir

Di sini saya turunkan step bergambar Cara buat rayuan haji. Kalau tak dapat tahun ni, saya rasa tahun depan pun maklumat ni masih berguna. Semoga bermanfaat.

Cara-cara buat rayuan haji satu persatu

  1. Login ke THiJARI.
  2. Pilih Menu Perkhidmatan Haji.
  3. Pilih Menu Rayuan_Haji.
  4. Baca Garis Panduan dan Kategori Rayuan yang dipaparkan
  5. Pilih Kategori Rayuan yang berkaitan.
  6. Lengkapkan Ruangan Maklumat kecuali Lanjut Usia, Mualaf dan Lain Rayuan.
  7. Klik pada ruangan Berikutnya.
  8. Baca dan Pilih pada ruangan yang berkenaan pada Ruangan Bayaran Haji, Kesihatan dan Akad Istitoah.
  9. Klik Ruangan HANTAR setelah semua bahagian dilengkapi.
  10. Maklumat Status Rayuan akan dipaparkan.
  11. Sila pastikan pemohon klik ruangan Muat Turun
  12. Surat Maklumbalas akan dimuat turun dan pemohon hendaklah mengiikuti dan memahami kandungan arahan dalam surat berkenaan.
  13. Salinan Surat Maklumbalas Permohonan Rayuan akan dihantar ke email pemohon.
Cara buat rayuan haji
Cara buat rayuan haji

Leave a Comment!

error: Content is protected !!