Cara ingat semula password memang sesuai sangat untuk para suri yang kerap terlupa. Maklum sahaja sekarang semua urusan dibuat secara online. Kebanyakan laman web yang diakses memerlukan pengguna memasukkan kata laluan atau password atas faktor keselamatan dan peribadi.
Kadangkala disebabkan terlalu banyak laman web yang dibuka dan kita pula membuat pelbagai jenis password, maka masalah terlupa atau tersalah masuk password kerap terjadi. Suri-suri pun mesti biasa berhadapan masalah ni kan?
Sebenarnya memang kita boleh klik pada “Forgot Password” untuk membolehkan kita membuat password baru. Tetapi adakalanya sesetengah laman web terlalu strict dan memerlukan banyak langkah lain perlu dibuat dan sudah pasti akan melambatkan urusan kita.
Stres juga dibuatnya bila asyik lupa password sahaja. Sebenarnya ada cara mudah yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini. Nasib juga terjumpa sharing di Tiktok yang berkongsi cara mudah ini patut dipelajari oleh para suri-suri yang kerap ada masalah terlupa password ni.
Cara ingat semula password dengan mudah
Untuk memudahkan cari balik password yang biasa digunakan tanpa perluk klik ‘Forgot password’ jika terlupa boleh dilakukan mengikut langkah ini.
- Pergi ke apps Google Chrome yang digunakan untuk melayari laman web.

2. Tekan titik 3 di bahagian atas kanan.
3. Skroll ke bawah dan klik Setting.

4. Pilih password.
5. Nanti akan tersenarai semua website bersama password yang kita pernah masukkan sebelum ini.

6. Klik mana satu website yang kita terlupa password. Klik icon ‘mata’ untuk melihat password kita.
Ok, lega sebab dah boleh selesai masalah terlupa password tanpa perlu ‘forgot password’. Senang rupanya kan.
Tips tak mudah lupa password
Selain daripada hack mudah mengingat kembali password yang kita lupa, ada beberapa tips mudah yang boleh diamalkan supaya suri-suri tak terlupa password.
- Cipta password yang sama untuk semua portal website yang korang kerap buka untuk mengelakkan kekeliruan dan masalah terlupa.
- Save password secara automatik di laptop atau handphone selepas korang berjaya create password pada mana-mana website.
- Tulis semua password anda dalam buku khas yang disimpan dengan selamat.
- Boleh juga save senarai password dalam email sendiri atau notes dalam handphone. Tapi cara ini agak berisiko mendedahkan password kita pada orang lain kalau handphone hilang dan sebagainya.
Apa-apa pun tips simpan password ni tak sesuai untuk menyimpan password website berkaitan perbankan dan kewangan. Ia sesuai untuk website-website shopping online sahaja.
Bacalah juga artikel : Senarai Stok Ubat Wajib Ada Cegah Covid-19