Senarai Stok Ubat Wajib Ada Cegah Covid-19

Senarai stok ubat yang wajib ada di setiap rumah di musim pandemik ini. Walaupun kes jangkitan Covid-19 di bawah angka 6 ribu tetapi kita perlu sentiasa bersedia hadapi segala kemungkinan.

Tak susah pun nak cari segala jenis dubat yang disarankan ini. Pergi saja farmasi berdekatan dan beritahu ubat apa yang kita. Paling penting makan mengikut aturan yang ditentukan.

Sebagai ibu dan isteri yang juga bertindak sebagai jururawat, kitalah yang perlu bersedia jika ada antara ahli keluarga tidak sihat seperti demam, batuk atau selesema. Bak kata pepatah mencegah itu lebih baik dari merawat.

Namun begitu, jika gejala dialami jadi lebih serius jangan main-main. Terus sahaja dapatkan rawatan di hospital berhampiran. Bimbang gejala dialami itu adalah petanda anda sudah dijangkiti virus Covid-19.

Maklumlah virus Covid-19 ini masih ada di mana-mana tanpa kita sedari. Teruskan mencegahnya juga dengan sentiasa mematuhi SOP ditetapkan dengan menjaga kesihatan kendiri seperti memakai pelitup muka di mana saja.

Kalau boleh elakkan berada di tempat yang ramai orang dan sentiasa mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitiser. Kita hidup dalam new norm jadi biasakan diri berdepan endemik ini.

Senarai stok ubat

Artikel Lain: Khasiat Minyak Zaitun, Baik Untuk Kecantikan & Kesihatan

Perkongsian Dr Asmi Syabil melalui Public Health Malaysia mengesyorkan senarai stok ubat boleh dibeli difarmasi berdekatan jika berdepan gejala seperti demam, batuk atau selesema.

Ubat ubatan ini penting untuk standby di rumah sekiranya anda mengalami gejala ringan. Ubatan ini boleh di perolehi di farmasi tanpa memerlukan preskripsi.

-Demam
-Batuk
-Selesema
-Cirit-birit
-Gatal-gatal badan
-Muntah
-Sakit perut
-Pening
-Sakit kepala

Sila dapatkan pemeriksaan lanjut, jika gejala anda berterusan dan dapatkan rawatan dengan kadar segera apabila anda mengalami reaksi alahan terhadap ubat yang diambil.

Senarai Ubat Perlu Ada:

1. PARACETAMOL 500MG (PANADOL)

Senarai stok ubat

2. LORATADINE 10MG

Senarai stok ubat

3. CHLORPENIRAMINE 4MG (PIRITON)

Senarai stok ubat

4. METOCLOPRAMIDE HCI 10MG

Senarai stok ubat

5. BUSCOPAN 10MG

6. DIPHENOXYLATE + ATROPINE SUPLHATE

7. ACTIVATED CHARCOAL 250MG

8. ORAL REHYDRATION SALT

9. MIST MAGNESIUM TRISILICATE

10. BREACOL – COUGH SYRUP

11. AMMETLZ YOKO-YOKO

12. THERMOMETER

13. PREGNANCY TEST

Artikel Lain: Cara Pikat Hati Suami Tanda Bahagia

Leave a Comment!

error: Content is protected !!