Beras ini makanan rugi rakyat Malaysia. Seguni beras anggaran 10kg kalau tidak disimpan dengan betul mudah menjadi rosak. Ketahui tip simpan beras yang betul agar tahan lama.
Menerusi perkongsikan Surihack ini akan menjelaskan cara-cara terbaik untuk menyimpan beras agar kualitinya dalam dikekalkan dengan sempurna. Tidaklah nanti beras ada bubuk.
Beras yang berbubuk atau dihinggap kutu beras akan mudah menjadi basi apabila dimasak. Malah, teksturnya berderai dan tak cantik. Jadi, marilah berusaha menyimpan beras dengan betul.
Ini 7 Tip Simpan Beras Tahan Lama Dengan Betul
Pilih Bekas Beras yang Betul
Semasa hendak menyimpan beras mentah, hendaklah memilih bekas simpanan beras yang tepat. Ini paling penting sekali, yang mana bekas beras kenalah daripada bahan yang tahan serangan serangga dan berupaya untuk kekal kering sepanjang masa.
Bekas beras tak boleh basah ya semasa anda simpan beras tu. Kena betul-betul pastikan kering, barulah masukkan beras baru. Boleh pilih dari material plastik tahan lasak dan kedap udara.
Pembersihan dan Pengeringan Beras dengan Betul
Semasa simpan beras, pastikan beras dalam keadaan bersih tidak ada kotoran dan berdebu. Kalau beras yang lama kenalah kerap tengok isi beras, berkemungkinan akan keluar bubuk di dalamnya. Orang dulu-dulu sebelum menyimpan beras, mereka jemur dahulu.
Ini bertujuan untuk mematikan kutu beras dalam beras. Tapi kalau pilih beras baru dan anda yakin semasa membeli ianya benar-benar baru, tak perlulah menjemur beras. Cukup sekadar memastikan beras kering dan tidak berdebu.
Gunakan Alat Vakum Makanan
Bagi memastikan jangka hayat beras berpanjangan, anda boleh repack dalam bekas plastik vacum. Kemudian vacum beras yang dipack semula dalam plastik dengan cara yang betul. Cara ini boleh memastikan kualiti beras jadi lebih terjamin. Membuang udara dari bekas beras yang divacum dapat menjamin kualiti beras terjaga dengan baik.
Kaedah Simpan Beras yang Optimum
Kutu beras ini dia tak tahan suhu tinggi dan suhu yang sejuk bawah 18 darjah celsius lebih dari 2 jam. Sebab itulah perlunya tahu di mana perlu meletakkan bekas beras yang betul. Sesetengah orang menyimpan beras dalam peti beku demi menjaga kualiti beras mereka.
Selepas beberapa ketika, barulah beras diletakkan dalam bekasnya. Jika beras sudah siap di repack, anda perlu menyimpannya di tempat yang kering jauh dari kelembapan.
Cegah Awal Daripada Serangga Perosak
Boleh gunakan petua lama untuk mengatasi serangga bubuk dalam beras. Misalnya menggunakan bawang putih, cili kering malah daun neem sebagai cara hilangkan kutu beras dalam rumah anda.
Petua semulajadi ini tentunya bebas daripada kimia. Setelah itu, pastikan stok beras bersih ditempat penyimpanan.
Gunakan Gel Silika Semasa Repacking Beras
Gel silika ini bertujuan untuk menyerap kelembapan yang ada pada beras dalam paket simpanan. Ia boleh bertahan sehingga bertahun lamanya jika diletakkan pada tempat yang betul.
Jika mahu simpan beras dalam bekas kedap udara yang lebih kecil, penting untuk anda lakukan langkah meletakkan gel silika dalam beras. Tidaklah nanti beras mudah dimakan bubuk. Nak-nak anda mahu membuat penyediaan stok beras dalam tempah 2 ke 3 tahun lamanya.
Elakkan Mencampur Beras Lama Dan Baru Semasa Simpan Beras
Ini kerana, dalam beras itu sendiri berpotensi untuk menjadi rumah kepada bubuk beras. Semakin lama beras tidak digunakan atau dimasak, semakin tinggi risiko untuk ada kutu beras di dalamnya.
Sebab itu kena asingkan beras baru dan beras lama. Guna dahulu beras lama sampai habis, kemudian barulah masukkan beras baru dalam bekas simpanan.
Baca juga : kalori nasi putih. Benarkah pengambilannya boleh menggemukkan
Periksa Tanda-tanda Beras Rosak Sebelum Digunakan
Usahakanlah untuk memeriksa samaada beras sudah rosak atau belum semasa hendak dimasak. Anda boleh lihar pada perubahan warnanya, baunya malah tekstur beras itu sendiri.
Adakah berwarna jernih atau ada warna putih-putih seakan ditebuk serangga. Jika terlalu banyak diserang kutu beras sebaiknya janganlah dibuat masak. Boleh saja jadikan makanan haiwan seperti ayam.
Semoga tip yang dikongsikan ini bermanfaat.