Cara Betul Cuci Barang Kemas Di Rumah Sendiri

Pernah dengarkan pesan pengumpul-pengumpul emas ini. Jangan cuci barang kemas di kedai, nanti tak pasal-pasal gram emas berkurang.

Emas ini, walau berkurang 0.5 gram pun dah rasa ralat sangat. Bayangkan, kalau harga 1 gram tu RM230. Setengah gram tu dah berapa kan? Walau pun tak selalu jadi, tetapi sebagai pengguna dan pencinta emas.. chewah!

Lebih baiklah usaha bersihkan sendiri barang kemas di rumah saja. Gram pun tak hilang, sendiri puas hati. Cuma cara nak bersihkan itu pun ada tekniknya. Barulah hasilnya bersinar macam baru.

Begini Cara Cuci Barang Kemas Dekat Rumah Sendiri

Guna Pencuci Pinggan Mangkuk

  • Titiskan beberapa titik pencuci pinggan mangkuk. Misalnya Sunlight atau Glo ke dalam bekas berisi air hangat. Air hangat ya bukan air panas atau sejuk.
  • Rendam dalam satu atau dua jam.
  • Berus dengan berus gigi lembut. Sebaiknya biarlah berus gigi yang baru tu ya. Cucilah dengan lembut pada celah-celah barang kemas yang sukar dicapai dengan pengelap jenis kain.

Cuci Guna Larutan Soda Bikarbonat Dan Cuka

Cara lain yang suri boleh guna adalah gabungkan 3 bahagian soda bikarbonat dengan satu bahagian air.

  • Kacau sampai larutan tadi membentuk pes.
  • Bila dah pekat tu, bolehlah sapu pes tadi pada barang kemas yang hendak di cuci.
  • Masukkan ke dalam bekas berisi cuka dan biarkan selama 5 minit.
  • Bilaslah sampai bersih ya. Lap menggunakan kain yang lembut.

Baca : Hiasan emas memang perempuan suka, cara nak kenal yang asli atau tiruan

Cuci Barang Kemas Guna Ubat Gigi

Ubat gigi ini selain boleh menghilangkan kotoran pada celah gigi, ia juga boleh menghilangkan kesan kusam pada barang kemas.

  • Ambil sedikit ubat gigi dan sapu perlahan pada barang kemas yang hendak dibersihkan. Pilih ubat gigi bukan jenis gel ya.
  • Boleh saja sapu gunakan tangan atau kain jenis yang lembut. Gosok sampai barang kemas tu bersinar kembali dan bolehlah bilas kemudiannya.
cuci-barang-kemas

Jaga Barang Kemas Agar Mantain Bersinar

Sebenarnya barang kemas baik jenis emas atau perak, ianya perlu dipelihara dengan sebaiknya. Jadi, kilauannya kekal bersinar. Antara tip yang boleh suri praktikkan adalah :

  1. Elak terdedah pada bahan kimia dan berasid misalnya klorin atau bahan peluntur. Jadi, bila nak mengemop lantai atau bersihkan bilik air tu. Tanggalkan lah emas di tangan. Begitu juga jika nak mandi di kolam renang. Kerana kebiasaannya air kolam renang itu dicampur dengan klorin.
  2. Ketika memakai minyak wangi, sebolehnya elaklah sembur minyak wangi pada barang kemas yang ada di badan itu ya. Bahan kimia yang ada pada minyak wangi itu tak bagus untuk kilauan emas anda.
  3. Jangan letak merata tau barang kemas suri itu. Sebaiknya simpanlah emas dalam kotak khas untuk menyimpan koleksi emas anda itu.

Leave a Comment!

error: Content is protected !!