Tips penting untuk perempuan. Baru-baru ini viral satu video yang menyayat hati di Mahkamah, bila mana hak seorang ibu untuk memeluk anaknya tidak dibenarkan oleh bekas suaminya. Malah paling memilukan, pihak polis pun menghalang ibu tersebut memeluk anaknya.
Dalam masa yang sama sedih melihat nasib si anak yang serba salah, dan nampak sedikit tertekan.
Ekoran viral tersebut di sosial media, jika membaca coretan netizen boleh bikin sakit jantung dibuatnya. Ramai beranggapan si ibu curang atau melakukan kesalahan besar. Tetapi bila membaca luahan ibu tersebut pula rupanya dia ada sebab melepaskan hak anaknya kepada bekas suaminya. Malah dia yang memohon fasakh atas sikap suaminya
Namun, entahlah. hanya mereka sahaja berdua sahaja yang mengetahui cerita sebenar disebalik penceraian tersebut.
Ku sangka panas hingga ke petang, tapi hujan di tengahari

Semua isteri, perempuan, suri kena sentiasa bersedia untuk segala kemungkinan. Perlu menyediakan payung sebelum hujan. Jadi perkongsian penting ini diluahkan oleh seorang Financial Advisor yang terkenal Mohd Shukor dalam status FBnya
Hanya boleh beri peringatan untuk kaum perempuan : Jaga portfolio kewangan anda. Samada bercerai hidup atau mati, anda perlu ada perkara2 berikut :
6 Tips Penting untuk perempuan.
1) Liquid Asset
yang bersamaan dengan 2 tahun income. Ianya seperti Cash Money, Simpanan TH, Simpanan ASB ( bukan ASBF ), Unit Trust, Investment Tunai dan Emas.
Bayangkan anda surirumah yang tidak punya sebarang sumber pendapatan, ataupun simpanan. Aduh! terduduk dibuatnya.
2) Property :
Ada property atas nama anda sendiri. Jika rumah atas nama suami seorang, sila abaikan dulu anggapan yang ianya property anda.
Jika jodoh tak panjang, rumah itu bukan milik anda. Jika suami pergi dahulu maka akan melalui proses faraid yang panjang., lebih malang jika tidak mempunyai wasiat.
3) Ada kereta atas nama sendiri :
Vios/City cash ( w/pun 2nd Hand ) adalah lebih baik dari BMW/Merc Loan 9 tahun. Vios/City yang dah cash adalah aset.
BMW/Merc hutang bank adalah liabiliti, malah mungkin nilai negatif iaitu jika jual pun malah anda mungkin kena top-up duit disebabkan jumlah outstanding di bank lebih tinggi dari market value / harga kereta jika jual sekarang.
Lagi satu jangan lupa dapatkan insuran khas untuk kereta suami, insuran ini yang akan memberikan perlindungan dari segi pembayaran kereta tersebut. Namun hanya boleh dibeli dalam beberapa bulan pertama sahaja.
4) Bajet untuk Ibadah :
Saya selalu berkongsi dengan klien-klien saya tentang hal ini. Asingkan akaun bajet untuk Ibadah iaitu untuk Haji, Umrah, Wakaf, Sedekah, Infaq, Qurban.. Simpan setiap bulan, jadi kurang rasa beban.
5) Ada bajet untuk melancong luar negara :
Ini bukanlah untuk orang have-have sahaja. Jangan cepat sangat terbayangkan Switzerland, Norway, Amsterdam Sebaiknya simpan setiap bulan bajet untuk ini.
Bila buka border nanti bolehlah melancong dan stay seminggu di Bali, atau Jogja atau Bandung juga Ho Chi Minh. Ianya bukan mahal sangat di Asean.
Ramai orang kata melancong luar negara ni membuka minda, relief stress, hilang penat cari duit dll. Elok juga anda cuba dan simpan duit.
Jangan pula “Travel First and Pay Later”, itu perangkap hutang.
6) Pastikan suami ambik Hibah Takaful ( Penerima Hibah ialah anda ),
Berapakah jumlah yang harus diambil. Senang sahaja, kira jumlah 10 tahun Income atau Expenses yang person covered ialah suami anda. Hibah Takaful bukanlah “segalanya”, tapi banyak juga “segalanya” boleh diselesaikan bila ada Hibah Takaful yang mencukupi.

Isteri yang bijak kena mulakan dengan segera
Kes ini bukanlah asing, seringkali kita baca di suratkhabar dan media sosial. Bukan meletakkan setiap kesalahan kepada suami, namun kita lihat para isterilah yang seringkali sanggup menjaga anak hingga ke akhir hayat.
Isteri yang bijak juga selalu berbincang dengan suami perihal persediaan hidup dan mati, Persediaan kewangan bukan bermaksud kita materialistik tapi itulah realiti yang harus kita lalui dalam usaha membesarkan anak anak dan kehidupan seterusnya.
Namun hakikat sebenarnya sebaik sahaja melangkah ke alam perkahwinan, suami dan isteri harus berbincang segala aspek kewangan dan perancangan keluarga untuk jangka masa pendek dan panjang