Cara Selamatkan Barangan Letrik Selepas Banjir

Cara selamatkan barangan letrik. Selepas kejadian banjir teruk yang melanda Lembah Klang dan beberapa negeri di Pahang sembilan hari lepas pelbagai kisah sedih dan tragis kita baca dan saksikan.

Kebanyakan mangsa terutama di sekitar daerah Lembah Klang langsung tidak menjangka berlaku banjir besar yang mengakibatkan rumah mereka habis dinaiki air, kenderaan ditenggelami air bahkan segala harta benda dalam rumah turut musnah.

Terkini Jupem memang menggalakan kita untuk follow website Jupem untuk dapat infor air laut pasang besar

Lebih menyedihkan apabila ada segelintir mangsa banjir yang turut kehilangan orang tersayang apabila ditemui lemas dalam banjir

Bayangkan kebanyakan mangsa banjir yang sudah tinggal di rumah mereka sejak 30 tahun lalu dan langsung tidak pernah melalui pengalaman banjir kini terpaksa reda dengan takdir yang tertulis. Rata-rata mengucapkan kesyukuran dalam pada sedih melihat semua harta benda musnah tetapi nyawa mereka masih lagi selamat.

Hidup perlu diteruskan. Apa yang berlaku pasti menjadi memori pahit dalam hidup yang tak akan dilupakan. Walau sukar semua perlu bangkit kembali. Antara barangan rumah yang musnah dan meninggalkan rasa terkilan adalah barangan letrik.

Hati siapa tak sedih melihat televisyen, mesin basuh, peti ais dan segala peralatan letrik lain musnah akibat terendam air banjir. Sudahlah nak membelinya bukan murah, tapi apa nak buat. Terpaksalah reda sahaja.

Cara selamatkan barangan letrik supaya boleh digunakan semula

Siapa yang tidak sedih dan terkilan bila melihat kebanyakan barangan letrik dalam rumah sudah tunggang terbalik dan tersadai akibat banjir. Membayangkan perlu mengeluarkan sejumlah bajet yang besar untuk membeli kembali barangan letrik asas dalam rumah terasa betapa beratnya dugaan.

Tapi bila ada orang beritahu sebenarnya ada cara selamatkan barangan letrik kesan terendam dalam air banjir supaya boleh digunakan semula, terasa ada sinar yang menanti.

Seorang pengguna di facebook telah berkongsi tips yang sangat berguna kepada semua mangsa banjir supaya mereka boleh bersihkan barangan letrik selepas banjir surut.

7 cara selamatkan barangan letrik selepas banjir surut

Jangan hidupkan barangan letrik

Ya faham yang korang semua risau sama ada barangan letrik masih ok atau tapi jangan sekali-kali on ia untuk test ok atau tidak. Kemungkinan besar untuk barangan letrik korang musnah terus akan ada jika degil nak hidupkannya juga.

cara selamatkan barangan letrik
Gambar hiasan

Kumpul semua barangan letrik setempat

Bila dah kumpul semua barangan letrik, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur yang terdapat di setiap bahagian peralatan.

Buka sebarang penutup barangan letrik

Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakkan komponen dalam peralatan, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur. Jangan memberus, jika perlu guna berus cat untuk menyental lumpur yang degil.

Jemur di tengah panas

Selepas korang berpuas hati dengan kualiti pembersihan lumpur yang ada, bolehlah mula menjemur di tengah panas sampai tiada sebarang air atau kelembapan pada komponen bahagian dalam.

Guna hair dryer untuk pengeringan maksimum

Sekiranya ada hair dryer, sebaiknya guna udara panasnya untuk mengeringkan bahagian yang sulit supaya betul-betul kering.

Pasangkan balik back cover atau penutup belakang

Pastikan korang menutup balik segala bahagian yang dibuka sebelum ini.

Boleh hidupkan barangan letrik

Tujuan hidupkan suis on barangan letrik sebab nak test sama ada masih ok atau tidak. Jika boleh on dan berfungsi, Alhamdulillah selesai masalah dan dapat menjimatkan kos untuk membeli yang baharu.

Bersyukurlah cara selamatkan barangan letrik berkesan

Bersyukurlah jika cara ini berkesan menyelamatkan barangan letrik rumah korang yang dilanda banjir. Tetapi jika dah cuba dan usaha tetapi barangan letrik tersebut tak dapat berfungsi lagi, bersabarlah. InsyaAllah akan ada rezeki dari Allah menggantikan dengan yang lebih baik.

BACA: Cara kemas rumah dengan cepat, skil yang wanita kena ada supaya tidak stress

Leave a Comment!

error: Content is protected !!