Isteri kalau cantik, pandai bergaya, dikatakan suami pandai jaga isteri. Mesti suami bagi duit untuk isteri mencantikkan diri dia. Ye ke? Ehem…
Tapi, bagaimana pula kalau isteri cantik bergaya tapi suami selekeh? Baju kedut seribu, jambang tak berjaga. Rambut tak dipotong kemas. Kontras sangat dengan kita, si isteri. Bila jalan sama, tak sangka dorang ni couple. Uih. Mesti ada mulut yang mengatakan. Hai.. tak jaga suami ke?
BUKAN SALAH ISTERI
Orang boleh cakap je. Kadangkala bukan kita yang tak jaga. Baju disediakan, siap bergosok. Tapi bila dia sudah bersiap, eh dipakainya baju lain. Kita dah jenuh membebel pasal suami tak cukur atau kemaskan jambang dan misainya sampai ‘semak’ mata isteri tengok. Tapi, kalau dah suami tu jenis degil, bukan ‘dek’ je dengar bebelan kita, apa lagi nak buat?
Isteri tak pernah lupa belikan baju dan seluar suami. Tapi, suami asyik pakai yang sama je. Katanya selesa walau pun baju/seluar tu dah kusam.
Dalam hal ni, memang sangat tak patut isteri persalahkan. Apa lagi boleh buat kalau si empunya badan sendiri malas nak jaga penampilan dirinya? Alasannnya, kalau handsome sangat, nanti ada pulak perempuan lain nak mengurat.

SLOW TALK DENGAN SUAMI
Memang makan hati kan ada suami macam ni. Sebagai isteri, kita pun nak juga tengok suami kita smart. Tak kisah lah perut dah gendut ke, rambut dan memutih ke…asalkan nampak kemas. Sedap mata isteri memandang. Secara tak langsung, tak adalah nanti yang mengata isteri.
Isteri kena bercakap dengan suami hal ini. Kalau sekali tak jalan, cakap lagi hingga dia bosan dan akhirnya boleh terima walau pun dalam paksa. Katakan pada dia, tak kasihan pada kita yang pasti akan jadi bahan umpatan orang, dituduh tak pandai jaga suami.
Tengok isteri dan anak-anak bukan lain bergaya. Katakan padanya, bila dia jaga penampilannya, dia juga sebenarnya jaga air muka isterinya ni.
Bukan bermakna perlu bergaya macam model. Cukuplah nampak kemas dan sesuai dengan dirinya.
Baca ini juga: Tip Subur
JANGAN PAKSA DIA KALAU TAK SUKA
Bila isteri nak ubah gaya penampilan suami, kena berhati-hati. Kena ambil tahu apa yang dia suka dan apa yang tak suka. Ingat, kita nak ‘perbaiki’ penampilannya, bukan nak ubah diri dia jadi orang lain. Kadangkala lelaki tak suka sebab nanti jadi bahan gurauan rakan-rakan.
Misalnya, paksa suami pakai seluar skinny dan senteng, sedangkan selama ini kita tahu dia jenis ‘mat skema’, jeans pun tak pernah pakai. Sah-sah dia tolak. Apatah lagi dia dah berumur juga. Memanglah fesyen tu up to date tapi tak sesuai untuk dia. Jadi, isteri pun agak-agak lah ye.
Isteri-isteri boleh ikut tips yang Suri berikan di bawah ni ye…
TIP MEMILIH PAKAIAN IKUT BENTUK TUBUH

Lelaki dikatakan mempunyai beberapa jenis bentuk tubuh. Ini membuatkan mereka perlu ‘mengenali’ bentuk tubuh mereka terlebih dahulu sebelum memilih pakaian yang tepat dan sesuai untuk mereka.
Pemilihan pakaian yang tepat dapat menyerlahkan lagi penampilan mereka agar terlihat lebih menarik dan penuh karisma walau pun ketika berpakaian formal mahu pun kasual.
Bahagian atas dan bawah ramping, berisi di bahagian tengah
Untuk suami yang memiliki tubuh seperti ini, cara terbaik untuk menyempurnakan penampilannya iaitu dengan menggabungkan warna-warna pudar atau lembut dengan warna-warna terang.
Pinggang ramping dengan bahu lebar
Mengenakan baju bersaiz M(medium) akan membuat si suami terlihat lebih sempurna. Skinny jeans juga boleh menjadi pilihan yang tepat. Namun untuk suami yang memiliki tubuh rendah, dinasihatkan supaya mengenakan seluar pendek atau seluar di atas paras lutut berbanding skinny jeans.
Gabungkan warna kontras pada seluar dan baju untuk mengalihkan pandangan orang padaa bahagian bahu.
Baca ini juga: Tip bersihkan kuali stainless steel
APA LAGI YE?
Berisi/gemuk
Untuk suami yang bentuk tubuhnya berisi atau gemuk, elakkan memakai pakaian yang ketat dan terlalu labuh. Ini akan membuatkan dia kelihatan pendek. Hindari juga memakai menggunakan sweater ‘turtle-neck’ kerana membuatkan badannya lebar dan ‘bulat’.
Tubuh Kurus
Untuk membuatkan penampilan suami tampak lebih bergaya dan stail, cubalah memakai baju berpotongan ‘slim fit’. Elakkan memakai baju yang terlalu longgar kerana ia akan membuatkan dia terlihat lebih kurus dan agak selekeh.
Lebar dan sporty
Pakaian yang sesuai untuk suami bertubuh seperti ini ialah yang bersaiz M, nipis dan agak ketat. Pakaian ini akan menonjolkan lagi bentuk tubuh atletnya. Namun elakkan mengenakan material spandex dan terlalu ketat.
Kurus dan tinggi
Bentuk tubuh ini membuatkan suami tidak menghadapi masalah untuk bergaya. Dia boleh mengenakan baju dan seluar daripada warna kontras untuk tampak menonjol. Padankan dengan tali pinggang untuk kelihatan lebih profesional.
Namun, elakkan untuk memilih pakaian bergaris vertikal dan warna yang senada dari atas sampai bawah. Dia juga tidak sesuai untuk mengenakan ‘skinny jeans’ ye!
Perut dan dada yang lebih berisi
Suami memilih baju sama ada T-shirt atau kemeja yang tidak terlalu ketat dan tidak terlalu lebar, sepadan dengan ukuran bahunya. Jangan memilih pakaian yang mempunyai pelbagai corak dan yang bergaris horizontal. Elakkan juga memakai seluar dengan potongan lebar kerana ini akan membuatkan kaki anda kelihatan lebih lebar.