Kasih sayang dan cinta perlu sentiasa wujud dalam perkahwinan untuk membolehkan rumah tangga itu kekal bertahan hingga ke hujung usia.
Namun, ramai yang pandang rendah dan makin lama berkahwin makin anggap tak perlu lagi rasa sayang dan cinta itu dibaja agar ia terus subur mewangi sedangkan perasaan boleh berubah-ubah ye! Takut nanti, hilang sayang timbul benci!
Kesannya, tak sedikit rumah tangga yang tak mampu bertahan walau sudah mencecah usia belasan atau puluhan tahun. Bahkan, perceraian di usia emas bukanlah perkara yang terlalu asing dalam masyarakat kita hari ini.

Alasan Remeh punca Cerai
Apa yang menyedihkan, ada alasan yang tak masuk akal dan tak munasabah yang menjadi punca perceraian walau pun dah lama kahwin. Contohnya, marah isteri malas masak, punggung isteri menggerutu, isteti tidur dengkur, isteri suka makan dalam kereta.
Fikir secara logik, takkan malas masak boleh sampai cerai? Lebih-lebih lagi kalau usia rumah tangga pun dah puluhan tahun! Macam mana selama ini boleh bersabar dengan isteri dan tidakkah pernah tegur isteri itu?
Tapi, itulah yang terjadi. Perkara-perkara yang kita anggap remeh, yang boleh diselesaikan dengan baik akhirnya jadi punca perpisahan suami isteri.
Baca artikel lain di sini: Jangan bandingkan pasangan kita dengan orang lain.
Kasih Sayang Makin Terhakis
Mungkin juga masalah ini sudah lama wujud dan lama kelamaan hati mula ‘mati rasa’ pada pasangan. Rasa dah tak ada rasa sayang dan cinta. Dah rasa ‘give up’ untuk lihat pasangan berubah. Bukan tak pernah tegur tapi tak diterima. Akhirnya, bila ‘bom atom’ meletup, tak dapat diselamatkan lagi.
Namun, bagi hal yang bukan salah isteri sepenuhnya dan perlu ‘bantuan’ suami seperti kes cerai sebab punggung isteri menggerutu atau badan isteri dah tak solid. Sepatutnya, bab kecantikan isteri, suami kena ambil peduli. Kalau nak isteri cantik, suami kena bagi sokongan sama ada sudut emosi atau material.
Suami Kena Main Peranan, Jangan Tahu Salahkan Isteri Je!
Bayangkan isteri sibuk jaga anak di rumah. Suami kena ambil peranan, bagi duit dan hantar isteri ke spa. Barulah isteri boleh jaga badan. Ini, asyik mengutuk tapi tak nak tolong.
Tak adil! Bab macam ni, selalunya si suami yang kisah. Isteri tak kisah pun suami gemuk ke, boroi ke, asalkan sayangkan dia dan anak-anak, cukup makan pakai mereka.
Mereka lebih ‘kisah’ kalau suami curang atau makan pakai tak cukup! Betul tak?
Walau bagaimana pun, perkembangan ini harus dipandang serius. Apabila perceraian menjadi pilihan pertama walaupun kerana sebab kecil, ia menunjukkan kedudukan perkahwinan yang lemah.
Perkembangan ini seharusnya menyentak kita untuk berusaha memperbaiki keadaan masyarakat yang semakin membimbangkan.
Raikan Tiap Kegembiraan Dan Kesedihan Bersama
Ada pasangan tak kira suami atau isteri, lebih suka berkongsi kegembiraan mereka dengan orang lain berbanding pasangan sendiri. Contohnya mendapat penghargaan daripada majikan. Lebih suka meraikan kejayaan dengan kawan-kawan berbanding dengan pasangan.
Begitu juga bila ada masalah kerja. Lebih suka luahkan pada orang lain. Alasan, pasangan tak campur dan tak faham soal kerjaya mereka. Itu silap. Bila kita berkongsi tiap rasa suka dan susah kita, sekurang-kurangnya pasangan lebih memahami diri kita. Dia juga akan rasa kita menganggap dia orang paling penting.
Mungkin dia tak mampu bantu, tapi mendengar pun dah cukup.
Artikel ini pun best: Sedekah

Luangkan Masa Bersama Erat Kasih Sayang
Bila semakin lama berkahwin, kadangkala kita ambil mudah tentang banyak perkara bila melibatkan pasangan kita. Kita lebih suka melakukan hobi dengan kawan-kawan berbanding pasangan. Kita lebih suka keluar ‘ngopi’ dengan kawan-kawan. Kenapa begitu?
Bukan tak boleh ya, tapi jangan jadikan itu kebiasaan. Sepatutnya kita kena lebih luangkan masa bersama. Lebih-lebih lagi bila ada anak kecil. Di rumah sibuk nak layan anak. Jadi, bila ada peluang berdua, gunakan betul-betul.
Tak kisah kalau sekadar pergi kedai nak beli barang. Ajak pasangan walau pun boleh pergi sendirian. Mungkin waktu dalam perjalanan, ada perkara yang kita akan bercerita yang kesempatan itu tak dapat bila di rumah.
Kalau anak-anak dah besar, boleh jaga diri sendiri, mungkin boleh tinggalkan mereka di rumah sekejap. Kasi ‘can’ mak dan ayah dating berdua. Rasanya anak-anak pun tak kisah.
Berkomunikasilah!
Ini sangat penting! Percayalah, bila kita berkomunikasi dengan pasangan, banyak perkara dapat diselesaikan. Banyak salah faham boleh dielakkan.
Kita jangan anggap pasangan kita boleh ‘baca’ fikiran kita, boleh ‘baca’ isi hati menerusi gerak geri kita. Kemudian, bila pasangan tak faham mulalah merajuk. Konon tak peka. Eh eh. Gitu pulak ye?
Banyak masalah akan timbul kalau kita tak berkomunikasi. Tapi kenalah dua hala. Jangan satu hala saja. Suami yang asyik meluahkan rasa tak puas hati, rasa marah, sedangkan isteri diam. Tak respons. Memendam rasa. Sampai bila masalah boleh selesai? Fikirkan ye.