Jaga Maruah Diri, Jangan Sengaja Cari Masalah Bina ‘Jambatan’ Kecurangan

Jaga maruah diri. Tak kiralah sebagai isteri atau suami orang. Bila sudah memegang tittle ‘milik orang’ itu, kena sentiasa beringat siapa diri kita.

Pendek kata, kita sendiri kena hormati status yang kita sandang itu barulah orang lain boleh respek pada diri kita.

Jaga Maruah Diri Sebagai Seorang Wanita Dan Ibu

Wanita yang bergelar isteri perlu tahu jaga maruah diri. Jangan mudah tergoda dengan godaan lelaki berhidung belang di luar sana.

Kadangkala mereka tu nak ‘test’ je. Yelah, kalau skandal dengan isteri orang tak perlu nak bertanggung jawab. Dengan anak dara atau janda, sibuk ajak kahwin pula sedangkan niat mereka nak suka-suka je!

Cinta yang bukan halal memang nampak penuh warna-warni pada luarannya. Namun hakikatnya, ia lubuk dosa yang tak berkesudahan.

Jaga Maruah, Jangan Mudah Tergoda

Zaman sekarang, terlalu banyak jambatan atau pintu ke arah kecurangan. Terpulang pada diri sendiri untuk jaga maruah diri.

Fahami satu situasi ini. Anda isteri orang, tapi masih bergetah, kata orang. Tiap kali upload foto di FB, pasti dapat banyak like terutama daripada kenalan lelaki. Ada juga yang sanggup PM untuk bagi pujian. Agak-agak, patut tak mereka buat macam tu pada wanita bergelar isteri orang?

Apakah mereka lelaki yang baik kalau cuba bermain perasaan dengan isteri orang? Sepatutnya mereka kena hormat dengan isteri orang. Bukan dengan sengaja kacau dan test market!

Sepatutnya, jangan langsung layan atau block je terus manusia macam tu. TAPI, jangan sesekali cuba layan dengan alasan sekadar suka-suka je. Ini yang bahaya! Tanpa sedar, jambatan kecurangan sudah terbuka!

Lelaki Atau Wanita Lebih Ramai Curang?

Bila menyentuh soal kecurangan, selalunya kita dengar lelaki yang biasa curang berbanding wanita. Ini kerana, wanita terkenal sebagai makhluk yang setia. Kalau sekali dia jatuh cinta dan sayang pada seseorang lelaki, pasti dia akan cuba pegang hingga ke hujung nyawa.

Walaupun senario itu amat jarang berlaku, namun tidak mustahil ada segelintir wanita yang sanggup menduakan pasangan mereka bahkan pada zaman sekarang, makin banyak kes melibatkan kecurangan wanita mula diperkatakan. Menakutkan! Antara alasan yang diberikan:

Ingin Balas Dendam Pada Pasangan

Seorang isteri biasanya tetap akan memaafkan suaminya walau beribu kali suaminya itu melakukan kesalahan. Walau pun hati sakit, tapi demi sayang atau disebabkan anak-anak, mereka rela menjeruk rasa.

Ya, memang benar tu. Tapi orang lelaki ‘lupa’ agaknya, wanita ni memang mudah memaafkan tapi tetapi sukar untuk melupakan. Mengaku tak?

Disebabkan itu, ada wanita yang tekad untuk membalas dendam apabila sebelum ini pasangan mereka pernah curang. Ada pendapat yang menyatakan sesetengah wanita buat begitu kerana mereka terlalu sayangkan pasangan mereka sehingga berasa sangat kecewa apabila diduakan.

Mungkin sekali, boleh dimaafkan sepenuhnya. Tapi, kalau dah berkali-kali, hati siapa yang tak sakit. Akhirnya timbul perasaan nak balas dendam. Kalau si suami boleh curang, takkan isteri tak boleh curang? Itu pendapatnya.

Baca artikel lain di sini:

Faktor Kewangan

Terus terang, DUIT adalah perkara yang amat penting dalam rumah tangga walau pun bukanlah segala-galanya. Tapi, duit memainkan peranan besar. Berapa banyak rumah tangga yang punah disebabkan masalah kewangan?

Waktu bercinta, bolehlah kata duit tak penting. Tapi, bila dah beranak- pinak, takkan nak harapkan cinta semata-mata? Bolehkan beli susu anak dengan cinta? Bolehlah bagi anak makan dengan kata-kata ‘I love you’ saja?

Ini satu lagi sebab yang sering kita dengar kenapa wanita curang. Jika satu pasangan itu mengalami masalah kewangan, sudah pasti ianya akan melibatkan perubahan emosi sesorang lebih-lebih lagi kepada wanita.

Mereka akan stres dan tertekan apabila perlu memikirkan masalah ketiadaan wang yang dialami. Apabila mereka sampai satu tahap, mereka tidak mempedulikan persekitaran dan dengan selamba keluar mencari ‘ketenangan’ di luar, iaitu menjadi skandal lain yang boleh mengubat hati mereka. Atau yang boleh memberikan mereka sedikit duit…

Artikel ini pun menarik:

Suami Lebih Pentingkan Kawan

Bab ini sering kali lelaki tak faham (atau buat-buat tak faham). Suami lebih pentingkan kawan-kawan berbanding isteri. Kalau isteri ajak keluar, ada saja alasan. Tapi, kalau kawan yang ajak, berdesup keluar. Macam mana isteri tak sakit hati.

Belum lagi kalau suami jenis ada hobi seperti memancing, marathon dan sebagainya. Asyik kena tinggal isteri di rumah. Ini yang boleh menimbulkan rasa tak puas hati hingga boleh menjebakkan isteri dalam skandal bila kesunyian melanda.

Jauh Di Mata, Jauh Di Hati

Antara risiko bila pasangan PJJ atau pasangan jarak jauh. Ia tak semudah disangka. Lebih-lebih lagi bila pasangan jenis tak begitu ambil berat, nak telefon pun susah. Bila ditelefon, nak jawab pun payah.

Ini juga antara penyebab pasangan boleh curang. Kalau dengan pasangan sendiri susah nak berkomunikasi, mereka mulakan cari seseorang yang boleh mendengar luahan mereka.

Jaga Maruah, lakukan ini:

  1. Kena sentiasa ‘sedar diri’ yang sudah bergelar isteri orang.
  2. Walau marah pada pasangan, jangan balas dendam dengan cara curang. Hanya menambah masalah dalam perhubungan yang sudah sedia ada.
  3. Skandal atau kecurangan takkan ke mana. Hanya menyusahkan saja!
  4. Kalau sunyi, lebih baik dekatkan diri pada Yang Esa, bukan mendekatkan diri dengan perkara maksiat.
  5. Sepatutnya, tiap masalah kena berbincang bersama agar tak ada yang memendam rasa.

Leave a Comment!

error: Content is protected !!