8 Tip Tingkat Kesuburan Yang Patut Ambil Tahu

Ikuti 8 Tip Tingkat Kesuburan buat pasangan yang merancang untuk mendapatkan zuriat.

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti ternanti-nanti saat memiliki anak sendiri.

Hakikatnya hamil bukan satu perkara yang mudah. Walaupun secara dasarnya proses kehamilan berlaku apabila telur matang disenyawa dengan sperma.

Namun terdapat beratus-ratus proses penting yang perlu berlaku sebelum kehamilan terjadi. Pendek kata, kehamilan dan kelahiran seorang bayi adalah satu keajaiban yang sukar diungkapkan!

Salah satu usaha untuk hamil adalah dengan ikut tip tingkat kesuburan.
Photo by Andreas Wohlfahrt from Pexels

Pesanan Buat Pasangan Yang Mahu Bentuk Keluarga Bahagia

8 Tip Tingkat Kesuburan Anda

  1. Tip pertama daripada 8 tip tingkat kesuburan ialah pastikan berat adalah bersesuaian dengan ketinggian anda. Cuba kira BMI (body mass index) anda. Pastikan BMI berada dalam lingkungan 19 – 24 kg/m2 kerana sekiranya terlalu kurus atau berat badan berlebihan boleh mengurangkan kesuburan anda.

BMI = Berat badan (dalam unit kg) bahagi Tinggi (dlm unit meter)2

Salah satu usaha untuk hamil adalah dengan ikut 8 tip tingkat kesuburan.
Photo by Andre Furtado from Pexels
  1. Tip kedua daripada 8 tip tingkat kesuburan ialah amalkan gaya hidup yang sihat. Kedua-dua pasangan perlu mengelakkan tabiat merokok atau makan berlebihan. Cuba bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
  2. Bersama suami sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu. Hubungan seksual juga merupakan senaman yang bagus. Cuba posisi yang berlainan untuk mengelakkan rasa bosan. Namun, tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan posisi seks tertentu akan meningkatkan kadar kehamilan.
  3. Perhatikan diet anda. Anda perlu pastikan mengambil pemakanan yang seimbang. Lebihkan makanan yang berserat, sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna-warni (kuning ,oren atau merah). Pastikan juga anda memakan makanan yang mengandungi protein dan kalsium.
Bayi sedang tidur.
Photo by Dominika Roseclay from Pexels
  1. Pastikan anda mengambil vitamin asid folik sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum hamil. Asid folik ini boleh membantu meningkatkan kesuburan dan juga mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang bayi.
  2. Ketahui waktu subur anda. Ini bersesuaian bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur. Bagi meningkatkan peluang untuk mengandung, pasangan digalakkan melakukan hubungan seksual ketika waktu subur. Akan tetapi, ini mungkin akan menyebabkan stres di kalangan pasangan yang mencuba. Oleh itu, doktor selalu menasihatkan pasangan agar melakukan hubungan seks dua hingga ke tiga kali seminggu sahaja.
  3. Elak atau kurangkan meminum kopi. Selalunya doktor akan mencadangkan agar menukar kopi kepada minum air teh. Teh yang paling baik adalah teh hijau yang mengandungi anti-oxidan. Selain itu teh hijau juga elok untuk meningkatkan kesuburan.
  4. Sentiasa berfikiran positif dan cuba kurangkan stres dalam kehidupan harian. Ini boleh dilakukan dengan selalu berzikir dan berdoa kepadaNya agar dikurniakan anak yang sihat, comel dan soleh.

BACA: Latih anak sifat kepimpinan

Leave a Comment!

error: Content is protected !!