Wanita Mesti Ada Maruah Diri, Suami Cakap Dah Tak Sayang, Tekadkan Hati Pergi!

Wanita Mesti Ada Maruah Diri, Suami Cakap Dah Tak Sayang, Tekadkan Hati Pergi!

Wanita adalah makhluk Allah yang lembut, penuh sabar, TAPI, jangan sabar kesabarannya! Batas sabar wanita yang bergelar isteri ada hadnya. Ini yang para suami selalu ambil mudah! Bila isteri di depan mata, tak dihargai dan isteri diperlakukan sesuka hati.

Wanita Sering Ketepikan Ego Dan Beralah

Bila bergelar isteri, sering kali wanita mengenepikan ego diri demi kerukunan rumah tangga, Bila bergaduh dengan suami, kerap kali isteri yang mengalah, Bukan apa, malas nak panjangkan pertelingkahan. Lebih-lebih lagi bila dah ada anak.

Lainlah di awal perkahwinan. Masing-masing nak pertahankan ego masing-masing. Tapi, selalunya…seiring dengan pertambahan usia perkahwinan dan kehadiran cahaya mata penyeri rumah tangga, ramai mula cool down kata orang. Tapi, Mengalah bukan bererti kalah ye. Tapi malas nak bazirkan masa dan tenaga bergaduh. Baik tumpukan pada anak-anak. Lagi membahagiakan. Betul tak?

Wanita Jangan Sayang 100%

Setuju atau tak, walau sayang atau cinta macam mana pun pada pasangan, simpan sikit sayang untuk diri sendiri. Tak kira sebaik mana pun pasangan kita, kena letakkan at least 1% rasa tak percaya pada pasangan. Ops! Suri bukan nak ajar wanita jadi isteri-isteri yang penuh curiga pada suami..bukan! Tapi itu semua adalah untuk kepentingan wanita itu sendiri.

Bila sayang seseorang itu 100%, apa jaminan pasangan itu benar-benar setia pada kita hingga ke akhir hayat? Bukan sedikit kes isteri yang ‘dijandakan’ kerana suami ingin berkahwin dengan janda lain! Bayangkan.

Belum lagi kes suami mencari cinta baru dengan alasan isteri dah tak beri tumpuan pada dirinya. Sibuk dengan anak-anak je. Dia rasa sedih, sepi hingga cari wanita lain sebagai teman meluah rasa. Ek eleh! Dengan anak sendiri pun nak cemburu ke? Tapi tak mustahil itu ‘alasan’ yang diberikan oleh suami bila cinta dah berpaling arah.

Alasan Isteri Selekeh

Ini alasan yang memang menyakitkan hati. Ada suami yang pasang skandal yang lebih lawa, lebih muda dengan alasan isteri di rumah dah tak bergaya macam zaman bercinta atau awal kahwin dulu. HELLO! Dah anak berderet, masih kecil, semua urusan di bahu isteri. Suami hanya duduk goyang kaki. Agak-agak apa rupa isteri kat rumah? Nak mandi dan solat pun kadang anak meraung.

Sedih tak kalau suami bagi alasan ‘selfish’ macam tu? Ya, memang sepatutnya isteri bercantik-cantik untuk suami di rumah. Tapi kalau suami tak membantu langsung urus anak atau kerja rumah, mana sempat isteri nak melawa.

Kadangkala suami hanya pandai ‘cipta’ alasan untuk tutup kesalahan dia curang. Tup-tup isteri dijadikan alasan. Patut ke macam tu?

Maruah Dan Harga Diri Wanita

Seluruh kesetiaan dan tenaga dicurahkan untuk berbakti pada keluarga, tiba-tiba suami boleh cakap dah tak sayang! Katanya perasaannya dah ‘kosong’ pada isteri dan dia ingin bercerai. Kononnya dah tak boleh lagi hidup dalam keterpaksaan kerana tiada lagi rasa kasih dan sayang. Agak-agak apa perasaan isteri? Mudahnya berkata-kata!

Sedih, marah, kecewa, geram dan macam-macam perasaan pasti bergelodak dalam jiwa. Tapi TOLONGLAH wahai isteri. Buka hati. Kalau lelaki yang selama ini dirasakan sanggup susah senang bersama, yang telah dilahirkan zuriat untuknya, tapi sanggup berkata begitu. Sedarlah! Dia memang tak pernah hargai kasih sayang dan kesetiaan yang diberikan selama ini.

Ubati Hati, Jangan Sesekali MERAYU!

Ketahuilah, bukan mudah seorang lelaki bergelar suami nak mengeluarkan kata-kata begitu. Jadi, walau pedih, tolong jaga maruah diri sebagai wanita. Jangan dirayu lagi padanya! Mungkin perpisahan itu bukan kehendak diri, tapi tolong kuatkan hati. Tak guna merayu pada orang yang dah tak sudi.

Lebih baik kumpulkan sisa semangat dalam diri, cari kekuatan untuk melangkah pergi. Bahagia anda bukan terletak di tangan orang lain! Ya, memang tak mudah. Tapi, itulah yang terbaik. Orang tak suka, tak guna dipaksa. Renungkan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *