11 Pesanan Perkahwinan yang korang kena hadam. Masa bercinta semua indah. Kentut pun wangi. Setengah orang culture shock. Masa hidup sendiri semua sendiri uruskan, tapi bila berkahwin semuanya berubah. Kalau berubah menjadi lebih baik tidak mengapa, tapi takut sebaliknya.
Itu sebablah orang tua dulu suka berpesan pesan untuk anak mereka yang bakal mendirikan rumah tangga. Pesanan ini khas untuk orang lelaki yang akan bergelar suami dan ayah pada satu hari nanti. Tapi untuk para suri ini lah masanya untuk sama-sama berkongsi maklumat bersama bakal suami anda nanti.
11 Pesanan Perkahwinan untuk bakal Pengantin
1. Jangan perasan masih bujang
Orang lelaki kena ingat. Dah kahwin ni tak boleh buat macam hidup membujang. Ramai yang terlupa bab ini, suka suka sahaja untuk pulang lewat malam. Yang lelaki masih mengeteh di kedai mamak, tinggalkan isteri seorang dirumah bersama anak-anak. Padhal sepatutnya melayan kerja sekolah anak-anak.
2. Urus masa famili vs kawan-kawan
Orang lelaki memang suka berkawan, tidak ada masalah untuk berkawan Kita hidup di dunia ni bukan sendiri, tapi bermasyarakat. Tapi mesti tahu batasnya, kena tahu kurangkan masa berkawan untuk luang masa bersama keluarga.
Para suri sila sampaikan pesan perkahwinan kepada bakal suami sebelum naik pelamin nanti supaya suami faham kenapa para suri tidak suka mereka balik mengeteh hingga lewat malam
3. Tanggungjawab bersama
Jaga anak-anak itu, tanggungjawab bersama. Bukan hanya isteri yang jaga. Tak boleh bantu banyak, bantu sikit. Kalau isteri sibuk memasak, suami mestilah memantau anak anak. Kalau anak dah bersekolah pastikan anak siapkan kerja sekolah semmentara isteri sediahkan juadah.
Ingat 11 Pesanan Perkahwinan yang penting ini!
4. Nafkah Isteri itu wajib.
Para suami yang ingat terus berjaya dan murah rezeki kena ingat perkara ini .Yang ini ramai yang lupa, tidak tahu, dan ada yang culas. Ingatlah walau isteri gaji besar pada kita, wajib beri nafkah bulanan. Kain baju dia kena beli. Hatta RM100 pun keberkatan itu lebih utama. Rezeki keluarga pasti mencurah-curah.
5. Nafkah anak
Dah namanya ketua keluarga para suami kena ingat ni. Nafkah anak pun wajib juga. Walau isteri kerja, walau dia sendiri mampu sara, kena bagi juga walau secuit buat tampung mana yang lompong. Ni semua Tuhan tanya esok-esok.
Para suri jangan sesakali tanggung nafkah anak kesemuanya , kelak nanti memakan diri.
6. Sabar dengan karenah Isteri
Isteri kadang-kadang pun ada angin pasangnya, mood turun naik.. Membebel. Marah-marah. Jangan ditengking, jangan dimarah sampai bergaduh. Dia bukan sengaja. Dia penat urus semuanya, maka salah sikit pun jadi besar pada matanya. Tak mampu tenangkan, baik diam.

7. Sabar dengan Karenah Anak-anak
Hidup berkahwin semua mahukan keluarga bahagia dan punya zuriat. Namun ingatlah mereka juga ada pasang surutny . Mereka pasti akan mempunya bermacam ragam dan pelbagai perangai pun sama. Jangan dimarah melampau, jangan dipukul sangat.
Kadang-kadang mereka sebenarnya mahukan perhatian. Tambah-tambah bila anak makin ramai. Ingat pesan perkahwinan ini sebagai panduan.
8. Jangan Kacau duit isteri
Sungguhpun isteri punya gaji yang lebih besar, Suami kena ingat. Duit gaji isteri jangan dipegang. Biarlah, tu gaji dia. Penat dia belajar, penat dia bekerja. Takkanlah dia nak beli gincu pun minta duit dia dengan kita? Jangan sesekali kawal duit duit isteri dan kontrol semuanya. Kalau duit kita tak ada, boleh la pinjam sekali sekala. Tapi ingat! wajib bayar semula.
9. Suami kena tahu menyimpan
Jadi suami kena kuat, Kena tahu menyimpan. Sedikit pun tak apa dan Duit simpanan ni jangan usik. Anggap macam tiada. Lelaki kena bersedia setiap masa, kerana kita tidak tahu kemarau itu masa bila. Walau terdesak, pinjam dulu duit sesiapa. Dapat gaji terus langsaikan. Duit simpanan sebolehnya jangan usik, buatlah plan perancangan tabungan. Lebih baik asing tabung mengikut keperluan seperti tabung rumah, tabung hari raya, tabung travel
10. Jangan lupa bagi duit kepada orang tua.
Kita kalau nak hidup lebih berkat jangan sesekali lupa untuk beri duit pada ibu ayah. Hakikatnya Mereka bukan nak sangat duit kita malah Duit mereka dah banyak. Cuma sebagai tanda penghargaan. Bila lagi kita nak belanja ibu ayah sendiri? Bayangkan satu hari mereka tiada, pasti kita akan merasa menyesal jika tidak pernah sesekali menyantuni mereka
11. Pastikan sedekah jariah tidak berhenti
Untuk hidup lebih berkat terutamanya perkahwinan, kena selalu didik hati untuk bersedekah. Sedekah jariah kena ada walau sedikit. Hidup kita bukan selamanya. Itulah simpanan sebenar kita. Itulah bekalan yang bakal kita bawa. Didik isteri dan anak anak juga supaya mudah untuk bersedekah.
Nak hidup bahagia kenalah bertolak ansur, kalau betul betul fahami 11 pesanan perkahwinan ini, insyallah akan bahagia till jannah.
Bila dah berumahtangga jangan lupa untuk pelajari ilmu kewangan keluarga pula.
Kredit images dari dania