Tips simpan Stok Bawang yang telah siap blend tahan sehingga 3 bulan

TIPS simpan Stok bawang yang telah siap blend ini aku rasa semua kaum wanita dan suri suri suka bacakan? Especially untuk anak dara yang baru kahwin , kena tahu ilmu ilmu dapur macam ni.

Ini barulah SURIHACK

Tips dari cik dayang ini memang best, dari simpan cabai, bawang dan halia memang boleh tahan lama. Senang sangat bila nak masak lauk pauk or mee goreng, bihun goreng ka keytiau ka. Kalau buat spagetthi pun sama kutkan. Hanya terus cedok ja. Memang dapat jimatkan masa sangat-sanagat . Tidak payah susah-susah nak kupas bawang 2-3 kali.

Boleh bayang tak senangnya hidup orang pompuan hahah

Sebab tu cik dayang cakap ikut pengalaman dia, kalau tetamu datang umah memang sekejap sahaja untuk proses masak. Macam pelesit katanya hehehe.. eh macam citer ‘flash’ tu lagi lajulah kan .

Stok macam cik dayang buat ni kalau rajin masak 2 minggu habis dah. Tapi kalau malas masak, stok ni 3 bulan pon tahan lagi tau. Apa-apa pun wajib simpan dalam peti ais. Simpan kat luar abis lah berkulat nanti

haaa inilah jawapan untuk orang tanya berapa boleh tahan bawang yang dah siap blend ini tapi mestilah kena dengan caranya . Korang boleh follow step ni satu persatu untuk setiap item ini

TIPS simpan Stok Bawang

TIPS simpan Stok Bawang yang telah siap blend

1. CARA BUAT CABAI KISAR

Gunting cabai kering kecik2 lebih kurang 1 inci pastu buang bijik cabai tu. Rebus cabai tu sampai dia lembut. Jangan lupa masukkan garam dah sedikit minyak bagi cepat lembut.

Lepas tu tapis bilas dengan ayaq. Masukkan cabai dalam blender. Blend sambil masuk air bertapis sikitt sekadar bagi blender tu buleh putar saja.

Bila dah siap blender, masukkan ke dalam bekas yang kering dan letakkan sedikit asam keping, simpan di dalam peti ais.. haaa asam keping ni rahsianya kut kan

Boleh tahan hingga 3 bulan ke atas cabai ni tau.

BACA : Pes masakan mudah dibulan puasa

2. CARA BUAT BAWANG BESAR KISAR

1 kilo bawang besaq dan hiris kecil2 tau sebab senang nak blend. Blender bawang sikit2 bersama dengan minyak. Anggaran minyak masak lebih kurang separuh dari jumlah bawang. Tapi kalau nak letak air saja pon boleh. Pastikan sikit saja air nanti senang kisar bawang. Sebab tu bawang kena potong halus2.

Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas yang kering.

Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar sebelum simpan dalam peti ais.

Boleh tahan 1 bulan ke 2 bulan bawang kisar ni tau.

3. CARA BUAT BAWANG PUTIH KISAR

Setengah kilo bawang putih. Kupas bawang, cuci dan hiris kecik2.

Blender bawang bersama air bertapis. Anggaran air adalah tak sampai separuh dari jumlah bawang.

Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas yang kering.

Boleh tahan 2 bulan bawang putih ni tau.

4. CARA BUAT HALIA KISAR

Setengah kilo halia. Buang kulit, cuci dan potong kecik2. Memang wajib potong kecik sebab mudah nak kisar.

Blender halia dengan sedikit air . Kalau cikdyg blender dulu separuh halia tu dengan suku air. Bila halia dah lumat masukkan lagi baki halia yang lain sedikit demi sedikit sampai habis.

Halia ni jenis banyak air . Jangan gatai2 letak ayaq banyak tau.

Dah siap blender, masukkan dalam bekas yang kering. Boleh tahan 2 bulan.

Tips penting untuk pastikan semua bahan dapat tahan lebih lama.

Setiap kali nak cedok bahan ni. Pastikan guna camca/sudu yang kering dan bersih. Jangan campor lepas cedok bawang cedok halia pulak. haih nanti bahan blend pun nampak comot. So part inilah yang kena extra effort untuk para surirumah kena buat. Ingat tau

BIG NO!

Kalau nak guna cabai, sedok guna camca asing. Nak cedok bawang putih camca asing. Nak cedok cabai camca asing.

Tu lah tips yang tokma bagi kat Cik Dayang Untuk elakkan cepat berkulat.

Kredit: Cik Dayang Zuhaili

Leave a Reply

error: Content is protected !!