Pes Masakan Mudah & Jimat Masa Memasak Bulan Puasa

Pes masakan mudah dan menjimatkan masa memasak para suri terutama di bulan Ramadan. Memasak sendiri memang satu kepuasan tapi proses penyediaan memasak itu kadangkala mengambil masa yang lama.

Kebanyakan suri yang bekerja di rumah atau di pejabat sentiasa mahu sesuatu yang pantas dan memudahkan mereka terutama dalam bab memasak di bulan puasa. Keinginan untuk berbuka dengan masakan sendiri membuatkan semangat nak memasak itu sentiasa ada.

Tapi kadangkala bila tengok macam-macam tugasan kena buat untuk menyediakan bahan masakan terus hilang semangat nak memasak. Nanti dulu, belum terlambat untuk rasa ‘give-up’, apa kata sediakan pes masakan yang pasti akan menjimatkan masa memasak suri-suri semua.

Pes masakan ini kena sediakan waktu hujung minggu sebab ia mengambil masa sikit untuk proses penyediaannya. Tapi hasilnya berbaloi dan yang pasti lepas ni anda boleh jimat masa banyak untuk memasak.

Pes masakan mudah & jimat masa

Pes masakan mudah ini boleh disimpan lama dalam peti sejuk. Hanya perlu dikeluarkan dan sediakan bahan-bahan untuk dimasukkan dalam pes mengikut jenis menu masakan anda. Jom semak apa resipi nak sediakan pes masakan ni.

Pes tomyam

Bahan-bahan

  • 5 biji tomato
  • 5 biji bawang besar
  • 3 biji cili api
  • 5 tangkai cili kering
  • 6 biji lada besar
  • 10 batang serai
  • 2 inci lengkuas
  • 5 helai daun limau purut
  • Seinci belasan dibakar
  • 15 ekor udang kering

Cara memasak:

  1. Kisar semua bahan kemudian tumis dalam minyak (letak minyak lebih untuk pes tahan lama).
  2. Tumis sampai naik minyak. Lagi lama lagi sedap.
  3. Masukkan dalam bekas kecik-kecik dan bekukan.
  4. Bila nak masak nanti masukkan pes dan air, ayam atau daging, serai, daun limau purut, air perahan limau nipis, garam, gula, bunga kobis, carrot.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.

Pes gulai

Bahan-bahan:

  • 5 kuntum bunga lawang
  • 10-15 biji buah pelaga
  • 2-3 batang kayu manis
  • 8 kuntum cengkih
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit
  • 2 inci lengkuas
  • 5 biji bawang besar
  • Setengah labu bawang putih
  • 1 plastik lada giling
  • 10 sudu rempah gulai
  • Sedikit kerisik

Cara memasak:

  1. Kisar semua bahan kecuali lada giling & kerisik
  2. Panaskan minyak, tumiskan lada giling.
  3. Masukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak. Masukkan kerisik.
  4. Masukkan dalam bekas kecik dan bekukan bila sudah sejuk.
  5. Bila nak masak hanya perlu masukkan pes, air, ayam atau daging. Kemudian baru masukkan santan, kentang, gula melaka, garam, gula dan asam gelugur.
pes masakan mudah

Pes Kari

Bahan-bahan:

  • 5 biji bawang besar
  • Setengah labu bawang putih
  • 3 inci halia
  • 5 biji bunga lawing
  • 10 biji buah pelaga
  • 2-3 batang kulit kayu manis
  • 10 sudu rempah kari

Cara memasak:

  1. Kisar semua bahan kecuali rempah 3 beradik
  2. Tumis rempah 3 beradik
  3. Masukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak. Kemudian masuk dalam bekas & bekukan.
  4. Bila nak masak nanti masukkan pes, ayam, santan, kentang, lada besar, daun kari, air asam jawa, gula, garam.

Pes Kurma

Bahan-bahan:

  • 10 biji buah pelage
  • 5 kuntum bunga lawing
  • 3 batang kayu manis
  • 5 biji bawang besar
  • Setengah labu bawang putih
  • 2 inci halia
  • 10 sudu rempah kurma
  1. Tumis rempah 3 beradik.
  2. Masukkan bahan kisar, tumis sampai pecah minyak.
  3. Kemudian bekukan.
  4. Bila nak masak cuma masukkan pes, ayam, santan, kentang, tomato, garam, gula dan asam keping.

Baca: Kari Ikan Jenahak Sedap Dan Penuh Aroma

Leave a Reply

error: Content is protected !!