Jadi Pasangan Romantik, Suami Isteri Ikut Contoh Rasulullah

Mudah jadi pasangan suami isteri romantik ini sebenarnya. Malah, Rasulullah s.a.w sendiri pun menunjukkan sifat romantis dengan isteri baginda, Siti Khadijah.

Amalan berkasih sayang yang Baginda tunjukkan ini boleh dijadikan panduan berguna untuk suami isteri. Hakikatnya, tidaklah salah menunjukkan sikap manja dengan pasangan sendiri.

Lagi pun bukan orang lain, suami isteri kan.

Jadi Pasangan Romantik Ikut 6 Contoh Rasulullah

Cinta terhebat Baginda Rasulullah adalah bersama Siti Khadijah. Cintanya Nabi kepada Khadijah sehingga sabda Baginda Rasulullah kepada Aisyah : Sesungguhnya aku benar-benar telah dianugerahi cinta Khadijah (HR Muslim 4464)

Dalam setiap susah dan senangnya Baginda, sentiasa ada Khadijah untuk menemani di sisinya. Ini antara 6 contoh romantiknya Baginda Rasulullah bersama isteri.

Mandi Bersama Isteri

Aisyah pernah menceritakan bahawa: Aku pernah mandi bersama Rasulullah dari satu bekas Dan Baginda mendahuluiku (mengambil air dari bekas tersebut), sehingga aku katakan: Sisakanlah untukku, sisakan untukku. Sedang keduanya dalam keadaan junub. – [HR Muslim 485].

Inilah hadis yang menggambarkan betapa romantisnya Rasulullah bersama isteri dalam keadaan mandi bersama.

Baginda Mendukung Isteri

Diriwayatkan dari Aisyah: Ketika saat Hari Raya, biasanya ada dua budak Sudan yang memperlihatkan kebolehannya mempermainkan tombak dan perisai.

Maka ada kalanya aku sendiri yang meminta kepada Baginda Nabi, atau Baginda sendiri yang menawarkan kepadaku: “Apakah kamu mahu melihatnya?” Maka aku jawab: “Ya, mahu.” Maka baginda mendukung aku di belakangnya, sementara pipiku bertemu dengan pipinya sambil Baginda berkata: “Teruskan hai Bani Arfadah!” Demikianlah seterusnya sampai aku berasa bosan lalu Baginda berkata: “Apakah kamu merasa sudah cukup?” Aku menjawab: “Ya, sudah.” Lalu Baginda berkata: “Kalau begitu pergilah.” – [HR Bukhari 897].

Ternyata Rasulullah s.a.w seorang yang kuat dan gagah, malah mampu bermanja dengan isteri dengan mendukung mereka.

Rasulullah Santuni Isteri Dengan Baik

Ketika Rasulullah berada di masjid sedang beribadah kepada Allah. Didatangi isteri yang ingin berbual-bulal dengan Baginda. Tidaklah isterinya dimarahi malah disantuni dengan baik.

Dari Shafiyyah binti Huyay berkata; Ketika Rasulullah sedang melaksanakan itikaf aku datang menemui beliau di malam hari, lalu aku berbincang-bincang sejenak dengan beliau, kemudian aku berdiri hendak pulang, beliau juga ikut berdiri bersama aku untuk mengantar aku. – [HR Bukhari 3039].

Panggil Isteri Dengan Panggilan Manja

Baginda juga memanggil isterinya dengan panggilan manja. Antaranya Baginda memanggil Aisyah dengan ‘Aisy. Sabda Baginda Rasulullah: “Wahai ‘Aisy (sebutan untuk Aisyah), ini adalah Jibril, ia menitipkan salam untukmu.” Lalu aku menjawab: “Wa’alaihissalam warahmatullah.” – [HR Bukhari 5733].

Begitulah lembutnya Rasulullah yang sentiasani mengasihi ahli keluarga Baginda, terutama para isteri Baginda.

Baca juga : Selawat ke atas nabi

Makan Minum Dengan Pinggan Dan Gelas Yang Sama

Kasihnya Baginda bukan hanya melalui pertuturan, malah perbuatan Rasulullah juga menggambarkan Baginda seoranng yang sangat manja.

Dari Aisyah berkata: “Tatkala saya haid, saya minum. Kemudian saya memberikannya kepada Nabi dan beliau meletakkan mulutnya di atas tempat bekas mulutku. Tatkala saya haid, saya memakan daging yang masih melekat di tulangnya, lalu saya memberikannya kepada Nabi dan Baginda pun meletakkan mulutnya di atas tempat bekas mulutku.” – [HR Ahmad 24416].

Merebahkan Kepala Di Pangkuan Isteri

Ada kalanya romantiknya Nabi sehinggakan Baginda sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya ke pangkuan isterinya seperti mana yang dipertuturkan Aisyah dalam Sahih Bukhari yang bermaksud: Nabi membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid. – [HR Bukhari 6994].

Bukan itu sahaja, Bahkan romantiknya Baginda sehingga detik-detik akhir hayat terakhir Baginda Rasulullah. Aisyah berkata yang bermaksud: Ketika maut menghampiri Rasulullah, kepala Baginda berada di atas dadaku. – [HR Bukhari 1300].

Baca : Tolonglah jaga penampilan suami juga, jangan nak cantik diri sendiri je

jadi-pasangan-romantik
Kredit foto : Drama Pujaan Hati Kanda

Suami Isteri Suburkan Sifat Berkasih Sayang

Melihat kepada 6 contoh sisi romantis Rasulullah ini, menggambarkan betapa indahnya jika perhubungan suami isteri sentiasa disuburkan dengan sifat berkasih sayang.

Sebagai ketua keluarga yang dihormati isteri, tentunya suami perlu memainkan peranannya. Untuk memberi ketenangan emosi kepada isterinya juga.

Bersabarlah dengan karenah pasangan, kerana itulah yang memanjangkan satu-satu perhubungan. Mendamaikan lagi hubungan suami isteri sekiranya terjadi ketegangan yang tidak disengajakan.

Sumber : mstar

Leave a Comment!

error: Content is protected !!