Semut Bersarang Di Kotak Suis Elektrik, Cara Mencegahnya

Semut bersarang di kotak suis elektrik | Hairan kan bila nampak semut banyak sungguh berkumpul dekat sekitar malah dalam kotak suis elektrik. Jadi tertanya-tanya.. tak mati kena ‘karen’ ke semut-semut tu.

Malangnya, tak mati ya. Malah, makin bermaharajalela pula. Sebagai pemilik kotak suis elektrik, mestilah jadi geram dengan semut-semut tu.

Bukan apa, nanti rosaklah barang elektrik kita tu. Jadi, macam mana cara nak halang semut dari berkumpul dekat area kotak suis elektrik. Untuk pengetahuan, bukan saja kotak suis elektrik yang semut suka bersarang.

Malah, apa saja yang mempunyai gelombang elektrik memang jadi medan perkumpulan mahkluk kecil rajin bekerja ini.

Cara Mencegah Semut Bersarang Di Kotak Suis Elektrik

Sebagaimana yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia, ada cara paling praktikal yang suri boleh lakukan. Caranya,

  • Pastikan ruang-ruang barang elekrtik itu dirapatkan.
  • Letakkan bahan penghalau semut pada kotak elektrik atau apa saja barang elektrik yang sudah dihuni semut.
  • Sentiasa prihatin jika nampak semut mula berkumpul di barang elektrik. Cepat-cepatlah usahakan tip kedua.
  • Keraplah lakukan pembersihan secara berkala.

Macam pengalaman suri sendiri, pernahlah peti sejuk yang terendam dek banjir, tiba-tiba dihurung semut dengan banyaknya. Berjalan-jalan riang-ria dia di sekitar bahagian atas dalam peti ais tu.

Baca : Panduan kilatkan lantai rumah, akibat lumpur banjir

Elak Semut Berkumpul Di Peti Ais

Risau yakmat. Takut dia merosakkan komponen elektrik dalam peti ais itu saja. Apa suri buat,

  • Bila banjir dah surut, peti ais pun kosong waktu itu.. suri sembur dengan aerosol. Sikit saja sekadar nak menghalau semut.
  • Selepas beberapa ketika, bersihkan permukaan peti ais yang disembur tadi dengan kain lembap yang dicelup sabun. Jangan letak sabun banyak-banyak pula. Sikit saja, sekadar hilangkan racun aerosol tadi.
  • Kemudian, bilas dengan kain lembap yang bersih beberapa kali.
  • Check semula sekerapnya setiap hari untuk pastikan semut tak datang lagi di permukaan peti ais itu.

Baca : Cara selematkan barangan letrik selepas banjir

Kenapa Semut Suka Bersarang Dalam Kotak Suis Elektrik

Bila semut dah berkumpul di barangan elektrik, akibatnya peralatan elektrik jadi rosak. Tapi kenapa semut suka dekat kawasan elektrik ini?

Rupa rupanya, semut memang tertarik pada gelombang elektrik.. apabila mereka hampir, renjatan elektrik akan membunuh semut tersebut secara serta merta lalu membebaskan sejenis bahan kimia pheromones.

Bahan ini akan menarik lebih banyak semut untuk datang dan lebih banyak semut akan mati! Apabila terlalu banyak bangkai semut, barang elektrik akan rosak dan menyebabkan kerugian.

Haa.. dah tau punca kan. Maka itu, prihatin lah dengan peralatan elektrik yang digunakan di rumah anda. Agak-agak, ada yang bertahun tak sentuh itu.. sila lah jenguk-jenguk kembali.

Leave a Comment!

error: Content is protected !!