Tips Cara simpan daging agar tahan lama

Tips Cara simpan daging agar tahan lama | Benda ini yang selalu merunsingkan kebanyakkan para isteri di rumah. Kadang-kadang rasa was-was juga cara penyimpanan yang betul tetapi nak tak nak kita perlu fikirkan jalan yang terbaik untuk memastikan keluarga kita sihat dan tidak kena pencemaran.

Semua orang inginkan keluarga yang ceria dan bahagia.

Benda remeh tapi kesannya besar kepada keluarga.

Umumnya kita tahu cara terbaik simpan daging seperti daging lembu mentah – panggang, daging sapi, dan stik – ia akan bertahan jika dibungkus dengan baik di dalam peti sejuk anda, selama antara 3 hingga 5 hari.

Jangka hayat daging kisar lebih pendek kerana semasa proses pengisaran telah menimbulkan risiko pencemaran yang lebih tinggi kerana terdapat juga lebih banyak luas permukaan pada setiap helai daging, Ini bermaksud lebih banyak ruang untuk bakteria berbahaya menumpang, jadi dicadangkan memasaknya dalam 1 hingga 2 hari.

Daging yang dimasak biasanya akan bertahan di dalam peti sejuk anda selama 3 hingga 4 hari sebelum anda perlu membuang atau membekukannya.

Tips Cara simpan daging

Kena ingat yer, bakteria berkembang dan membiak dengan cepat antara 40 ° F hingga 140 ° F, jadi penting untuk memastikan peti sejuk anda kekal pada suhu 40 ° F atau di bawah.

5 Tips Cara simpan daging agar tahan lama

Sebelum disimpan, jangan cuci daging

Jika dicuci dengan air paip, nanti kuman akan masuk kat dalam pori-pori daging. Ini akan merosakkan kualiti daging. Digalakkan cuci daging ketika hendak memasak.

Selain dari itu akan daging akan lebih fresh

Jangan simpan dalam kuantiti yang banyak

Jika mendapat banyak daging, Potong daging dalam ukuran yang kecil dan simpan dalam plastik 1/2kg atau 1kg.

Jika nak masak barulah ambil satu plastik dan yang lain tetap beku dalam plastik. Daging yang tetap beku dapat disimpan lebih 1 tahun dalam pembeku.

Yeng penting mesti membungkus daging dengan betul, suhu, dan lokasi yang anda simpan di dalam peti sejuk semuanya berguna.

Sejukkan dahulu sebelum dibekukan.

Ini tips yang menarik yang telah dikongsikan oleh para suri rumah , sebelum disimpan di dalam freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti sejuk selama 4-5 jam.

Kemudian barulah dipindahkan ke dalam bahagian dalam pembeku.

Jangka Hayat daging beku

Berapa lama anda boleh membekukan daging – dan petua pelabelan

Sekiranya pembeku anda berada pada suhu 0 ° F atau kurang, daging anda secara teknikal akan bertahan selama-lamanya; namun, kualiti daging akan merosot dari masa ke masa, menjadikan rasa dan teksturnya kurang diingini.

Untuk maksimum, simpanlah daging lembu selama 3 hingga 4 bulan di dalam peti sejuk beku anda, dan potong segar hingga 8 hingga 12 bulan.

Lebih baik jika dilabelkan tarik beli daging tersebut

Jangan cairkan ais daging atau daging beku menggunakan air panas. 

Cara yang betul adalah dengan meletakkan daging beku tersebut di bawah air paip yang suhu normal (daging masih berbungkus rapat dalam plastik). Setelah dah lembut, baru buka plastik dan cuci bersih dan bolehlah dimasak.

atau satu cara lagi boleh menggunakan papan defrost antara Tips Cara simpan daging

Cara terbaik untuk mencairkan daging anda adalah dengan memasukkannya ke dalam peti sejuk semalaman. Simpan daging anda dalam bungkusan plastiknya, atau masukkan ke dalam beg ziplock, dan letakkan di dalam mangkuk atau di piring untuk mengelakkan jus daging bocor pada makanan lain di dalam peti sejuk anda.

Sekiranya anda mencairkan air dengan cara ini, anda boleh menunggu sehingga 2 hari sebelum memasak daging anda.

Lebih selamat untuk membekukan semula daging anda jika anda mencairkannya dengan cara ini.

Tips Cara simpan daging

Pastikan daging Segar dan selamat untuk dimakan

Sebagai isteri sebagai surirumahtangga yang menguruskan hal rumahtangga aspek aspek ini amat penting dititikberatkan untuk kesejahteraan keluarga. Kita tidak mahu kes yang keracunan ayam di kenduri pada tahun 2013 yang telah meragut beberapa nyawa disebabkan bakteria Salmonella

Jadilah suri yang bijak menguruskan hal ehwal rumahtangga dan cuba ikuti Tips Cara simpan daging ini

BACA : Resepi asam pedas daging

Leave a Comment!

error: Content is protected !!