Tanda Suami Tak Sayang, Elak Buat Perkara Remeh

Tanda suami tak sayang lagi bila jika kita berulang kali lakukan sesuatu yang remeh. Suami tak suka kita buat itu, tolong jangan buat. Tapi sebagai isteri yang sudah lama hidup bersama, tahukah apa perkara yang tidak disukai mereka.

Kaum lelaki ini (yang betul-betul lelaki) memang sangat berahsia orangnya. Mereka ini diibaratkan seorang lelaki yang suka pada kehidupan simple dan tidak terlalu kompleks. Bak kata orang, ‘satu ditanya, satu juga yang dijawab.

Jika jenis yang bercoleteh itu bukanlah dikatakan tidak lelaki, tetapi jarang kita jumpa. Mungkin ada sifat humor mereka di situ, tetapi dalam beberapa kategori ada persamaan dalam semua lelaki di dunia.

Mungkin ramai yang tidak percaya dengan telahan ini, tetapi cuba kita tanya diri sendiri. Adakah setelah berpuluh tahun kenal suami, kita tahu sikap luar dan dalamnya.

Artikel Lain: Isteri Tolonglah Jaga Penampilan Suami Juga, Jangan Nak Cantik Diri Sendiri Je

Tanda Suami Tak Sayang

Kadang-kadang kita tidak tahu pun apa makanan kegemaran ataupun apa perkara yang paling disukai untuk dlakukan bersama pasangan.

Bak kata orang tidur sekatil, bangun pagi tengok wajah yang sama, tetapi hati dan keinginan mereka ada kalanya kita tidak tahu. Tetapi jika anda seorang isteri yang tahu luar dalam pasangan kita, syabas diucapkan.

Dalam hidup berumah tangga, sebenarnya ada beberapa perkara yang suami sebenarnya tidak suka kita sebagai isteri atau pasangan lakukan.

KIta tidak sedar perlakuan itu (yang kita buat) boleh menyebabkan diri mereka tersinggung atau dalam erti kata lain ‘sentap’. Mungkin itu boleh jadi tanda suami tidak sayang kita lagi.

Tanda suami tidak sayang

Masuk Usia 40-an Sensitif

Apabila situasi ini berlaku, maka sebagai isteri ‘hadaplah’ perangai merajuk suami yang tidak tahu bila akan kesudahan. Jika orang lelaki merajuk sebenarnya lebih teruk dari perempuan. Mungkin bagi kita bagi bunga sudah cukup sebagai tanda beralah, tetapi mereka tidak.

Lagi-lagi apabila usia sudah melangkau ke angka 40-an. Dalam usia begini mereka amat sensitif jika tidak dijaga sebaiknya. Oleh sebab itu, selagi kita tak buat perkara yang tidak disukai, nescaya kehidupan anda berdua akan kekal hingga ke jannah.

Hadamkan dulu beberapa perkara yang sebenarnya nampak remeh, tetapi yang remeh inilah suami tidak suka kita lakukan. Selepas ini, pandang cermin dan nilaikan sendiri kesalahan yang telah kita lakukan.

Kadang-kadang suami memang maafkan apa telah kita lakukan (sebelum itu) tetapi percayalah satu hari nanti dia akan ungkit dengan cara tersendiri. Waktu itu tegurannya sangat deep, buat kita tak keruan malu dengan perbuatan sendiri.

Tanda suami tidak sayang

10 Perkara Elak Buat Tanda Suami Tak Sayang:

1. Asyik Layan Telefon

Jika berada dalam kereta bersama, elakkan melayan telefon sepanjang masa. Ketika inilah sebenarnya pasangan kita mahu mencuri masa berduaan tanpa gangguan anak-anak. Sesekali boleh jeling telefon, tetapi bukan sepanjang masa melayan. Lagi-lagi jika dalam perjalanan jauh. Nampak remeh tetapi pasangan tidak suka dengan kelakun kita ini.

2. Tidak Jujur

Jangan sesekali anda berbohong dengan pasangan. Jangan kata dia tak tahu apa kita lakukan. Sebaliknya mereka sebenarnya mempunyai rasa instinct yang sangat kuat. Bayangkan jika anda menipu (apa yang ada buat) kemudian kantoi, masa itu barulah tahu langit itu tinggi rendah. Cakap saja dengan dia apa kita nak buat, misalnya berjumpa teman-teman lama.

3. Dahulukan Orang Lain Berbanding Dia

Ini lagi satu antara mereka remeh yang suami/pasangan tidak suka kita lakukan. Kadang-kadang kita tak perasan dan anggap ia tidak jadi kesalahan. Tetapi jangan sesekali buat. Kalau boleh dahulukan kehendak pasangan kita, kemudian barulah boleh buat perkara lain. Mereka akan terasa diri dihargai jika anda lakukan ini padanya.

4. Layan Kehendak Zahir & Batin

Percayalah ini sebenarnya kunci pada sesuatu hubungan itu boleh kekal bertahan selamanya. Kadang-kadang pasangan kita menganggap kita adalah sahabat baiknya dunia akhirat termasukan bab ini. Jadi jangan malu-malu untuk mulakan dulu kerana jika tidak dilayani, mungkin merajuknya akan berpanjangan.

5. Tiada Ucapan Terima Kasih

Nampak sangat remeh, tetapi sebenarnya bawa makna tersendiri kepada suami/pasangan. Ringankan mulut ucap terima kasih setiap apa yang dia lakukan sepanjang hidup bersama. Bukan saja isteri, suami juga patut praktikkan amalan ini tanda kita saling menghargai bantuan dihulurkan.

6. Jarang Temani Waktu Menonton

Ada kalangan pasangan suami isteri lebih gemar buat hal sendiri walaupun duduk satu rumah. Lagi-lagi musim PKP ini, pastinya telefon atau gajet masing-masing tak lepas dari tangan. Kalau boleh sesekali temanilah si dia menonton cerita kegemarannya. Walaupun anda tidak minat (cerita berkenaan), tetapi kehadiran anda di sebelah lebih bererti biarpun ketika itu anda sendiri melayan gajet lain.

Tanda suami tidak sayang

7. Tak Buatkan Air Kegemaran

Walaupun ia simple, tetapi jika dapat melakukannya anda akan dipuji setinggi langit. Kadang mereka tidak mintak (dengan harapan anda tahu), tetapi jika dapat membaca fikiran mereka, anda dikira isteri yang bijak dan sentiasa bersedia berkhidmat bila-bila masa diperlukan. Walaupun sekadar membawa air kosong, tetapi perbuatan itu boleh menyentuh hati pasangan.

8. Lupa Angkat Phone

Ini lagi satu perkara boleh mengundang kemarahan suami/pasangan. Walau sibuk mana janganlah terlupa untuk angkat call dari mereka. Jika termiss, segeralah call balik dan minta maaf. Jangan berlagak sombong dengan membiarkan saja call mereka tanpa alasan munasabah. Jika tidak berbulan, mungkin bertahun si dia tidak akan ‘melayan’ anda. Kalau nak tahu akibatnya cubalah, anda pasti menyesal di kemudian hari.

9. Cakap Kasar

Mereka sebenarnya tidak suka kita bercakap kasar. Walaupun dulu anda ‘minah gangster’ tetapi bila kahwin boleh ubah sikap ini. Suami adalah ketua keluarga dan cakaplah dengan lembut dengan mereka. Jangan sesekali kecilkan hati kerana mereka ini sebenarnya insan paling sensitif. Jika nak marah sekalipun, usaplah dada banyak-banyak dan ingat dia insan yang harus kita taati hingga ke akhir hayat.

10. Tak Respon Waktu Sembang

Ada kalanya jika kita tak respon apa dia cakap juga boleh undang kemarahannya. Berusaha untuk dengar betul-betul apa yang dia sedang sembangkan. kadan-kadang mereka mintak respons atau berkongsi pandangan tentang sesuai isu disuarakan. Bila anda tak jawab, maknanya kita tak fokus dengan topik dibincangkan. Elakkan, pasangan tak suka anda bersikap begini.

Walau apa pun, hidup berumah tangga ada pasang surutnya. Kalau gaduh-gaduh manja itu pejam mata saja kerana ibarat asam garam dalam berumah tangga. Tetapi jangan sesekali buat perkara remeh yang suami tidak suka. Takut jadi permulaan tanda suami tak sayang.

Tak kisah jika anda lupa ucap birthday atau annyversary (ada sesetengah pasangan don’t care pasal ini), tetapi jangan sesekali buat apa yang telah disenaraikan. Ya, nampak remmen tetapi jika dilakukan (barkali-kali) boleh mewujudkan keregangan hubungan. Lebih parah jika ada insan ketiga cucuk jarum. AWAS!!!

Artikel Lain: Jujur Dengan Pasangan Kunci Bahagia

Comments 2 Responses

  1. HASNITA BINTI SAWAL July 27, 2021
  2. Miss Dorra July 27, 2021

Leave a Comment!

error: Content is protected !!