Panduan Kilatkan Lantai Rumah, Akibat Lumpur Banjir

Panduan kilatkan lantai rumah I Disember lalu, musibah banjir melanda beberapa daerah di Selangor. Banyaklah kediaman yang dimasuki lumpur banjir. Bila dah melekat dipermukaan lantai rumah, hendak mencucinya tersangatlah payah.

Suri tentu berasa sedih, bila mana permukaan lantai tak lagi sama macam sebelumnya. Jadi berdebu dan kesat. Nak buat berjalan pun rasa tak selesa.

Macam ada pasir-pasir halus yang melekat tak mahunya hilang. Permukaan lantai pun dah tak jadi berkilat. Sebaliknya berubah kusam dan pudar.

Ada cara sebenarnya, nak mencuci permukaan lantai rumah tu dan kembalikan lantai berkilat.

kilatkan lantai rumah

Bersihkan Lantai Rumah Selepas Banjir

  • Terlebih dahulu kenalah bersihkan permukaan lantai dari lumpur dan tanah yang melekat.
  • Lebih mudah jika anda gunakan waterjet.
  • Sebaiknya, cucilah permukaan lantai ketika lumpur masih lagi lembab. Sebab lebih cepat, mudah untuk lumpur dibuang dan tak perlu menggunakan banyak air.
  • Sebaik selesai membuang lumpur. Taburkan serbuk pencuci lantai di permukaan dan waterjet sekali lagi. Ini untuk membuang bau lumpur yang melekat pada lantai. Sekali gus menghapuskan kuman-kuman degil yang mungkin melekat sama.

Baca : Cara selamatkan barangan elektrik selepas banjir

Cara Kilatkan Lantai Rumah

Sebaik selesai proses di atas, anda perlukan 3 bahan ini untuk mengilatkan kembali lantai.

  • 1/2 baldi panas
  • 1 cawan cuka (tidak digalakkan pada permukaan lantai marmar)
  • 1/2 cawan softener (Softlan, Downy dan sebagainya) boleh juga digantikan dengan pencuci lantai Mr Muscle.

Panduan Penggunaan

  1. Campurkan kesemua bahan di atas dan cucilah lantai anda itu.
  2. Sebaiknya gunakan mop yang bersih dan baru untuk proses mengilatkan lantai ini. Elakkan menggunakan mop yang sudah digunakan.
  3. Lakukanlah setiap hari, insyaAllah selepas beberapa hari debu pasir akan berkurang dan hilang. Malah, lantai kembali berkilat.

Sungguh tak dinafikan, membersihkan lantai dan mengembalikan keselesaan lantai selepas musibah banjir adalah satu kerja yang amat memenatkan.

Ia memerlukan banyak usaha dan tenaga untuk memcuci dan mengemop. Tapi bila lantai sudah kembali berkilat dan selesa dipijak, rasa penat itu akan hilang dengan segera. Percayalah!

Baca juga : IKEA Damansara

Leave a Comment!

error: Content is protected !!