Kelebihan dan Kekurangan Thermomix | Masih ragu ragu ke nak beli atau tak thermomix ni? Nak buat review pasal dapur robot ni, Thermomix nama dia. Kelakar baca review seorang suami Mohd Fairus bila sang isteri beli Thermomis
Saya memang suka bagi review barang-barang yang saya beli, review tak berbayar
Mohd Fairus
Pengalaman sis selama 10 bulan memeliki thermomix ini pun rasa berbaloi, bagi sis la yang tak berapa terer masak nih. hahah.
Boleh baca Berbaloikah Thermomix di entri blog modernmumthingy. Walaupun belum fully utilised tapi yang penting dapur kemas and bersih.
Jom kita kongsikan apa kata suami beli wife dah beli Thermomix ni. tapi yang pasti kelakar bila baca setiap tulisan dia. Power betul dia tulis bab Kelebihan dan Kekurangan Thermomix tu
Kelebihan dan kekurangan Thermomix kaca mata suami
Walaupun baru beli bulan November 2019, masih baru, tapi rasa macam dah layak untuk bagi pendapat.
Isteri saya panggil Thermomix ni “Bibik Jerman”. Kami terpengaruh untuk bawa balik Bibik Jerman ke rumah selepas buat research dalam beberapa hari.
Siapa yang pernah tergoogle perkataan “Thermomix” di internet dan layan YouTube pasal Thermomix rasanya memang dia akan terpengaruh untuk beli.
Banyak kelebihannya, boleh tengok di fb Widyana Ali. Dia banyak share pasal ni. Hampir setiap hari dia share menu masakan guna Thermomix.
Kelebihan dan Kekurangan Thermomix
3 Je Kelebihan Thermomix?
- Menyenangkan urusan memasak. Cepat dan mudah. Pilih resepi di screen, kemudian masukkan bahan-bahan je, lepas tu boleh tinggalkan Bibik Jerman ni masakkan.
- Dapur tak bersepah sebab Thermomix boleh ganti 20 alatan dapur yang lain.
- Ada function self cleaning, yang ni memang heaven sangat.
4 Kekurangan Thermomix?
- Kecil. Tak sesuai masak banyak untuk lebih 10 orang. Thermomix hanya sesuai untuk keluarga yang ada 10 orang ke bawah. Sekarang susah nak jumpa keluarga yang ada lebih 10 orang.
- Harganya mahal. RM6688. Tapi dengan kelebihan dan kegunaannya kalau harga RM15,000 pun masih berbaloi.
- Terlalu moden. Ada orang suka old school, suka masak cara lama, kena berdiri lama, banyak guna perkakas pun tak apa. Thermomix ni masak cara moden dan relax.
- Mudah rambang mata sebab terlalu banyak resepi yang ada dalam Thermomix. Lebih 55 ribu resepi dari seluruh dunia, pre-programmed. Takut asyik layan tengok gambar resepi je kat screen Thermomix terlupa nak masak.
- Tak boleh guna jika black out tak ada elektrik.
- Jadi berebut nak masak kat dapur. Semua orang tiba-tiba pandai masak sebab Thermomix guide step by step, klik next next je terus siap
- Bila urusan di dapur terlalu mudah dan cepat, isteri akan ada banyak masa dan tenaga, takut-takut dia pergi shopping setiap hari. Tapi tak apa suami boleh ajak buat aktiviti lain
BACA : Panduan Kilatkan Lantai akibat Banjir
So kalau suami yang sayangkan isteri boleh lah pikirpikirkan belikan Thermomix ini sebagai hadiah., memang tak pernah nak masak. mudah sangat sangat.