Cara Bersihkan Sinki Dapur Elak Tersumbat

Cara bersihkan sinki dapur. Adakah anda seorang yang sangat concern tentang penjagaan sinki dapur? Jika ya tentu korang ada macam-macam cara untuk membersihkan sinki kan.

Tahukah korang sinki yang kita guna setiap masa merupakan tempat mudah pembiakan bakteria. Jadi bayangkan kalau kita tak rajin membersihkan maka sinki akan menjadi tempat bakteria membiak dan memudahkan pelbagai jangkitan penyakit.

Selain bakteria banyak membiak, sinki yang jarang dibersihkan turut memudahkan untuk mengalami masalah mudah tersumbat.

Cara bersihkan sinki: Jadikan rutin harian

Jadikan rutin mengemas dan membersih sinki dapur anda setiap kali selesai mencuci pinggan mangkuk. Selesai mencuci pinggan mangkuk kotor, membersihkan sayuran atau lauk basah dapur atau sekadar mencuci tangan, takde salahnya sambil-sambil tu korang bersihkan sini.

Cara bersihkan sinki dapur dimulakan daripada pinggan mangkuk kotor, buangkan semua sisa kotoran makanan, kemudian sental menggunakan sedikit pembersih dan span mencuci pinggan.

cara bersihkan sinki dapur

Percayalah rutin yang nampak kecil ini memberi impak besar kepada diri sendiri. Puas melihat sinki dapur sentiasa bersih berkilat dan mengelakkan jadi tempat pembiakan bakteria selain elak mudah tersumbat.

Baca juga: Cara Betul Cuci Barang Kemas Di Rumah Sendiri

Tips bersihkan sinki elak tersumbat

Masalah sinki dapur tersumbat boleh dikatakan satu perkara biasa berlaku di sebuah kediaman. Selain memanggil plumber untuk memperbaikinya, suri sebenarnya boleh buat sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan asas di dapur. Caranya simple je.

Guna garam kasar

  • Taburkan garam kasar ke dalam saluran sinki yang tersumbat.
  • Kemudian curah air panas ke dalam saluran tersebut. Sisa kotoran akan terlarut dan sinki akan kembali lancar semula.

Guna baking soda dan cuka

  • Campur 1/3 cawan baking soda dan 1/3 cawan cuka di dalam sebuah bekas.
  • Sebaik sahaja campuran dua bahan ini berbuih, tuangkan segera ke dalam saluran sinki yang tersumbat.
  • Biarkan sekejap dalam 10 minit untuk tindakbalas yang lebih berkesan.
  • Kemudian bilas menggunakan air panas ke dalam saluran sinki.

Guna garam dan baking soda

  • Kalau tak ada cuka, campuran garam dan baking soda juga boleh digunakan untuk mencuci saluran sinki yang tersumbat.
  • Campurkan 1/4 cawan garam dan 1/4 cawan baking soda dan tuang ke dalam saluran sinki.

Guna sabun pencuci pinggan mangkuk

cara bersihkan sinki dapur
Photo by cottonbro from Pexels
  • Campurkan beberapa sudu sabun pencuci pinggan mangkuk (tak kisah jenama apa-apa) dengan 2 liter air panas.
  • Tuang campuran itu ke dalam saluran sinki dapur.
  • Sabun pencuci membantu melarutkan sisa makanan dan minyak yang melekat dalam saluran sinki dapur.

Cara bersihkan sinki guna dawai

  • Masukkan hujung dawai ke saluran sinki.
  • Kemudian pusingkan beberapa kali hingga dapat menarik sisa bahan makanan dan lain-lain bendasing yang tersumbat.
  • Pusingkan beberapa kali supaya benda yang tersumbat berkumpul.
  • Kemudian tarik keluar perlahan-lahan.
  • Tuang air panas ke dalam saluran sinki.

Sebenarnya kalau korang rajin amalkan salah satu cara tersebut di atas masalah sinki tersumbat dapat dielakkan. Sekurang-kurangnya buatlah sebulan sekali, selain daripada elak daripada selalu membuang sisa makanan atau minyak ke dalam sinki.

Leave a Comment!

error: Content is protected !!