Cara bersihkan oven dengan mudah dan boleh dibuat sendiri di rumah tentu melegakan para suri yang gemar membuat kek, pastri dan sebagainya lagi. Penggunaan oven memang memudahkan urusan memasak di dapur.
Tetapi tanpa sedar kadangkala bila kerap menggunakan peralatan tersebut ia mengakibatkan kekotoran yang jika dibiarkan boleh menyebabkan oven mudah rosak. Ramai suri yang suka baking tetapi bab membersihkan oven menjadi pilihan terakhir yang akan dilakukan.
Ramai beranggapan tugas bersihkan oven agak sukar kerana tempelen sisa makanan yang tertinggal ketika proses membakar menjadikan ia sukar dibersihkan dan ditanggalkan.
Jangan mengalah sebelum mencuba petua mudah menggunakan bahan-bahan di dapur korang ya.
Apa Cara Bersihkan Oven?
Pencuci Semula Jadi
- Bicarbonate of soda atau baking soda
- Botol semburan dengan cuka
- Lemon Essential Oil
- Lime Essential Oil
- Laundry Stain Remover
- Pencuci Stainless Steel
Pencuci Sedia Guna
- Pencuci Stainless Steel
- Cleaning Paste
- Pencuci Oven
Alatan Mencuci
- Span
- Botol semburan
- Berus Pembersih Gril

Bersih Secara Pantas
- Guna pencuci serbaguna dan span tanpa calar untuk membersihkan dan menanggalkan sebarang gris dan kotoran pada bahagian dalam dan pintu oven.
- Untuk kotoran degil, sapu pes pencuci di kawasan tersebut, biarkan 5 minit kemudian tanggalkan dengan kain pembersih lembap.
- Bersihkan pintu luar oven dengan pencuci serba guna dan kain pembersih. Jika oven korang jenis stainless steel, gosok menggunakan pencuci stainless steel.
Kaedah Lebih Terperinci
- Letakkan redai oven di dalam besen yang besar dan taburkan sabun penanggal kotoran ke atasnya. Rendam menggunakan air panas hingga tenggelam. Biarkan beberapa jam atau semalaman untuk membantu menanggalkan kotoran.
- Bersihkan sisa makanan pada celah-celah bahagian oven yang sukar dicapai menggunakan pes pembersih oven. Selepas korang dah sapu pes pencuci tersebut, biarkan seketika kemudian baru lap menggunakan kain pembersih lembap.
- Jangan lupa bahagian pintu oven ye. Sapukan pes pencuci di seluruh pintu oven dan biarkan lebih kurang setengah jam. Kemudian gunakan span lembut anti calar untuk membersihkan kotoran yang melekat di bahagian pintu oven.
- Sembur cuka pada bahagian dalam dan pintu oven untuk membersihkan kesan pes pembersih. Bilas menggunakan kain kemudian lap lagi sehingga menyerlahkan oven korang yang dah bersih dan berkilau.
- Bersihkan bahagian luar oven yang tentunya ada macam-macam kotoran makanan dan cap jari menggunakan pencuci serbaguna. Kemudian nak bagi nampak pven berkilau, gilap guna stainless steel cleaner.
Bila oven dah bersih barulah tak sakit mata kita melihat. Nak membakar kek pun rasa lebih seronok kan. Untuk jimatkan masa dan elakkan daripada oven mudah kotor, korang kenalah rajin mencuci lepas guna oven.
Kalau dibiarkan lama nanti sisa makanan yang kita bakar dalam oven makin melekat dan susah nak ditanggalkan. Makanya sebelum ia jadi lebih teruk, cucilah segera lepas menggunakan oven. Masa ni kalau guna kain pembersih pun dah boleh tanggal semua kotoran degil.