62 lokasi di Klang berisiko banjir dek air laut pasang besar. Hati-hati semua !

Air laut pasang besar | Air pasang besar pula biasanya terjadi semasa bulan penuh atau anak bulan. Apabila kedudukan matahari, bumi dan bulan dalam keadaan selari, fenomena air pasang besar akan terjadi. 

Untuk kawasan Pantai di Selangor akan mengalami air pasang surut sebanyak 2 kali sehari. 

Sebanyak 62 lokaliti di daerah Klang berisiko terdedah dengan banjir susulan fenomena air laut pasang besar dan monsun timur laut yang sedang berlaku pada bulan ini sehingga Disember depan.

Semalam, media melaporkan, penduduk daerah Klang disarankan berwaspada dengan fenomena air pasang besar dan Monsun Timur Laut yang dijangka mulai September hingga Disember ini yang boleh membawa risiko banjir dan runtuhan ban.

Ramalan bulan ini, paras air laut tertinggi di Stesen Pelabuhan Klang dijangka pada 12 September, iaitu 5.5m pada jam 7.18 pagi, manakala pada 11, 13 dan 28 September pula paras 5.4m.

Sekiranya korang risau dan nak rancang perjalan korang boleh dapatkan info paras air terkini boleh lawatan web Jupem.

Manalah tahu kan ada plan nak pergi piknik di tepi pantai hujung minggu nanti.

Kalau ikutkan mimpi air laut pasang dan ombak besar ni bawa rezeki tapi huhuhu kalau realitinya benda ini terjadi akan mengakibat kerugian yang teruk kepada mangsa banjir. Lihatlah kesan banjir yang kepada negara kita pada penghujung tahun 2021 hari tu. Kesian betulkan

Bagaimana Air laut pasang besar terjadi ?

Air pasang surut terjadi disebabkan oleh putaran bumi dan tarikan gravity bulan. 

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Klang Shahman Jalaludin berkata situasi yang akan membabitkan lebih 10,000 penduduk itu, akan melibatkan antaranya kawasan Kampung Telok Gong, Sungai Serdang, Kampung Tok Muda dan Pulau Indah.

Ada 62 kawasan risiko di Klang yang dikenal pasti berisiko untuk banjir, namun ia akan berlaku sekiranya air pasang besar itu bertembung dengan air hujan.

air laut pasang besar

Peralihan monsun ini dijangka akan membawa kepada peningkatan jumlah penerimaan hujan di antara 100 hingga 400 milimeter secara purata mulai pertengahan bulan ini dan berisiko terjadinya bencana banjir.

Pada tempoh sama, fenomena air pasang besar dijangka berlaku di kawasan persisir laut sepanjang Pelabuhan Klang. Berdasarkan ramalan dikeluarkan Pusat Hidrografi Nasional di Pulau Indah, paras air laut tertinggi dijangka mencapai paras 5.5 meter.

FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA BANJIR DI PESISIR PANTAI 

Banjir hanya berlaku apabila air pasang besar disertai dengan angin kuat dan hujan lebat 

Kalau ada pertahanan persisiran pantai, kenapa banjir air pasang boleh berlaku?

  1. Terdapat faktor-faktor alam yang meninggikan arasair. Perubahan cuaca boleh memberi esan dalammasa hadapan.
  2. Ban-ban yang terjejasataupecahsemasaair pasang.
  3. Keterhadan reka bentuk asal struktur pertahanan persisiran pantai.
  4. 4. Faktor-faktormanusia, sepertipintuair tidakdi tutup, bekalan kuasa untuk pam terputus, dan sebagainya.

Apakah tindakan patut diambil apabila air laut pasang besar

Sebelum banjir

  1. Tutup suis utama dan letak kan alateletrik di tempat tinggi. Pastikan saluran najis bertutup. 
  2. Simpan dokumen penting di tempat yang selamat
  3. Persiapkan ‘safety kit’ & sedikitmakanan.
  4. Ketahuit empat yang selamat

Semasa Banjir

  1. Berpindah awal sebelum air pasang besar
  2. Patuh dengan arahan pihakberkuasa
  3. Bawa ubat-ubatan dan  dokumen penting jika perlu.
  4. Pantau struktur bangunan anda. Jika terdapat rekahan atau kerosakan
  5. segera hubungi pihaki nsuran atau pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
  6. Jangan buka suis atau peralatan elektrik sehingga dibersihkan dan kering.

Selepas Banjir

  1. Pulang kekediaman anda setelah mendapat kebenaran pihak berkuasa.
  2. Pakai sarungtanga n& kasut semasa operasi pembersihan.

korang boleh baca artikel cara selamatkan barang elektrik selepas banjir untuk mengurangkan kerugian. Selepas kejadian banjir teruk yang melanda Lembah Klang dan beberapa negeri di Pahang sembilan hari lepas pelbagai kisah sedih dan tragis kita baca dan saksikan.

Bayangkan kebanyakan mangsa banjir yang sudah tinggal di rumah mereka sejak 30 tahun lalu dan langsung tidak pernah melalui pengalaman banjir kini terpaksa reda dengan takdir yang tertulis. Rata-rata mengucapkan kesyukuran dalam pada sedih melihat semua harta benda musnah tetapi nyawa mereka masih lagi selamat.

Leave a Comment!

error: Content is protected !!