Cara beli rumah Subsale | Sekiranya korang bercadang mencari rumah untuk duduk sendiri atau buat pelaburan, dalam pasaran hartanah ada 3 segmen utama iaitu pasaran primer atau โunderconโ, subsale dan lelong yang boleh dipertimbangkan.
Kesemua pasaran ini ada potensinya dan salah satu yang berpotensi besar adalah pasaran rumah subsale ( rumah used). Selalunya orang sanggup beli rumah subsale sebab selesa dengan kawasan tersebut atau suka dengan design yang sedia.
Kalau boleh ramai di luar sana nak beli rumah subsale tak nak keluar sesen pun duit, semua kalau boleh nak cover dalam loan..
Hakikat sebenarnya, Cara beli rumah Subsale bukan macam beli rumah undercon yang ada macam-macam pakej, rebat percuma.
Jadi ada beberapa Kos beli rumah subsale yang korang kena tahu

Cara beli rumah subsale dan kos yang korang kena tahu
๐. Duit Booking
Korang perlu sediakan โearnest depositโ atau wang cengkeram sebanyak 3.18% dari harga rumah sekiranya bersetuju untuk beli rumah tersebut.
Jadi, contoh rumah RM250,000 tadi, jumlah booking 3.18% adalah RM7,950.00. Duit booking ini mesti dibayar ke akaun agensi hartanah agen yang menguruskan proses jual beli anda selaku pihak yang menguruskan proses jual beli rumah subsale.
Tetapi jangan risau ia akan ditolak dari harga rumah nanti.
๐. Duit Deposit
Bab ini yang perlukan korang untuk rancang beberapa tahun sebelum korang dah bersedia nak beli rumah. Banyak cara untuk korang simpan duit. Korang buat Loan ASB ke or beli Emas, cukup 5 tahun jadikanlah dia deposit.
Biasanya duit deposit yang diperlukan adalah sebanyak 10% daripada harga rumah.
Contohnya, jika harga rumah adalah RM250,000, jumlah 10% deposit bersamaan RM25,000 yang anda perlu sediakan.
Sebab dah bayar booking 3.18%, maka tinggal lagi 6.82% la kena sediakan masa sign s&p. Baki 6.82% iaitu RM17,050.00 lagi perlu dibayar setelah pinjaman bank lulus dan anda tandatangan perjanjian jual beli rumah (SPA). Nak guna acc 2 KWSP pun boleh.
Soalan lazim:
rumah pertama korang dan dah dapat pembiayaan pinjaman perumahan sampai 100%? Masih perlu bayar wang cengkeram ni sebagai tanda setuju beli rumah subsale ya! Jangan ingat tak payah.
Tapi jangan risau, duit tu dapat balik la bila loan dah disburse nanti.
๐. ๐๐ฎ๐ซ๐๐ง ๐๐ฎ๐๐ฆ๐๐ง ๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐๐ซ๐ฃ๐๐ง๐ฃ๐ข๐๐ง ๐๐ฎ๐๐ฅ ๐๐๐ฅ๐ข (๐๐๐)
Bagi yuran guaman, peratusan bayaran yang dikenakan bergantung kepada harga jualan rumah korang. 1% utk 500k pertama.
- RM500,000 pertama 1.00%
- RM500,000 seterusnya 0.80%
- RM2,000,000 seterusnya 0.70%
- RM2,000,000 seterusnya 0.60%
- RM2,500,000 seterusnya 0.50%
- Lebih daripada RM7,500,000 0.50%
Jika 250k maka RM2500 kos yang kena sedia ada.
Tapi jumlah ni belum termasuk kos guaman yang akan disertakan dalam sebut harga seperti kaveat, pendaftaran pejabat tanah, perbelanjaan am (seperti pengangkutan, caj fax, telefon dan fotostat), carian geran hartanah, carian status muflis dan beberapa perkara lagi.
Kena tanya peguam korang, jangan terkejut bila tiba-tiba nampak kena bayar semua ni!
๐. Duti Setem untuk Perjanjian Jual Beli (SPA)
Memandangkan kita beli rumah subsale atau rumah orang lain mestilah kena buat pertukaran nama. Bila nak buat pertukaran semestinyalah ada kos beli rumah subsale ini.
kiraan MOT ( Memorandum of transfer)
- RM100,000 pertama dari harga rumah โ 1%
- RM100,001 โ RM500,000 -2%
- RM500,001 โ RM1 million โ 3%
- Lebih dari RM1 million โ 4%
Jadi, katakan anda nak beli rumah subsale harga RM250,000, maka pengiraan duti setem adalah seperti berikut.
- 1% dari RM100,000 pertama = RM1,000
- 2% dari baki harga jualan RM150,000 =RM3,000
- Duti setem untuk harga rumah RM250,000 = RM4,000.
- Untuk stamping SPA, charge tak mahal, RM10 Sahaja, utk duplicate tambah lagi RM10.
๐. ๐๐ฎ๐ซ๐๐ง ๐๐ฎ๐๐ฆ๐๐ง ๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐๐ซ๐ฃ๐๐ง๐ฃ๐ข๐๐ง ๐๐ข๐ง๐ฃ๐๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฎ๐ฆ๐๐ก๐๐ง
Nilai yang diambil bergantung kepada jumlah pinjaman perumahan dan bukannya harga jualan rumah.
contoh di atas, rumah berharga RM250k
- Pembiayaan Pinjaman Perumahan 90% = RM225,000
- RM500,000 pertama x 1%
- RM225,000 x 1% = RM2,250.00
๐. Duti Setem Untuk Perjanjian Pinjaman Perumahan
Ini mudah.. formulanya 0.5% dari jumlah pinjaman. Boleh refer cara buat duti setem secara online.
Loan RM225K X 0.5% = RM1125
๐. Yuran Penilaian Hartanah
Cara kira begini:
- RM100,000 pertama โ 0.25%
- Amaun seterusnya sehingga RM2 Juta โ 0.20%
- Amaun seterusnya sehingga RM7Juta โ 0.167%
Contoh untuk rumah subsale RM250,000 adalah:
- 0.25% x RM100,000 pertama = RM250.00
- 0.20% x baki harga jualan iaitu RM150,000 = RM300.00
- Jumlah yuran penilaian hartanah = RM550.00
๐. ๐๐ง๐ฌ๐ฎ๐ซ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฎ๐ฆ๐๐ก๐๐ง
Bab ini semua penting untuk ambil tahu yer, antara faktor penting Cara beli rumah Subsale . Tempoh pinjaman perumahan adalah panjang boleh cecah sampai 35 tahun.
Sudah tentu akan ada risiko dalam tempoh tersebut yang perlu diambil kira oleh pihak bank sebagai pemberi pinjaman.
Sebab itulah adanya pelan insurans perumahan iaitu MRTT/MRTA atau MLTT/MLTA. Salah satu tujuan utamanya adalah untuk membantu melangsaikan hutang pinjaman bank sekiranya pemilik telah tiada sama ada meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal.
๐๐ฎ๐ญ๐ข ๐๐๐ญ๐๐ฆ ๐๐ข๐ค๐๐๐ฎ๐๐ฅ๐ข๐ค๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐ ๐๐๐๐ ๐๐ข๐ง๐ ๐ ๐ ๐๐๐๐!
Good news .. Dalam Bajet 2021 diumumkan tahun lepas, duti setem bagi pembeli rumah pertama akan dikecualikan bagi transaksi hartanah termasuk pasaran subsale bernilai sehingga RM500,000 bermula dari Januari 2021 sehingga 31 Disember 2025.
Jadi pembeli rumah pertama sudah jimat RM5,125 dari segi bayaran duti setem jika beli rumah subsale dalam tempoh itu!
Sebenarnya secara asas anggaran kos yang perlu disediakan hanya sekitar 10%-20% dari harga rumah.
Semoga bermanfaat..share dan sebarkan ilmu
Orang muda boleh baca 10 cara beli rumah untuk orang muda
Sumber:
CEA inspen , propertyguru , pengalaman sendiri .