Tips Pindah Rumah

Pindah rumah boleh menjadi pengalaman yang memenatkan untuk seisi keluarga. Walaupun ia adalah sesuatu yang menyusahkan dan membebankan, setelah anda selesai menananginya, anda akan dapat duduk, berehat dan menikmati rumah baru anda.

Berikut adalah beberapa tips pindah rumah untuk memastikan semua proses berjalan mengikut perancangan anda.

Tips Pindah Rumah Sebagai Panduan

Bermula awal

Salah satu perkara terbaik yang boleh anda lakukan apabila anda ingin pindah rumah ialah memberikan lebih banyak masa untuk seluruh proses pemindahan. Ini termasuk mencari syarikat pemindahan yang terbaik dan pengemasan barang. Kerja kemas barang untuk pindah rumah akan mengambil kebanyakan masa anda.

Buatlah tempahan awal dengan syarikat pemindahan pilihan anda pada tarikh anda bercadang untuk berpindah untuk mengelakkan harga pemindahan yang tinggi. Sila ingat bahawa tarikh dan masa adalah sangat penting semasa berpindah, ia kerana permintaan pada saat terakhir dan pemindahan semasa musim sibuk terutamanya pada hari cuti am selalunya adalah lebih mahal.

Selain itu, setelah anda menetapkan tarikh pemindahan anda, anda boleh mula mengemas barangan. Mulakan dengan mengemaskan item yang anda tidak gunakan dengan kerap dalam bilik atau stor anda.

Buat senarai inventori

Membuat senarai inventori untuk semua barangan anda adalah penting. Pastikan anda pergi ke setiap bilik rumah anda dan senaraikan barangan dan perabot yang akan anda bawa ke rumah baru anda.

Senarai inventori ini akan menjadikan proses pemindahan lebih mudah. Anda akan tahu item yang dikemas dan kotaknya. Apabila pekerja pemindahan datang untuk mengangkut barang-barang anda, anda akan berasa yakin bahawa tidak ada barang yang tertinggal.

Selain itu, anda juga boleh gunakan senarai semak pindah rumah untuk membantu anda semasa membuat persediaan untuk hari pemindahan anda. Senarai semak dan inventori akan sangat berguna untuk pemindahan yang teratur.

Buang barang lama dan terpakai

Kebanyakan orang mempunyai banyak barangan di kediaman mereka dan lama-kelamaan banyak item yang mungkin tidak diperlukan terkumpul di bilik stor dan kawasan lain di rumah. Malangnya, barang-barang ini menjadikan pemindahan lebih sukar dan mahal. Oleh itu, sebelum pindah rumah adalah masa terbaik untuk membuang barangan lama yang tidak diperlukan.

Memindahkan item yang anda tidak akan guna lagi dan tidak diperlukan ke tempat baru anda akan membazirkan masa dan wang. Jika anda tidak menggunakan barangan tersebut dalam setahun atau lebih, adalah sudah tiba masanya untuk membuangkannya.

Mengurangkan jumlah barang yang akan dikemas akan memudahkan pemindahan. Bayangkan masa dan wang yang dapat dijimatkan dengan membuang semua barangan yang anda tidak perlukan.

Baca tips : Cara kemas rumah dengan cepat

Labelkan kotak dengan tepat

Semasa anda mengemaskan barang, melabel kotak-kotak adalah langkah yang perlu dijalankan supaya anda mengetahui isi kandungan di dalam kotak tersebut serta bilik yang mana ia harus diletakkan di rumah baru.

Pada label tersebut, tulis isi kandungan setiap kotak serta bilik yang sepatutnya ianya ditempatkan. Ini akan membantu apabila anda mencari barangan anda di rumah baru. Pekerja pemindahan akan tahu di mana untuk meletakkan setiap kotak, dan dengan ini mempercepatkan keseluruhan proses pemindahan.

Anda juga boleh menggunakan warna yang lain pada label kotak untuk membantu lagi proses pemindahan anda. Warna boleh menentukan jenis item atau bilik tertentu.

Tips Pindah Rumah

Kemaskan dokumen dan kotak persediaan

Simpan dokumen, fail dan barangan berharga dan penting dalam kotak yang boleh anda capai dengan mudah. Letakkan kotak tersebut di tempat yang anda mesti ingat agar anda tidak kehilangannya.

Selain itu, sediakan kotak dengan barangan yang anda perlukan untuk beberapa hari pertama di rumah baru anda. Ini termasuk tisu tandas, beg tong sampah, gunting, barangan untuk mandi, kutleri, teh, kopi dan barang lain.

Perkara ini selalu diabaikan tetapi anda akan berasa gembira apabila anda membuat persediaan ini. Ini adalah kerana anda tidak perlu membuka semua kotak dan mencari barangan tertentu selepas hari pemindahan yang meletihkan.

Membuat penyelidikan sebanyak mungkin

Anda mungkin merasa cemas, takut dan stres dengan proses pemindahan. Cara terbaik untuk mengurangkan tekanan ini adalah dengan mengumpulkan seberapa banyak maklumat yang anda boleh tentang segala-galanya yang berkaitan dengan pemindahan anda. Sila membuat penyelidikan tentang proses pemindahan, seperti kos yang terlibat dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat lori pindah rumah yang murah dan profesional.

Ambil gambar rumah anda

Ambil gambar bahagian tertentu rumah yang ingin anda atur di tempat baru anda. Ini termasuk rak buku, gambar di dinding dan konfigurasi elektronik. Dengan langkah ini, anda akan mempunyai panduan visual semasa menyusun barangan dan perabot di rumah baru anda.

Akhir sekali, ambil gambar rumah lama anda sebelum dan selepas mengemas untuk kenangan anda. Pindah rumah adalah peristiwa penting yang mungkin akan membuatkan anda berasa tertekan. Anda mesti mempunyai banyak kenangan di rumah lama anda bersama keluarga tersayang. Oleh itu, gambar-gambar tersebut boleh menjadi memori baik untuk anda pada masa hadapan.

Hubungi Mover2U jika anda sedang mencari syarikat lori sewa di Ampang atau kawasan lain di Lembah Klang dengan harga sewa lori 1 tan yang berpatutan.

Leave a Comment!

error: Content is protected !!