Sambutan Hari Kemerdekaan AEON | Hampir 2 tahun negara kita tidak menyambutnya kerana pandemik COVID-19. Tahun 2022 rakyat negara kita sememangnya menantikan perayaan yang besar-besaran. Bukan sahaja di Dataran Merdeka malah disetiap pelusuk negara kita berkibaran bendera Malaysia.
Seawal pagi Surihack turut mengikut siaran lansung sambutan kemerdekaan dirancangan TV utama negara. Nampaknya lautan manusia berkali ganda dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini. LRT penuh sesak. Malah seawal jam 2 pagi rakyat kita ada yang telah siap beratur untuk memastikan mendapat tempat duduk atau spot yang terbaik di Dataran Merdeka.
Belum pernah lagi sebelum ini. Hebat betul penangan hari Kemerdekaan yang ke 65 walaupun negara masih bergelumang dengan pandamik dan ekonomi yang masih merangkak naik.
Bangga dan gembira bila semua rakyat bersatu padu menyanyikan lagu kemerdekaan walaupun berpanas matahari sehingga jam 10.30 pagi.
Fuh! bestkan.
Tidak terungkap perasaan itu, jadi bila Surihack mendapat Jemputan untuk bersama-sama AEON pula sempena hari kemerdekaan memang ianya sesuatu yang tidak patut dilepaskan.
Dan hakikatnya, memang meriah betul sambutan Hari Kemerdekaan Di AEON Nilai !
Pengalaman Surihack yang turut serta dalam program ini membuatkan semangat patriotik begitu membara
Tanggungjawab Sosial AEON
Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 65 dengan bertemakan ‘KITA MERDEKA KAMI ANAK MALAYSIA” anjuran AEON telah menjadikan AEON NIlai sebagai lokasi utama mereka kali ini. Mereka juga turut bersiaran secara live di Platform Facebook khas untuk pengunjung setia mereka.
Melalui pemerhatian Surihack, AEON mempunyai team krew yang lengkap untuk me
AEON sangat berpegang bahawanya, sambutan Kemerdekaan seperti ini perlu didukung oleh semua keluarga Malaysia sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan NGO mahupun orang perseorangan
Dan semestinya AEON tidak mahu ketinggalan untuk bersama-sama menyumbang mengimarahkan lagi program-program dari pagi hinggala ke waktu malam khas untuk rakyat setempat di kawasan Nilai.
Padat dan padu
Ini juga salah satu usaha Aeon memberikan pengalaman baharu kepada pengunjungnya dengan melaksanakan aktiviti sosial yang sihat.
Pendek kita penuh meriah dengan laungan “Merdeka, Merdeka, Merdeka” di kalangan pengunjung.
Sambutan Hari Kemerdekaan AEON dan Acara-Acara yang meriah disediakan
Pihak korporat dan pemasaran AEON Malaysiasemestinya telah menggariskan program yang menarik dari pagi hinggalah ke waktu petang.
Turut hadir menyerikan program pada hari berkenaan ialah YB. Dato’ Dr. Razali Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan; Ayob Majid, Presiden IRAMA; Naoya Okada, Timbalan Pengarah AEON dan Dr. Kasuma Satria Mat Jadi, Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Pengarah Komunikasi Korporat AEON.
Antara aktiviti yang telah disediakan
- Sessi beramah mesra bersama Siti Nordiana yang mempromosikan Dessert
- Sessi masakan bersama Chef
- Drum aktiviti bersama Kandora
- Nyanyian lagu negaraku dan Rukun Negara
- Pembahgian Kuih Bakar kepada pengunjung
- Himpunan bikers bikers di ruang parking utama
Program Kita Merdeka Kami Anak Malaysia ini AEON juga telah berkerjasama dengan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama) untuk menjayakan program ini dengan pelbagai aktiviti
Terdapat juga booth-booth dari pelbagai agensi kerajaan antaranya Majlis Belia Malaysia (MBM), Agensi Anti dadah Negeri Sembilan, Bahagian Keselamatan Jalan Raya dan PDRM (Division Anti Scammer).
Inisiaitif untuk mengadakan nyanyian Negaraku dan bacaan Rukun Negara secara serentak ke semua cawangan AEON di seuruh negara merupakan satu perlaksanaan yang baik untuk memupuk semangat cintakan negara
Tepat jam 1.00 petang berlangsung AEON Mall Nilai semua pengunjung turut berdiri tegak sewaktu menyanyikan lagu Negaruku dan melaungkan Rukunnegara.
Surihack turun merasakan ‘Vibe” hari Merdeka yang penuh patriotik. Sesungguhnya Ia merupakan satu perlaksanaan yang baik untuk memupuk semangat cintakan negara, dan kesemua Mall juga sepatutnya mengambil langkah yang sama.
Rupa-rupanya pada tahun lepas, Surihack difahamkan AEON telah mengukir sejarah apabila telah berjaya disenaraikan sebagai pemegang rekod ‘Cawangan Paling Banyak Menyertai Nyanyian Lagu Kebangsaan Secara Serentak’.
wow Awesomekan Sambutan Hari Kemerdekaan AEON ni!
Ss pun join sambutan kemerdekaan di AEON Nilai. Memang meriah dan kalau ada tahun depan nak join lagi.