AEON Fashion Show 2022 memang penuh kejutan dan ‘lain’ daripada biasa. Para jemputan yang terdiri daripada team media, blogger dan influencer telah berkumpul di TRIBE Boxing Studio, yang terletak di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, hari ini, 30 Jun 2022.

Kami semua dijemput oleh AEON untuk menyaksikan AEON Fashion Preview 2022 (AFP 2022), yang menampilkan tiga trend yang telah pun dikenal pasti di kalangan pelanggan AEON sepanjang endemik iaitu sukan, percutian dan koleksi busana pengantin.
Sebaik tiba dan mendaftar kehadiran untuk AEON Fashion Show 2022 ini,, kami diberikan sehelai t-shirt dan diminta menukar baju. Hati tertanya-tanya apakah yang bakal disajikan kepada kami nanti.
Terlebih dahulu, MC memulakan majlis dan menjemput Mr. Naoya Okada, Timbalan Pengarah Urusan AEON memberikan ucapan ringkas, diikuti oleh Low Ngai Yuen yang merupakan Ketua Pegawai Pemasaran Dan Barangan Kumpulan AEON dan Chris, pengasas TRIBE Boxing Studio.
Aktiviti ‘Keluarkan Peluh’ Hilangkan Stres!

Wahh..kesemua tetamu semakin teruja apabila diajar untuk belajar beberapa langkah asas ‘boxing’. Fuhhh berpeluh jugak lah! Nasib baik dah tukar pakai t-shirt innercasual, iC yang super selesa!

Jenama innercasual, iC merupakan salah satu jenama baru yang diperkenalkan oleh AEON. Ia merupakan satu jenama yang menggunakan fabrik yang ‘mesra alam’, diperbuat daripada 100% kain kapas organik. Memang selesa tau. Pegang saja pun dah dapat rasa material yang digunakan cukup selesa digayakan saat bersenam atau melakukan aktiviti lainnya.

Selain itu, apa yang best, rekaannya cukup cantik dan stylo sehingga boleh digayakan pada bila-bila masa saja termasuk ke pejabat atau sekadar nak beriadah di waktu lapang.
Pendek kata, ia bukan sekadar pakaian yang hanya sesuai untuk bersukan saja.
Dari TRIBE Boxing Studio, kami kemudiannya bergerak beramai-ramai menuju ke Stesen MRT Surian.
Keterujaan kami makin bertambah saat melihat model-model yang siap berpakaian ala percutian turut menyertai kami. Dalam fikiran, tertanya-tanya seolah tak percaya; takkan model-model tu akan ‘catwalk’ dalam MRT yang sedang bergerak?
Baca artikel lain di sini: https://surihack.com/10-tip-travel-bajet-bijak-lebih-jimat-kos/
Pertunjukan Fesyen Dalam Gerabak MRT
Memang AEON Fashion Show 2022 kali ini, lain daripada yang lain. Untuk menjadikannya ia sesuatu yang ‘luar biasa’, AFP 2022 menganjurkan pertunjukan fesyen dengan menggunakan gerabak MRT sebagai pentas peragaan mereka! Percaya tak? Jangan tak percaya ye…

Aeon telah menyewa khas satu gerabak MRT untuk mengadakan AFP 2022, bermula daripada Stesen MRT Surian hingga ke Stesen MRT Maluri.
Gerabak MRT yang bergerak itu dipenuhi dengan para jemputan di barisan tempat duduk manakala beberapa model tempatan berjalan di laluan tengah sambil menggayakan pakaian dari AEON.

Melihatkan para model membuat peragaan di dalam MRT yang bergerak bukan mudah. Perlu bijak seimbangkan badan di dalam tren yang sedang begerak. Susah tau! Nak berdiri pun susah, inikan nak berjalan. Memang tabik dengan mereka yang cukup profesional.
Koleksi Pengantin Ala Designer Tapi Dengan Harga Mampu Milik
Akhir sekali, sebaik tiba di Aeon Maluri, pertunjukan fesyen disajikan pula dengan koleksi pakaian pengantin. Buat pertama kalinya AEON, mempersembahkan koleksi pakaian pengantin dan pengiring, dengan harga yang jauh berpatutan.

Memang cukup bertuah buat bakal pengantin kerana kini mereka boleh memiliki busana pengantin yang umpama rekaan pereka terkenal!

Secara peribadi, Suri melihat AEON Fashion Show 2022 kali ini benar-benar membawakan dan menyediakan apa yang diperlukan dan diingini oleh para pelanggan setia AEON Malaysia.

Malah, jarang benar dapat lihat peragaan fesyen yang menampilkan model bersaiz ‘plus’ yang comel.
Bermakna, AEON Malaysia memang mengambil berat akan kehendak para pelanggan mereka tanpa mengira saiz badan, usia dan sudah tentunya, dengan bajet yang teramat berbaloi.
Sedikit Latar Belakang AEON
Beribu pejabat di Mihama, Chiba, Jepun. AEON adalah peruncit terbesar di Asia. Ia adalah satu rangkaian runcit yang terdiri daripada 129 anak syarikat disatukan dan 26 ekuiti-kaedah syarikat bergabung antara dari kedai serbaneka ministop dan pasar raya ke pusat membeli-belah dan kedai kursus termasuk Talbots. AEON pusat membeli-belah terbesar tunggal di Jepun sebagai pemaju dan pengendali.
Pada 1 Mac 2011, semua kedai JUSCO dan SATY di bawah naungan AEON di Jepun secara rasminya menukar nama mereka kepada Aeon manakala semua JUSCO kedai-kedai dan pusat membeli-belah di Malaysia sepenuhnya dijenamakan semula ke AEON sejak 03 MARCH 2012. Walau bagaimana pun, kedai JUSCO masih beroperasi di rantau Tanah Besar China dan sesetengah negara lain. (Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/AEON)
Terima kasih kerana berkongsi pengalaman!