Bawa kucing balik kampung naik kenderaan | Ramai sebenarnya suri yang membela haiwan peliharaan seperti kucing ini. Pemilik mula susah hati bila mengenangkan perlu membawa kucing balik kampung menaiki kenderaan.
Lagi-lagi itulah kali pertama untuknya membawa kucing peliharaan berjalan jauh. Paling tidak tentunya memakan masa berjam-jam di atas jalan raya.
Walaupun dalam kenderaan, kucing yang tidak biasa tentu akan alami stress dan ketakutan. Jadinya macam mana pemilik mahu membawa kucingnya pulang dengan selamat.
Berdasarkan pertanyaan daripada netizen di grup Pencinta Kucing & Tips Penjagaan Kucing, ramai yang memberikan maklumbalas dan perkongsian tips.
Surihack kongsikan antara tip menarik yang boleh anda cuba praktikkan.
Cara Bawa Kucing Balik Kampung Naik Kenderaan

Sediakan Kotak Untuk Si Bulus
Menurut Fatin Zahir, dia sediakan kotak khas untuk memudahkan kucingnya bertenggek tengok ke luar tingkap. “Nanti bila dia sejuk nak tidur, dia akan datang la penyek muka dekat riba.
Sepanjang jalan tidur nak dok atas riba depan aircond. Manja benor.
Sebelum jalan selalunya pilih waktu selepas dia membuang air besar. Atau kalau kucing belum membuang air besar biasakan last makan 3 jam sebelum perjalanan.
Dalam kereta bagi dia treat stick sebagai hadiah dengan air. Kerana kucing saya selalu haus kering apabila duduk dalam aircond.
Ternganga mulut. Kasihan pula. Selalunya sediakan pasir, tapi kucing saya tak pernah guna pun. Dia sanggup tunggu sampai destinasi.
Siapkan Pasir Kucing
Kongsi Julaili Ngah, “Setiap kali balik kampung bawa bulus sekali, KL – Pekan. First time balik dengan bulus memang bawa sekali pasir takut dia nak poopoo dalam perjalanan.
Tapi tidak rupanya.
Next trip memang dah tak sediakan. Dah sampai kampung baru dia poopoo. First time perjalanan, diaorang mengiau.
Bila biar bebas dalam kereta diaorang senyap. Next trip, diaorang dah duduk dalam cage dah tak berbunyi. Kalau lepas dalam kereta, lagi diaorang suka.”

Puasakan Sebelum Bawa Kucing Balik Kampung
Manakala Faraain Jamaludin II berkongsi, “Saya banyak kali bawa kucing ke kampung di Teluk Intan. Saya puasakan dia.
Contoh nak gerak 12 tengah hari, last kucing makan malam tadi je. Lepas tu dah sampai kampung, terus keluarkan kucing bagi dia makan.”
Biasakan Kucing Naik Kenderaan Dulu
“Saya selalu bawa balik dari KL ke Kuantan. Dalam 3 ke 4 jam sebelum tu puasakan dulu. Boleh letak bekar pasir if tiba-tiba dia nak membuang.
Dan biasa-biasakan kucing naik kereta dulu. Pergi tempat dekat-dekat. Saya selalu drive malam. Bila malam dorang takde la rasa gelisah sangat sebab tak nampak luar. Jadi dorang tidur je.
surihack.com
Nak bagi bebas boleh, tapi kena jaga-jaga jangan sampai pergi tempat tekan brake dan dan minyak atau ganggu anda nak tukar gear tu.
Untuk mula-mula kalau kucing yang gelisah, kena belai-belai dan cakap-caka juga dengan dia masa dalam kereta.
Haa.. semoga suri semua dah tak berasa bimbang lagi ya. Boleh lah cuba praktikkan tips yang dikongsikan pemilik kucing lain yang berpengalaman ini.
Bagus tipnya.. kena praktik dulu bawa kucing jenjalan naik kereta..