Check syringe betul-betul sebelum kita menerima suntikan. Ini perlu anda ingat dan buat. Maklumlah viral baru-baru in apabila seorang lelaki mendakwa dia disuntik vaksin dari picagari kosong di sebuah hospital.
PIhak polis juga sudah menerima laporan berkenaan dan sedang dalam proses siasatan.
Picagari Kosong
Menurut pihak polis, lelaki berkenaan didakwa dia disuntik menggunakan picagari kosong oleh petugas Kementeri Kesihatan malaysia (KKM) setelah menonton semula video yang dirakam semasa proses berlangsung.
Justeru rentetan dari kes ini, Doktor Izzar Anwari yang merupakan seorang fronliner memberitahu ini mungkin disebabkan ‘human error’.
Malah suami kepada pelakon Ummi Nazeera turut kes akan berlaku jika petugas terlalu penat dalam menjalankan tugas diberikan. Lebih-lebih lagi jika bertugas di luar dalam cuaca panas.
Justeru bagi mengelak masalah ini, beliau mengingatkan kepada mereka yang belum lagi menerima suntikan untuk check syringe betul-betul sebelum disuntik.
Menurutnya, penerima vaksin juga perlu main peranan dengan meminta vaccinator menunjukkan picagari yang ada isi sebelum dan selepas digunakan.
Artikel Lain: Cara Sejukkan Badan Tanpa Aircond
Doktor Izzar juga memberitah kadar vaksinasi dalam negara juga semakin tinggi dan mendoakan mereka yang belum menerimanya akan dapat temujanji nanti.
Ayuh, ikuti perkongsiannya di laman Instagram untuk dijadikan panduan terutama yang akan menerima vaksin dalam masa terdekat.
Check Syringe Betul-Betul
Human error memang akan berlaku kalau dah terlalu penat atau apa2 lagi sebab pun. Yela, berdiri kat luar panas2 n lama2 kot. Orang tu dah dapat dah pun dos ulangan dia tu hari ni. Kesian pulak kena cucuk 2 kali. Terima kasih sebab masih nak dicucuk.
Kepada yang akan divaksinasi, minta vaccinator tunjuk dulu syringe vaksin sebelum n selepas dicucuk. Check betul2. Sebelum cucuk ada isi, selepas cucuk patut kosong la kan. Sebab memang akan ada faktor ‘human error’ ni. Kita sebagai yang dicucuk pun kena main peranan.
Wife saya pi vaksinasi haritu pun saya teman sebab faktor ‘human error’ ni. Alhamdulillah semua okay
All the best semua. Kadar vaksinasi Malaysia memang dah tinggi sekarang. Yang belum dapat tu, tak lama lagi la dapat tu. iAllah
Sentiasa berprasangka baik & jangan terburu-buru membuat kesimpulan. Kita kan orang Islam. #drizzarshares
Info Penting Sebelum & Selepas Vaksin:
- Sentiasa mendengar penerangan diberikan petugas.
- Petugas KKM akan memberitahu jenis vaksin yang akan diterima.
- Angkat lengan baju siap-siap bagi memudahkan kerja petugas.
- Minta petugas menunjukkan picagari yang ada isi sebelum dicucuk.
- Bertenang dan tarik nafas apabila hendak disuntik. Jangan sesekali keraskan badan.
- Sebaik selesai disuntik mintak petugas tunjukkan picagari yang sudah kosong tadi.
- Berehat untuk 15 minit dalam ruang pemerhatian.
Artikel Lain: Kesan Vaksin Pfizer Bahu Lenguh