Pembiayaan Skim NaDI (Skim Niaga Darul Ehsan) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu peniaga kecil khususnya suri rumah bantuan modal bagi memulakan perniagaan sehingga RM5000.
Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor Y.A.B Dato’ Seri Amirudin Bin Shari telah melancarkan Skim ini pada 2 Februari yang lalu .
Program Pembiayaan Skim NaDI ini salah satu daripada Program Mikro Kredit Bersepadu atau dikenali sebagai SKIM HIJRAH SELANGOR.
Program ini telah dilancarkan dengan rasminya pada 24 Mac 2015. Sejak tahun 2015, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM139 juta bagi HIJRAH SELANGOR memberikan pinjaman mikro kredit kepada usahawan kecil negeri Selangor bagi perlaksanaan program membantu usahawan kecil mengembangkan perniagaan mereka serta menambah modal.

Terdapat 5 jenis SKIM Bantuan Di Bawah Hijrah Selangor iaitu;
- Pinjaman Mikro Kredit
- Zero To Hero
- NaDI
- Go Digital
- Program SITHAM

Syarat Kelayakan Permohonan
- Warganegara Malaysia
- Rakyat Negeri Selangor
- Bermaustautin dan menetap di Negeri Selangor (tidak kurang dari 5 tahun)
- Berumur 18 tahun sehingga 60 tahun
- Peminjam terdiri daripada wanita yang mewakili isi rumah
- Perlaksanaan dalam bentuk kumpulan (3 orang)
- Bersetuju menubuhkan kumpulan
- Aktiviti perniagaan yang dijalankan tidak bertentangan dengan undang-undang.
Apakah Syarat Pinjaman
- Had pembiayaan minima RM 1,000 dan had maksima sehingga RM 5,000.
- Tempoh pembiayaan adalah selama 25 minggu (6 bulan) sehingga 150 minggu (3 tahun)
- Caj perkhidmatan dikenakan sebanyak 4% – 8%.
Kaedah Perlaksanaan
- Bakal pemohon bersetuju membentuk kumpulan terdiri daripada tiga (3) orang yang dikenali antara satu sama lain.
- Tinggal berjiran ATAU satu komuniti yang sama seperti satu taman, qariah atau kampung.
- Wajib menghadiri Kursus Asas Disiplin Kredit sebelum menerima pembiayaan.
- Bayaran balik pinjaman secara minggu ditempat dan masa yang telah ditetapkan.
Cara Mohon Pembiayaan Skim NaDI
- Permohonan online: www.hijrahselangor.com
- Pendaftaran Online Dibuka Sekarang di talian HOTLINE: 03 5519 1692
Jadual Bayar Balik Pembiayaan Skim NaDI

Selain Pembiayaan Skim NaDI Bantuan Lain Yang Boleh Dipohon;
- Bantuan Pendidikan Pelajar IPT 2021/2022 cara mudah mohon.
- i-suri KWSP bantuan suri rumah, insentif RM480 setahun.
- Semak bantuan prihatin kasih, RM300 cashless barang dapur.
- Bantuan kebajikan ibu tunggal secara online.