Wajib vaksin kepada pekerja jika perlu: MEF

Wajib vaksin kepada pekerja ? Nampaknya isu ini akan menjadi panas bila kerajaan Malaysia berusaha untuk mencapai negara imuniti kelompok pada bulan oktober nanti.

Kemungkinan kebanyakkan pekerja akan mula diminta masuk ke pejabat apabila mencapai Fasa 2 nanti.

Terkini kita dimaklumkan yang majikan disarankan untuk tidak mewajibkan vaksinasi untuk staf mereka, tetapi jika tidak diberi pilihan, Majikan diizinkan di bawah undang-undang untuk menegakkan syarat tersebut sebelum mengizinkan mereka memasuki tempat kerja mereka.

Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Syed Hussain Syed Husman berkata terdapat beberapa alasan kukuh yang akan membuatkan Majikan mengambil tindakan wajib vaksin untuk setiap pekerja mereka.

Alasan Wajib vaksin kepada pekerja

  1. Majikan mempunyai keutamaan untuk melindungi rakan sekerja dan pelanggan
  2. Majikan juga ingin mengelakkan sebarang tanggungjawab undang-undang untuk jangkitan di tempat kerja yang berpotensi, dan melihat Program Imunisasi Nasional Covid-19 pemerintah sebagai penyelesaian untuk ini.
  3. Adalah kewajiban majikan untuk menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat.

Syed Hussien menyebut Seksyen 15 dan 17 Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 (OSHA) sebagai antara peruntukan undang-undang yang memakskan kepada pihak atasan untuk memastikan keselamatan, kesihatan, dan kesejahteraan pekerja.

Seksyen 24 Akta yang sama, katanya, juga menyatakan bahawa pekerja berada di bawah tanggungjawab yang sama untuk memastikan kesejahteraan mereka dan rakan sekerja mereka.

Berdasarkan ketentuan ini, wajar bagi majikan untuk meminta pekerja divaksinasi,

“Pekerja yang enggan diberi vaksin tanpa alasan yang munasabah dapat dilarang memasuki tempat kerja hingga saat itu mereka diberi vaksin atau pemerintah menyatakan bahawa Malaysia bebas dari Covid-19.”

Wajib vaksin kepada pekerja

Penjawat Awam wajib Vaksin ?

Melalui sisipan berita dari awani awal bulan Ogos ” Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan suntikan vaksin kepada seluruh rakyat Malaysia bagi mencapai sasaran imuniti berkelompok menjelang Oktober ini .Menurut Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, perkara itu dijangka diputuskan pada bulan hadapan sejurus kajian menyeluruh selesai dilaksanakan.

Kira-kira 30,000 penjawat awam setakat ini masih belum mendapat suntikan vaksin COVID-19. Bagaimanapun, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat berkata, mereka yang belum divaksin itu tidak tergolong dalam kumpulan anti vaksin.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, kerajaan perlu tegas dalam isu ini kerana ia boleh menggugat kepentingan umum.

“Kita kena ada perundangan yang luas bagi memahamkan masyarakat bahawa faktor diskriminasi dengan mengehadkan pergerakan perjalanan bagi penerima yang lengkap dua dos bukan sebagai diskriminasi.”

Datuk Dr Zainal Ariffin Omar

Buat masa ini rakyat Malaysia diberi kebebasan, dan pilihan masing-masing, mereka memilih untuk tidak divaksinasi, tetapi dalam masa yang sama untuk memastikan kesihatan sejagat maka mereka tidak diberi peluang untuk menikmati perkhidmatan atau kemudahan yang diberikan,” katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Jumaat.

Dalam Press conference yang dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan Khary Jamaluddin, buat masa ini untuk mereka yang belum terbuka hati untuk mengambil vaksin, mereka perlulah melalui RTK secara mingguan sebelum masuk ke pejabat kelak.

Peranan kerajaan pula untuk memudahkan golongan ini adalah dengan menetapkan harga siling untuk RTK KIt tersebut

Pusat Vaksin

Walaupun persoalan Wajib vaksin kepada pekerja belum diputuskan Masih belum terlambat untuk mereka yang ingin mengambil vaksin , terdapat beberapa tempat yang menawarkan tempat vaksin secara walk in di 13 PPV, atau boleh rujuk https://www.vaksincovid.gov.my/

Leave a Comment!

error: Content is protected !!